tag:blogger.com,1999:blog-36761744468954863232024-02-20T18:40:38.466+08:00Abu Nu'manAbu Nu'manhttp://www.blogger.com/profile/17266607086501502627noreply@blogger.comBlogger129125tag:blogger.com,1999:blog-3676174446895486323.post-38404511037403783912012-11-27T22:21:00.000+08:002012-11-27T22:21:55.477+08:00Memori Bersama Hasan Al Banna (Part 2)Syeikh Abbas Assisi menceritakan seorang ahli Ikhwanul Muslimin telah menukilkan satu pengalaman yang menyentuh hati ketika ia bersama As Syahid Hasan Al Banna. Ketika itu, akh tersebut sedang dalam urusan menghantar surat daripada ahli ikhwan yang lain kepada Muraqib Am, Hasan Al Banna. Saat ketika beliau meletakkan surat tersebut di atas meja Hasan Al Banna, beliau ternampak sepucuk surat lain yang telah dibacanya sebentar tadi.

Ketika beliau membacanya, tiada tanda atau bekas titisan air mata. Tetapi, surat ini kelihatan lusuh sedikit kerana titisan air mata yang tumpah di atasnya. Saat itu beliau yakin titisan air mata itu adalah milik pemimpin Ikhwanul Muslimin, Hasan Al Banna. Akh ini nyata tersentuh kerana saat beliau membaca surat tersebut sebelum ini, beliau tidak menganggap isi surat tersebut sesuatu yang istimewa. Berbeza dengan Hasan Al Banna yang sungguh menghayati isi kandungan surat tersebut sehingga tumpahnya air mata yang tak terbendung. Apakah isi kandungan surat tersebut?

Di dalam surat tersebut disisipkan wang sebanyak 4 junaih sahaja sebagai infaq kepada jamaah Ikhwanul Muslimin. Bagi akh tersebut, ini merupakan fenomena biasa kerana ramai ahli Ikhwanul Muslimin lain yang menyumbang kepada jamaah. Malahan, jumlah infaq mereka berganda lebih banyak daripada 4 junaih tadi. Berikut adalah isi kandungan surat tersebut,

"Ramai orang mendaftarkan diri membeli saham surat khabar Al Ikhwan. Ketika itu, aku juga mempunyai keinginan untuk menginfaqkan harta demi kemajuan jamaah. Namun begitu, aku tidak mempunyai wang yang banyak dan gajiku kecil sekali. Dengan itu wahai syeikh Muraqib Am, daku kirimkan separuh gaji bulananku untuk turut serta menyumbang kepada jamaah."

As Syahid berkata, "Saudaraku sekalian, orang-orang seperti inilah dan wang mereka yang tidak seberapa yang akan menyumbang kepada kejayaan dakwah."

Cerita pendek ini telah dipetik daripada buku bertajuk "Biografi Dakwah Hasan Al Banna" karangan Ustaz Abbas Assisi.

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)Abu Nu'manhttp://www.blogger.com/profile/17266607086501502627noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-3676174446895486323.post-80429202511172231232012-11-26T22:21:00.002+08:002012-11-26T22:34:35.579+08:00Memori Bersama Hasan Al BannaEntri di bawah tajuk Memori Bersama Hasan Al Banna ini adalah kumpulan cerita pendek kenangan ahli-ahli Ikhwanul Muslimin bersama As Syahid Hasan Al Banna. Semoga kita sama-sama beroleh teladan dan peringatan daripada cerita-cerita pendek ini.

Setelah Syeikh Abbas Assisi menamatkan program diploma sekolah teknik pada tahun 1939, beliau berangkat ke Kaherah untuk mencari pekerjaan. Seperti ahli Ikhwanul Muslimin yang lain, kesempatan ke Kaherah akan digunakan untuk menziarahi Muraqib Am mereka, Syeikh Hasan Al Banna. Setelah berjumpa dengan syeikh kesayangan dan menyatakan hasrat mengapa beliau ke Kaherah, Hasan Al Banna lantas bertanya,

"Apakah kamu tidak cuba mencari kerja di Sekolah Teknik Jurusan Mekanik Senjata?"

"Saya tidak mahu terikat dengan latihan wajib tentera", jawab Syeikh Abbas.

Hasan Al Banna menambah, "Akan tetapi, risalah dan misi dakwah kita mewajibkan untuk tidak mengabaikan bidang tersebut."

"Baiklah. Tetapi saya khuatir tidak akan berjaya dalam pemeriksaan doktor kerana salah satu mata saya rabun."

Hasan Al Banna menjawab, "Tawakal kepada Allah. Insya Allah kamu pasti berjaya."

