Friday, September 30, 2011

Syeikh Muhammad al Ghazali

Syeikh Muhammad al Ghazali merupakan seorang mujahid Ikhwanul Muslimin yang sangat tinggi ilmu diniahnya. Beliau juga terkenal sebagai seorang yang berani menyatakan kebenaran. Diceritakan bahawa beliau pernah berkhutbah Jumaat di Masjid Amru al Ash. Dalam khutbah tersebut beliau telah menyerang undang-undang hukum keluarga dengan melabelkannya "Undang-undang Jihad-Sadat" kerana ketidak sesuaiannya dengan syariat Islam. Akibatnya beliau dilarang daripada berkhutbah lagi di beberapa buah masjid. Setelah itu beliau berhijrah ke Makkah dan mengajar di Universiti Al Malik Abdul Aziz.

Ketika pemerintahan Jamal Abdul Nasser, beliau telah dikritik oleh seorang pelukis kartun akhbar Al Ahram bernama Shalah Jahin. Pada hari Jumaat, syeikh telah menyerang Shalah Jahin melalui khutbahnya. Selesai solat, para jamaah melakukan demonstrasi besar-besaran di pejabat akhbar Al Ahram. Ada antara mereka yang melontar batu ke pejabat tersebut. Shalah Jahin berasa sangat takut dan lari melalui tingkap. Keesokannya akhbar tersebut telah meminta maaf kepada Syeikh Muhammad al Ghazali di halaman pertama surat khabar.

Syeikh Muhammad al Ghazali pernah dipenjarakan di At Thur pada tahun 1949 di zaman pemerintahan Raja Faruq. Beliau dipenjarakan sekali lagi di Tharrah pada zaman Jamal Abdul Nasser di tahun 1965. Setelah itu beliau berhijrah ke Arab Saudi dan memimpin majlis ilmiah di Universiti Amir Abdul Qadir al Jazairi al Islamiyah di semenanjung Tanah Arab selama 5 tahun. Jabatan terakhirnya di Mesir adalah sebagai wakil Menteri Perwakafan.

Beliau menggambarkan Imam Hasan Al Banna sebagai individu yang membangunkan ummah yang sedang tidur, mengembalikan umat Islam kepada Al Quran dan sunnah serta meluruskan kembali segala sesuatu yang telah bengkok pada masa lalu. Berkenaan Hasan al Hudhaibi pula, beliau gambarkan sebagai,

"Beliau tidak mengejar jawatan memimpin Ikhwanul Muslimin, tetapi Ikhwanul Muslimin yang bersungguh-sungguh mahukan beliau memimpin jamaah. Dia selalu memikul apa yang dibebankan kepadanya dengan teguh dan semangat. Tidak pernah mengeluh dan berputus asa. Walaupun beliau sudah tua, tetapi beliau tetap memiliki keimanan yang mendalam dan harapan yang tinggi. Sesungguhnya kesabarannyalah yang menjadikan beliau mengagungkan keimanan sehingga darjat beliau menjadi tinggi di sisiku. Kesusahan yang menimpa diri dan keluarganya tidak menjadikannya gentar untuk mengatakan kebenaran dalam segala perkara dan tidak menjauhkannya daripada manhaj jamaah islamiyah sejak awal sejarahnya. Saya selalu menemuinya setelah masa ujiannya berlalu untuk memperbaiki hubungan antara diri saya dan dirinya. Semoga Allah mengampuni kita semua."

Tentang Ustaz Umar at Tilmisani pula, beliau berkata,

"Pada tahun 1949, ketika kami dipenjarakan di At Thur bersama ribuan Ikhwanul Muslimin, setelah Imam Hasan Al Banna mati syahid, saya melihat ustaz dalam khalwatnya yang hening dan pandangannya yang sejahtera. Dia berjalan di atas pasir-pasir tahanan dalam keadaan cergas dan optimis. Menyuruh ahli Ikhwanul Muslimin agar bersabar dalam menjalani masa pengasingan dan kekerasan itu dengan sentiasa mengharapkan kebaikan di masa mendatang. Pada pandanganku, beliau adalah individu yang wajib dihormati. Di dunia dia digerakkan oleh rasa cinta dan perdamaian. Benci kepada kemunafikan dan akhlak tercela. Dia lebih memilih menyendiri dan tidak berputus asa. Tidak pernah terlintas di benaknya ingin dipuji. Dia sendirian dalam mengabdikan dirinya kepada Islam sehingga berkata, "Tahukan kamu bahawa ini adalah beban berat yang harus saya pikul walaupun saya sebenarnya menerima kerana terpaksa?" Saya jawab, "Ya saya tahu bahawa kamu tidak mencari nama, tidak meminta jabatan dan orang sepertimu layak mendapat perlindungan dan pertolongan Allah."

