Friday, November 12, 2010

Murabbi Contoh (Sifat, Kemahiran dan Tanggungjawab) - Bahagian 2

Rukun-rukun Proses Tarbiah



  1. Murabbi

  2. Mutarabbi

  3. Manhaj Tarbiah

  4. Biah (persekitaran) Tarbiah

1. Murabbi


Murabbi merupakan asas dalam proses tarbiah. Usrah merupakan landasan asas dalam pembinaan dakwah kita dan orang yang bertanggungjawab adalah mereka yang menjadi asas dalam pembinaan itu - Hassan Al Banna.


Dalam padanya terletak pelbagai usaha-usaha islah dan tarbiah. Untuk menjalankan peranannya, dia perlu memiliki beberapa ciri dan kemahiran, melengkapi beberapa kecekapan dan menunaikan beberapa kewajipan.


2. Mutarabbi


Mutarabbi merupakan objek dalam proses tarbiah. Mutarabbi mestilah mempunyai keinginan dan kesediaan untuk meningkatkan diri dan ditarbiah. Merupakan rakan kongsi dalam menjadikan aktiviti tarbiah itu efektif dan bukan sekadar seorang penerima atau pendengar sahaja.


3. Manhaj Tarbiah


Antara elemen-elemen manhaj tarbiah ialah:



  • Objektif yang hendak dicapai melalui tarbiah

  • Pengisian/pengetahuan

  • Wasilah dan aktiviti yang berkaitan serta jalan dan cara pengajaran (penyampaian)

  • Taqwim/penilaian tarbiah

4. Biah (Persekitaran) Tarbiah


Kita perlu berusaha menyediakan persekitaran tarbiah yang bersesuaian. Persekitaran yang menampakkan kehidupan secara jamai'e. Ini penting kerana kebanyakan sifat manusia tidak muncul,tumbuh dan mantap kecuali di bawah bayangan hidup jamai'e. Ianya boleh dilaksanakan melalui wasilah-wasilah dan aktiviti tarbiah secara jamai'e (usrah, katibah, rehlah, etc)


Harus juga diwujudkan persekitaran yang bersifat peribadi dan kendiri seperti (ma'thurat, tilawah quran, qiam, etc)


Sifat-sifat Murabbi



  1. Menjadi contoh dalam aqidah dan ibadahnya.

  2. Menjadi contoh dalam akhlak, sikap dan pergaulannya.

  3. Dakwah menjadi perkara yang paling utama dalam tangga kehidupannya dan rujukan kepada segala keputusan penentuannya.

  4. Berupaya menghimpunkan hati-hati saudaranya kepada dakwah.

  5. Berusaha mengenali saudara seakidahnya dengan lebih rapat. Cuba memahami latar belakang mereka yang berbeza. Berlemah lembut ke atas mutarabbi yang ketinggalan atau menghadapi kepayahan dan berusaha memajukan mereka.

  6. Mempunyai sifat sabar, berlapang dada dan berlemah lembut di samping ketegasan dalam mengatur kerja.

  7. Bekerja keras demi saudaranya dan sedia menasihati mereka.

  8. Mampu untuk duduk bersama saudaranya dan bergaul bersama mereka. Justeru menjadikan mudah untuk mentarbiah dan menggunakan keupayaan mereka demi dakwah.

bersambung...


Artikel ini adalah nota daripada pengisian yang disampaikan ketika Muktamar Tarbawi Nasional IKRAM baru-baru ini.

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)

No comments:

Post a Comment