Syeikh Abbas masih keberatan untuk memilih bidang tersebut, "Mana mungkin saya akan berjaya dengan mata sebelahku rabun."

Dengan tegas Hasan Al Banna menasihatinya, "Sebab itulah ku katakan bertawakal kepada Allah. Jika kedua belah matamu elok, pasti kamu akan bertawakal pada matamu dan bukan padaNya."

Nasihat tersebut benar-benar menginsafkan Syeikh Abbas Assisi dan terus beliau mendaftarkan diri ke Sekolah Teknik Senjata di Abbasiah. Dengan kebesaran Allah, beliau telah lulus ujian kesihatan termasuk kedua belah matanya.

Ketika bermulanya Perang Dunia Kedua, Kementerian Perang telah menutup sekolah teknik senjata ini dan kesemua pekerja diarahkan ke medan perang di gurun pasir sebelah Barat. Sebelum diarahkan ke medan perang, setiap pekerja akan di bawa ke lapangan sasar tembak untuk menjalani latihan ketenteraan. Beliau bersama 100 pelatih lain diarahkan menjalani latihan menembak. Syeikh Abbas Assisi mula kerisauan kerana sebelah matanya rabun. Mustahil beliau dapat menembak tepat dengan sebelah mata yang rabun. Dalam kerisauan yang menduga iman, Allah telah mengilhamkan beliau mengingati kembali nasihat Hasan Al Banna berkenaan tawakal. Lama-kelamaan rasa ragu-ragu pun menghilang dan beliau menjalani latihan menembak dengan tenang.

Setelah latihan selesai, Husain Ahmad, jurulatih menembak pun mengumumkan keputusan latihan. Alhamdulillah, Syeikh Abbas Assisi diumumkan sebagai penembak terbaik. Keputusan tersebut nyata mengejutkan beliau dan beberapa orang teman yang tahu akan masalah mata beliau. Inilah tarbiyah yang diterapkan oleh Hasan Al Banna kepada anak didiknya. Mirip seperti ayat 173 daripada Surah Ali Imran,

"(Iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang yang mengatakan, "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mreka dan mereka menjawab,"Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung."

Cerita pendek ini dipetik daripada buku karangan Syeikh Abbas Assisi yang bertajuk "Biografi Dakwah Hasan Al Banna"

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)Abu Nu'manhttp://www.blogger.com/profile/17266607086501502627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3676174446895486323.post-88829020510631227522012-09-20T23:30:00.003+08:002012-09-20T23:30:45.584+08:00Serangan Salib Pada Zaman ModenSerangan Salib Kelapan

Setelah khilafah menjadi lemah, penjajah kembali melancarkan serangan ke atas dunia Islam.

Benson Smith dalam bukunya menyebut: "Serangan Allenby ke atas Al Quds ketika Perang Dunia Pertama adalah serangan Salib kelapan dan terakhir".

Akhbar di Britian menyiarkan gambar Allenby dan ditulis di bawahnya kata-kata beliau ketika memasuki Al Quds pada tahun 1917, "Hari ini Perang Salib telah berakhir".

Akhbat turut mengumumkan Menteri Luar Britain, Lloyd George, mengucapkan tahniah kepada Jeneral Allenby di Parlimen Britain kerana meraih kemenangan dalam serangan terakhir Perang Salib.

Setelah Jeneral Perancis, Gouraud menewaskan tentera Kota Maisalun di luar Damsyik, dia lantas ke kubur Salahuddin Al Ayyubi. Dia menendang kubur tersebut dengan kakinya dan berkata, "Di sini, kami telah kembali wahai Salahuddin".

Parti al Kata'ib di Lubnan menganggap perang Lubnan yang tercetus dalam perbalahan besar terakhir antara mereka dengan orang Islam sebagai Perang Salib. Akhbar yang menjadi lidah rasmi parti tersebut, "Manchette" telah mengeluarkan buletin di bawah tajuk: "Berita Terakhir Perang Salib".

Mengapa penjajah kembali meneruskan Perang Salib setelah mereka tewas teruk sebelum ini?

Bimbang terhadap kesedaran semula umat Islam. Antara buktinya:

Mubaligh Zwemer berkata, "Semenanjung Tanah Arab yang merupakan tanah lahir Islam masih lagi memberi amarah bahaya".

Orientalis Gardner berkata, "Kekuatan yang tersembunyi di dalam Islam itulah yang menakutkan Eropah".

Perdana Menteri Britain, Gladstone berkata, "Selagi mana Al Quran ini di tangan orang Islam, Eropah tidak akan dapat menguasai Timur. Ia sendiri tidak akan berada dalam keadaan aman".