Imam Syeikh Abdul Halim Mahmud berkata tentangnya, "Kami tidak memiliki sesiapa kecuali Al Ghazali al Ahya' dan al Ihya'. Maksudnya adalah al Ghazali moden, iaitu Syeikh Al Ghazali dan al Ghazali Abu Hamid, penulis kita Ihya' Ulumuddin.

Syeikh al Ghazali mempunyai ramai murid dari seluruh pelusuk tanah arab. Dari Al Azhar di Mesir, Ummul Qura di Makkah, Fakulti Syariah di Qatar, dan Universiti Amir Abdul Qadir. Kini mereka adalah ulama' besar yang menjadi rujukan ummah seperti Dr. Yusuf al Qaradhawi (beliau pernah dipenjarakan bersama-sama Syeikh al Ghazali) dan Dr. Ahmad al Assal. Syeikh Muhammad al Ghazali telah menulis lebih daripada 60 buah buku dan sering menyampaikan khutbah di Universiti Al Azhar, Universiti Amru bin Ash, dan Universiti Mahmud. Buku-buku tersebut ada yang diterjemah ke dalam bahasa Inggeris, Turki, Parsi dan Indonesia.

Syeikh al Ghazali meninggal dunia di Riyadh pada 9 Mac 1996 ketika menyampaikan pengajian dalam sebuah seminar. Beliau dikebumikan di Baqi', Madinah

kisah ini diambil daripada buku bertajuk "Araftu al Ikhwah" - Ikhwanul Muslimin yang Aku Kenali tulisan Dr. Mahmud Jami'.


"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)

Syeikh Sayyid Sabiq

Sayyid Sabiq adalah seorang yang sangat faqih dalam subjek sunnah dan telah menulis sebuah buku berkaitan hukum hakam yang bertajuk "Fiqh Sunnah". Melalui penulisan buku ini beliau telah dianugerahkan pingat oleh Raja Faisal dari Arab Saudi. Beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia beliau telah bermimpi bertemu Rasulullah. Dalam mimpi tersebut, Rasulullah telah berkata kepada salah seorang sahabat baginda,

"Inilah dia Syeikh Sayyid Sabiq, penulis kita "Fiqh Sunnah".

Beliau pernah dimasukkan ke dalam penjara ketika pemerintahan Raja Faruq atas tuduhan mengeluarkan fatwa membunuh An Naqrasyi Pasya, Perdana Menteri Mesir. Tetapi pembuktian yang tidak cukup menyebabkan beliau dibebaskan kembali.

Syeikh akan menyampaikan pengajian agama, fiqh dan tafsir kepada Agen Rahsia Ikhwanul Muslimin pada malam hari sehingga apa yang disampaikan tertanam dalam hati dan akal mereka. Beliau menghabiskan sisa baki hidupnya di Makkah al Mukarramah dan akhirnya meninggal di sana.

Kisah ini dipetik daripada buku bertajuk "Wa 'Araftu Al Ikhwan" (Ikhwanul Muslimin yang Saya Kenali) tulisan Dr. Mahmud Jami'

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)

Tuesday, September 27, 2011

Syeikh Muhammad al Audan




Syeikh Muhammad al Audan yang hanya mampu melutut ketika perbicaraan di mahkamah tentera


Syeikh Muhammad al Audan merupakan seorang ulama yang tersohor di Mesir pada dekad 40an hingga 50an. Rumahnya menjadi tempat rujukan para pejuang seperti Ahmad Abdul Aziz, pejuang Perang Palestin yang membebaskan Fallujah daripada kepungan Zionis; Ma'ruf al Hadhari, Rasyad Muhanna dan Mustafa Raghib. Malah Presiden Jamal Abdul Nasser juga pernah mengunjungi rumah beliau sebelum era revolusi. Setiap kali pertemuan dengan para pejuang revolusi, beliau sering mengingatkan mereka supaya mengeluarkan negara Mesir daripada berbagai masalah dan musuh, baik dari dalam mahupun luar negara. Pejuang revolusi dan Syeikh Muhammad al Audan telah mengikat perjanjian antara mereka untuk merealisasikan harapan tersebut setelah berlakunya revolusi.

Ketika Rasyad Muhanna dihukum, syeikh telah berjaya memujuk pejuang revolusi yang telah menjadi pemerintah ketika itu supaya tidak menghukum Rasyad dengan hukuman mati. Alhamdulillah, para pemerintah telah menerima cadangan syeikh tersebut. Lama-kelamaan hubungan pemerintah (pejuang revolusi) dan Syeikh Muhammad al Audan semakin renggang. Suatu hari, salah seorang daripada mereka, Abdul Hakim Amir telah mengunjunginya dan menawarkan kepadanya jawatan Syeikhul Azhar. Syeikh telah menolak tawaran tersebut dengan alasan posisi itu tidak bisa menyelesaikan masalah-masalah umat Islam. Dari situ, pemerintah mula mengesyaki yang syeikh sudah tidak lagi bersama-sama mereka dan boleh menjadi ancaman kepada agenda mereka. Syeikh Muhammad al Audan adalah sosok yang tidak boleh dibeli dengan seisi dunia jika mahu menggadai prinsipnya.

