Monday, November 15, 2010

Murabbi Contoh (Sifat, Kemahiran dan Tanggungjawab) - Bahagian 3

Kewajipan Murabbi



  1. Merealisasikan Rukun Usrah (Taaruf - Tafahhum - Takaful)

  2. Menjaga kebajikan ahli usrahnya dan bermujahadah memenuhi hak mereka.

  3. Mentarbiah ahli untuk bersyura

  4. Mentarbiah ahli untuk berdikari dan pro aktif dalam disiplin haraki

  5. Menanamkan intima kepada dakwah ke dalam dirinya dan mendidik mereka supaya tidak terikat dengan individu.

  6. Meningkatkan kemampuan ahli dan membuat perubahan yang positif di sudut peribadi dengan menggunakan manhaj tarbiah.

  7. Bermu'ayasyah dengan mutarabbi selalu dan merindui mereka sentiasa. Sentiasa mengikuti perkembangan mereka dari sudut keimanan dan ibadah, akhlak dan perangai, kehidupan peribadi dan keluarga)

  8. Menggabungkan tarbiah fardhiah dan tarbiah jamai'e serta menjaga prinsip kemampuan setiap individu.

  9. Mengoptimakan kemampuan ahli dan menambah suburkan potensi mereka. Mengarahkan mereka untuk bergerak dan menanggung beban amal dengan mengambil kira kemampuan dan kesempatan mereka.

  10. Mesti membezakan pandangan peribadi dan pendirian rasmi.

  11. Duta dakwah di hadapan mutarabbinya. Mesti menjadi contoh yang baik. Menjadi penghubung antara dakwah dan mutarabbi. Oleh itu hendaklah menjadi penghubung yang baik.

  12. Mengambil tahu masalah tarbiah setiap ahli dan menyediakan program kreatif untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Keperluan Asas yang Mesti Dikuasai oleh Murabbi dan Pelatihannya



  1. Latar belakang yang mencukupi dalam ilmu syariah.

  2. Sentiasa membaca artikel tentang tarbiah dan ilmu psikologi.

  3. Menguasai ciri-ciri istimewa peringkat-peringkat umur dan permasalahannya serta keperluannya.

  4. Mengetahui jenis-jenis perangai manusia dan cara berinteraksi dengannya.

  5. Ada kemampuan yang cukup dalam bidang pengurusan.

  6. Mempraktikkan cara pendidikan yang berkesan dalam manhaj tarbiah.

  7. Ada kemampuan mengurus aktiviti tarbiah.
Tamat...

Artikel ini adalah nota daripada pengisian yang disampaikan ketika Muktamar Tarbawi Nasional IKRAM baru-baru ini.


"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)

No comments:

Post a Comment