Islam merupakan tembok kukuh dalam menghalang penjajahan:

Lawrence Brown berkata, "Islam adalah satu-satunya tembok yang menghalang penjajahan Eropah".

Henry Hamilton menyebut dalam bukunya, "Orang Islam tidak dapat menjadi rakyat yang setia kepada kerajaan yang menganut anutan lain selain Islam. Perkara ini adalah mustahil selama mana mereka berada di bawah naungan hukum Al Quran".

Lawrence Brown berkata, "Para pemimpin kita menakut-nakutkan kita dengan pelbagai bangsa. Tetapi selepas eksperimen, kita tidak dapati alasan bagi ketakutan tersebut. Mereka menakutkan kita dengan bahaya Yahudi, Jepun, dan Bolshevik. Tetapi jelas Yahudi adalah rakan kita, Jepun dan Bolshevik adalah sekutu kita. Sementara orang Jepun, di sana terdapat negara besar yang menjalankan demokrasi dan mengambil peranan melawan mereka. Tetapi kita dapati bahaya sebenar bagi kita terdapat di dalam Islam, keupayaan untuk meluas dan menundukkan pihak lain dan daya hidupnya (vitality) yang cukup dahsyat".

Objektif Serangan

Memecahkan negara orang Islam.

Lawrence Brown berkata, "Apabila orang Islam bersatu dalam sebuah empayar Arab, ia mampu menjadi laknat dan bahaya kepada dunia. Ia juga mampu menjadi nikmat kepadanya. Sebaliknya, apabila mereka kekal berpecah belah, mereka akan terus tidak mempunyai sebarang kedudukan dan pengaruh".

Memusnahkan setiap bahagian satu persatu.

Metode Serangan

Pertama: Menjatuhkan Khilafah (Memenggal Kepala)

Khilafah memainkan peranan penting dalam survival Islam. Itulah sebabnya mereka ingin menyerang khilafah dahulu. Antara peranan khilafah ialah:

Menyatukan orang Islam sebagai kuasa besar.

Melindungi orang Islam di Timur dan Barat. Kisah seorang wanita yang menjerit: "Wahai Mu'tasim", lantas beliau melancarkan bala tentera sehingga beliau menyalakan api di tanah kelahiran putera Rom yang mencabul wanita tersebut.

Kemenangan sebenar tidak berlaku kecuali ketika wujudnya khalifah. Perang Hithin dan Ain Jalut di bawah pimpinan dua orang khalifah iaitu Salahuddin dan Quttuz.

Khilafah tuntutan syarak yang dharuri. Para sahabat mendahulukan urusan perlantikan khalifah sebelum pengebumian baginda.

Kedua: Cubaan Melemahkan Dunia Islam dan Membunuh Jiwanya

Percubaan melaga-lagakan orang Islam dan menyebarkan perpecahan di kalangan mereka. Paderi Calhoun Simon berkata, "Kesatuan Islam mengumpul cita-cita bangsa Negro. Ia dapat menolong mereka lepas daripada penguasaan Eropah. Oleh kerana itu, dakyah Kristian merupakan agen penting dalam mecah kekuatan gerakan Islam. Ini kerana dakyah Kristian bekerja untuk menonjolkan orang Eropah dalam bentuk sinaran baru yang menarik. Ia juga bekerja merampas elemen kekuatan dan pemusatan daripada gerakan Islam. Lantaran itu, kesatuan orang Islam mestilah dipecahkan. Usaha menyemai permusuhan di kalangan mereka juga wajib dilakukan".

Percubaan menuduh Islam dengan pelbagai tuduhan palsu seperti Islam agama keganasan. Gullimen, seorang sejarahwan Perancis telah menyebut dalam bukunya (Sejarah Perancis), "Muhammad, iaitu pengasas agama orang Islam. Dia telah memerintahkan para pengikutnya untuk menggantikan semua agama engan agamanya. Alangkah besarnya perbezaan antara penganut berhala ini (orang Islam) berbanding penganut Nasrani. Bangsa Arab ini mewajibkan agama mereka melalui kekerasan. Mereka berkata kepada manusia: "Kamu peluk Islam atau kamu mati. Sedangkan pengikut al Masih menggerakkan jiwa mereka melalui kebajikan dan perbuatan baik".

Menggunakan cara kebajikan untuk menggugat akidah orang Islam yang memerlukan bantuan.

Memburukkan sejarah Islam. Contohnya menuduh Khalifah Umar Al Khattab cemburu dengan keperwiraan Khalid Al Walid dan memecatnya.

Memburukkan sistem kehidupan Islam. Contohnya mempertikaikan hukum memotong tangan pencuri yang dikatakan kolot dan zalim.

Memburukkan warisan ilmu Islam. Mereka menyifatkan warisan Islam sebagai musibah Islam.