Mulai saat itu, pemerintah menugaskan mata-mata untuk mengintip aktiviti syeikh yang dikasihi ini. Namun begitu, Syeikh Muhammad al Audan tetap mengkritik tindakan pemerintah yang bertentangan dengan syarak tanpa rasa sebarang ketakutan dan kekhuatiran. Beliau kemudiannya ditangkap pada tahun 1965 bersama asy syahid Sayyid Qutb dan ahli-ahli Ikhwanul Muslimin yang lain. Mereka juga telah menangkap empat orang anaknya dan memasukkan kesemua mereka ke dalam Penjara Perang. Penjaga penjara, Syamsu Badran amat membenci Syeikh Muhammad al Audan dan menyimpan niat untuk menyeksa beliau dengan kejam sehingga membawa maut. Syeikh Muhammad al Audan ketika itu sudah pun mencecah usia 80 tahun. Ketika dihadapkan ke mahkamah, beliau tidak mampu berdiri pun dan melutut (umpama duduk antara dua sujud) di atas lantai.

Di sel penjara beliau telah diletakkan anjing-anjing buas yang mana ia makan dan membuang najis di dalam sel tersebut dihadapan syeikh yang mulia ini. Oleh kerana sel tersebut agak sejuk, anjing-anjing ini akan melolong dengan begitu bising dan mengganggu ketenteraman syeikh. Tambahan pula sel beliau berada di bawah tanah yang gelap. Makanan hanya diberikan kepada beliau melalui bawah pintu. Beliau tidak diberikan apa-apa peralatan melainkan sebuah mangkok dan hanya tidur di atas tanah. Pada waktu malam para tentera akan menyeret beliau keluar dan menyiramnya dengan air yang sejuk supaya mental syeikh terus terseksa.

Hamzah Basyuni, ketua pengawal penjara telah mengikatnya pada sepohon pokok di dalam penjara dan berniat untuk menyeksanya sehingga mati. Namun dengan izin Allah, ketika kesihatannya semakin teruk, para doktor telah meminta pihak penjara membebaskan beliau supaya beliau menghembuskan nafas di rumahnya sendiri. Sekali lagi dengan izin Allah, umurnya masih panjang dan semakin sihat. Pengadilan itu diakhiri hukuman penjara selama setahun dengan kerja buruh yang berat. Kerajaan Arab Saudi telah bermurah hati mengambil beliau sebagai dekan di Universiti Malik Abdul Aziz untuk menyelamat beliau. Banyak negara Arab yang berbuat demikian demi menyelamatkan para Ikhwanul Muslimin daripada terus diseksa dengan kejam. Syeikh Muhammad al Audan terus menetap di Arab Saudi dan dikebumikan di perkuburan Baqi', Madinah al Munawwarah.


kisah ini dipetik daripada buku bertajuk Wa 'Araftu al Ikhwan (Ikhwanul Muslimin yang Saya Kenali) karangan Dr. Mahmud Jami'.


"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)

Monday, September 12, 2011

Gambar Raya



At one of my mother relative's house in Linggi


Having lunch in Pontian


"My most valuable asset", said Nawfal



"I'm almost 3 years old"


Wonder what made them looked excited






Alhamdulillah, my family and I celebrated Eid Fitr with happiness and joy this year. As usual, we spent the 1st Syawal in Sepang (my parent's home). We travelled to Sepang the night before Syawal and surprisingly traffic flow was very satisfactory. In the morning, I took Nu'man with me for the Eid prayer. Soon as we took our seat, Nu'man begged me for his milk. Unfortunately I forgot to bring along his bottle milk to masjid. To make it worst, my car was blocked and I couldn't leave the masjid to fetch Nu'man's milk. I had to comfort him until the end of eid sermon. It was the longest sermon I've ever had hahaha. We visited relatives in Sepang until the afternoon and went to Linggi after Zohor prayer. In Linggi, we visited my parents' siblings and their mothers. Around 7.30 pm we went back to Seremban.

On the second day of Syawal we travelled to Muar visiting my in laws' siblings and relatives. We spent a night in Muar and travelled to Pontian the next day. After that, we went to Danga Bay to visit my in law's sister. She couldn't celebrate Eid Fitr with us in Muar because of her husband's deteriorating health condition. After enjoying our day at Danga Bay, we went back to Seremban and safely arriving at home around 11 pm.


"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)