Kerajaan Mesir tidak pernah lari daripada kontroversi semenjak revolusi yang berjaya menumbangkan Raja Farouk. Kemudiannya disusuli pula dengan niat jahat Jamal Abdul Nasser yang berjaya menjatuhkan Jen. Najib. Bermaharaja lelanya Jamal Abdul Nasser semakin menggelapkan masa depan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Ribuan jundi Ikhwanul Muslimin dipenjarakan. Bukan setakat dipenjarakan sahaja, malah penjaranya pun tidak diketahui tempatnya. Ini menyebabkan mereka yang dipenjara dan ahli keluarga terputus hubungan buat jangka masa yang panjang. Di penjara pula, mereka diseksa dengan seksaan yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini. Ada yang dijamah oleh anjing-anjing liar,ada yang dikurung di bilik gelap dan banyak lagi.
Selesai malaikat maut menjemput Jamal Abdul Nasser, Anwar Sadat pula meneruskan agenda perjuangan membelot umat Islam dengan menandatangani perjanjian perdamaian dan perdagangan bersama kerajaan Zionis Israel. Sungguh pelik. Di satu ketika, Mesir berperang hebat dengan Israel dengan dibantu Syria dan Jordan dalam peristiwa Yom Kippur (Perang Enam Hari), di satu ketika yang lain pula mereka berdagang mengaut keuntungan sesama sendiri. Seolah-olah tiada perseteruan yang berlaku antara mereka sebelum ini.
Terkini, Presiden Hosni Mubarak telah melengah-lengahkan urusan konvoi Viva Palestina yang diketuai oleh MP George Galloway untuk menghantar bantuan ubatan dan ambulans ke wilayah Gaza melalui El Arish. Ditambah lagi dengan usaha kerajaan Mesir membina tembok sepanjang 14 kilometer sedalam 20 hingga 30 meter di sempadan Gaza untuk menutup terowong-terowong bawah tanah yang menuju ke Mesir. Lebih merumitkan apabila Majlis Ulama Al Azhar menyokong usaha membina tembok tersebut dengan alasan ianya akan menyekat penyeludupan dadah dan senjata. Jika benar itulah tujuan kerajaan Mesir, mengapa tidak dilakukan hal yang sama di sempadan Sudan dan Libya?
Lebih daripada 60% daripada rakyat Palestin berada di bawah paras kemiskinan. Makanan pun mereka tidak mampu untuk beli, inikan pula dadah? Sungguh menyedihkan kerana Majlis Ulama Al Azhar telah membuat kenyataan yang merendahkan tahap intelektual mereka. Apakah tidak terlintas di fikiran mereka yang rakyat Palestin sedang dibuli dan dibunuh dengan sewenang-wenangnya di tanah air mereka sendiri? Apakah mereka tidak punya hak untuk melindungi diri mereka sendiri? Apakah ada cara lain untuk mendapatkan senjata bagi mempertahankan diri setelah jalan masuk dan keluar ke Palestin disekat dengan begitu ketat?
Sumber terkini menyatakan kerajaan Mesir bersifat 'keanak-anakan' kerana bantuan makanan yang diterima daripada Amerika Syarikat sebanyak USD 2 billion setahun. Tidak hairanlah kerajaan Mesir hilang akalnya demi untuk mengekalkan kekuasaan presidennya. Mengapa Mesir sangat bergantung harap kepada bantuan makanan daripada Amerika Syarikat sedangkan bumi Mesir amat subur untuk aktiviti ekonomi? Kononnya Menteri Luar Mesir, Ahmad Abu Al-Gheit telah membuka pencak silatnya dengan membuat kenyataan bahawa tiada negara Arab yang boleh memberi arahan kepada Mesir. Sungguh bijak kerajaan Mesir berlakon. Mungkin Ahmad Abu Al-Gheit lebih layak memasuki pentas Anak Wayang daripada memasuki pentas pilihan raya.
Delta Nil amat subur untuk sebarang aktiviti pertanian biarpun di waktu kemarau. Bagaimana pula dengan pelancongan? Pesisiran pantai di Iskandariah@Alexandria adalah antara 7 tempat yang tercantik di dunia. Rangkaian piramid di Giza dan Luxor juga salah satu tamadun yang terpenting dalam sejarah dunia. Mesir juga mempunyai universiti yang tertua di dunia. Di Universiti Al Azhar sahaja terdapat lebih 30 ribu orang pelajar dari Malaysia. Terusan Suez pula adalah salah satu pelabuhan yang tersibuk di dunia. Inilah jalan pintas perdagangan yang menghubungkan Eropah dan Asia. Statusnya menyamai Dubai dan Singapura, dua buah gergasi ekonomi dunia. Mengapa masih ramai lagi rakyat Mesir yang kelaparan? Saya sendiri kurang pasti. Apakah kerana sikap tamak dan rakus Presiden Mesir menyebabkan kebajikan rakyat dibelakangkan? Boleh jadi. Ura-ura mengatakan legasinya akan diteruskan dengan perancangan anaknya bakal mengisi kekosongan kerusi Presiden Mesir pada masa akan datang.
Apakah kerana hutang kerajaan Mesir yang telalu banyak sehingga tidak mampu menyediakan perkara asas untuk rakyatnya? Mungkin juga kerana struktur muka bumi Mesir yang majoritinya adalah padang pasir? Atau mungkin juga kerana taburan hujan yang begitu rendah menyebabkan Mesir kekurangan bekalan makanan.
Walau apa pun puncanya, bantuan tersebut bukan sahaja merendahkan maruah kerajaan Mesir, malah menyebabkan rakyat Palestin terus menderita dan merana. Tidak mustahil, jika Amerika Syarikat bermusuh dengan Malaysia, Mesir akan menghalau pelajar Malaysia di Mesir seperti binatang.
"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)

No comments:
Post a Comment