Bumi ini milik Yang Esa...Penuhilah ia dengan hamba-hamba yang taat kepadaNya
Isnin yang lepas saya terpaksa pulang ke rumah dari stesen bas dengan menaiki teksi. Biasanya saya akan berjalan kaki dari stesen bas ke tempat letak kereta saya dan terus memandu pulang ke rumah. Walau bagaimanapun, pada hari tersebut alarm kereta saya kehabisan bateri dan terpaksalah saya ke stesen bas tanpa kereta saya. Saya kurang gemar menaiki teksi di stesen bas kerana kebanyakan pemandunya adalah penganut agama Hindu yang 'tegar'. Hampir kesemua teksi mempunyai patung-patung sembahan dan gambar-gambar ritual mereka. Ini menyebabkan saya kurang selesa menaiki teksi mereka.
Namun pada hari tersebut, saya telah ditakdirkan Allah menaiki teksi yang pemandunya beragama kristian 'tegar' yang berbangsa India. Awalnya pemandu tersebut kelihatan agak penyenyap. Mungkin juga kerana beliau keletihan kerana waktu telah pun menjengah jam 7 petang. Saya pun cuba memulakan perbualan dengan pemandu tersebut. Pada awalnya saya hanya bertanya perkara-perkara yang remeh seperti adakah hujan turun di Seremban petang tadi dan sebagainya. Respon yang beliau juga kurang memberansangkan. Sepatah ditanya, sepatah juga yang dijawab.
Saya cuba bertanya hal-hal berkaitan kristian dan nampaknya beliau mula menunjukkan minat untuk berbual dengan saya. Saya cuba menyoal soalan-soalan yang agak sensitif, namun dalam nada yang lembut. Alhamdulillah, beliau tidak tersinggung dan cuba memberikan jawapan dengan sebaik mungkin. Berikut saya sertakan antara kandungan perbualan kami:
"Why do the Christians insist to use 'Allah' in their prayer?"
"Allah is just a replacement for the word 'God' that have been used in our prayer. We have no intention to create havoc to the muslims"
"I see. Are you allowed to use the name of Hindu's and Buddha's god such as Ganesh instead?"
"No."
"Why not? It's just a name isn't?"
"After all we share a lot of common things with muslims. You also believe in Jesus. We also have 'tasbih' that is used during the prayer."
Saya mula merasakan yang pemandu teksi ini cuba mengelak daripada menjawab soalan saya. Saya juga tidak mahu pemandu teksi tersebut berasa kurang senang dengan saya. Maka saya ubah tajuk kepada isu pembakaran gereja yang kebetulan berlaku di Seremban tidak lama dulu.
Hasil perbualan tersebut nampaknya kebanyakan penganut kristian tidak mampu untuk mempertahankan pendirian mereka berkenaan isu menggunakan kalimah Allah dalam Herald Tribune. Mungkin hanya paderi-paderi besar mereka sahaja yang mampu menjawab persoalan tersebut. Sebenarnya saya merasa sedih kerana kebanyakan penganut kristian jahil dan hanya menjadi pak turut. Mereka sendiri kurang pasti mengapa kalimah Allah yang dipilih, tidak kalimah tuhan bagi agama-agama yang lain. Walhal alasan mereka menggunakan kalimah Allah kerana mereka mahukan nama tuhan disebut dalam upacara ritual ajaran mereka. Sungguh sedih kerana hala tuju agama mereka ditentukan oleh paderi-paderi mereka.
Benarlah apa yang direkodkan dalam seerah berkenaan kisah antara Rasulullah S.A.W dan A'di bin Hatim. A'di bin Hatim telah mendengar ayat yang dibacakan oleh Rasulullah berkenaan orang Nasrani yang menjadikan rahib-rahib mereka sebagai tuhan. A'di yang pernah menganut agama kristian menafikannya kerana beliau tidak pernah menyembah rahib. Lalu Rasulullah menghuraikan ayat tersebut yang bermaksud orang-orang Nasrani hanya mengikut telunjuk rahib-rahib mereka sehingga ke tahap yang menyamai taraf ketuhanan. Setelah faham barulah A'di bin Hatim bersetuju dengan ayat tersebut.
Lihatlah betapa rosak dan sesatnya agama kristian sekarang. Bermula dengan Paulus yang memesongkan kandungan agama Nasrani melalui ciptaan Biblenya yang dijadikan rujukan penganut kristian. Walhal Paulus itu sendiri pernah memusuhi Nabi Isa. Namun setelah Nabi Isa diangkat ke langit, beliau mengaku telah bertaubat setelah mendapat mimpi yang beliau diamanahkan untuk memimpin penganut kristian. Apakah mereka tidak meragui kejujuran Paulus yang dahulunya sanggup membunuh Nabi Isa? Tambahan pula, terdapat tiga versi yang berbeza menceritakan bagaimana Paulus memperoleh hidayah. Jadi, apakah benar Paulus mendapat hidayah ataupun ianya adalah rekaan Paulus semata-mata? Benarlah huraian tafsir Surah Al Fatihah pada ayat yang akhir merujuk golongan yang sesat (kerana mereka telah disesatkan) kepada penganut kristian.
Saya mula mendapat lorong cahaya bagaimana untuk berdakwah kepada penganut kristian. Keyakinan mereka sebenarnya tidaklah seteguh mana. Saya sendiri sangsi yang mereka menghafal kandungan Bible. Jika mereka hafal, pasti mereka akan menjumpai banyak fakta yang bercanggah di dalam Bible itu sendiri. Kebanyakan penganut kristian bukanlah musuh kita kerana mereka tidak pernah bertindak agresif kepada kita. Mereka hanyalah golongan naif yang telah dipergunakan untuk kepentingan seseorang (iaitu Paulus) dan seterusnya terpesong daripada pegangan akidah yang sebenar. Bagi saya, mereka adalah golongan yang mencari kebenaran dan menjadi kewajipan kepada kita untuk melimpahkan cahaya supaya mereka menemui jalan kebenaran tersebut.
Jika kita tidak memulakan langkah, mereka yang naif inilah akan mendahului kita. Ini kerana mereka merasa mereka di jalan yang benar dan menjadi kewajipan kepada mereka untuk mengajak kita kepada kristian!!! Jika selamanya kita berdiam diri tanpa amal dakwah, kitalah yang akan pupus...bukannya ajaran kristian. Masa untuk menyinsing lengan dan mula bekerja. Sudah lama ia tertangguh wahai sahabat.
"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)
No comments:
Post a Comment