Menghina para ulama'.

Menarik orang Islam ke universiti mereka untuk dikurniakan sijil dan pengajian.

Memisahkan ilmu agama daripada ilmu dunia dan menciptakan pertentangan antara keduanya.

Memesongkan kefahaman tawakal kepada Allah dan jihad.

Memerangi Bahasa Arab.

Menggunakan senjata penyiaran seperti televisyen dan filem.

Mengeksploitasi wanita dan pergaulan bebas di sekolah, universiti dan tempat awam. Kata cendikiawan Yahudi dalam buku 'Protokol Cendikiawan Yahudi', "Kita wajib bekerja untuk meruntuhkan akhlak di semua tempat".

Zwemer berkata, "Kamu menyediakan generasi muda yang tidak kenal hubungan dengan Allah. Dengan itu, lahir generasi muda yang menepati kehendak penjajah. Mereka tidak mementingkan urusan yang agung, bahkan hanya sukakan kerehatan dan bermalasan. Di dunia ini, mereka tidak mempunyai keinginan melainkan perkara nafsu syahwat. Apabila mereka belajar, ia adalah kerana syahwat. Apabila mereka mengumpul harta, juga kerana syahwat. Dan apabila mereka menduduki posisi penting, ia juga kerana syahwat".

Marx ditanya, "Apakah alernatif untuk melalaikan manusia daripada akidah ketuhanan?"

Beliau menjawab, "Lalaikan mereka daripada akidah ketuhanan dengan pementasan drama".

Ketiga: Pembasmian Fizikal (Memotong Sendi)

Melalui cara penguasaan bukan Islam ke atas orang Islam dan hasutan untuk menyapu bersih orang Islam dalam pertelagahan dan peperangan.

Orang Islam di bawah pemerintahan Kristian seperti di Filipina.

Orang Islam di bawah ancaman komunis yang telah runtuh dan Barat yang mewarisinya selepas itu seperti di China dan Rusia.

Orang Islam di bawah kuasa Zionis seperti di Palestin.

Orang Islam di bawah pemerintahan boneka seperti di Pakistan dan Syria.

Selain daripada pertelagahan, pertempuran dan peperangan sesama Islam, peperangan minoriti Islam dengan umat lain dan usaha 'pembersihan' mereka di dunia berlaku pada setiap hari (seperti di Rohingya). Ia merupakan konspirasi melalui usaha membangkitkan ketaksuban, menceroboh kehormatan, meruntuh tempat suci, memprovokasi sentimen dan rasa kepartian, menyebarkan kezaliman, menanam kebencian dan menyokong penceroboh.

Tulisan ini dipetik daripada buku bertajuk, "Dunia Islam Kini: Pahitnya Pengalaman Besarnya Harapan" karangan Dr. Taufik Yusuf Al Waei.

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)Abu Nu'manhttp://www.blogger.com/profile/17266607086501502627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3676174446895486323.post-6503598920638586362012-09-04T23:10:00.004+08:002012-09-04T23:10:22.876+08:00Siapa Syiah Sebenarnya (Part 2)Akidah Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah

Imamah dan Khilafah

Mereka mempercayai Imamah ialah jawatan penting yang diberikan kepada Saidina Ali R.A. selepas kewafatan Rasulullah SAW. Mereka mendakwa jawatan ini dilantik secara nas oleh Rasulullah SAW sebelum kewafatannya, bahkan jawatan ini kononnya dinaskan secara jelas di dalam Al Quran oleh Allah SWT. Pada mereka, sesiapa yang menolak imam-imam Syiah, dia menjadi kafir bahkan lebih kafir daripada Iblis.

Khomeini menulis dalam Hukumah Islamiyah:

Rasulullah SAW yang mulia telah dilantik oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi untuk menghukum ke atas manusia dengan adil dan tidak mengikut hawa nafsu. Allah telah menurunkan kepadanya wahyu supaya baginda menyampaikan apa yang telah diturunkan ke atasnya kepada orang yang menggantikannya. Rasul telah mengikut ketentuan ini dan telah melantik Amirul Mukminin, Ali sebagai penggantinya. Baginda di dalam membuat penentuan ini bukanlah didorong oleh faktor bahawa Ali adalah menantunya, atau Ali telah bekerja keras dan mempunyai khidmat-khidmat cemerlang, tetapi kerana Allah yang telah memerintahkannya supaya berbuat demikian

Mereka mempercayai jawatan ini diwarisi oleh keturunan Ali R.A. hingga Imam yang kedua belas, iaitu Imam Muhammad Al Mahdi bin Hasan Al Askari.

Imam-imam tersebut ialah:

Imam Ali bin Abi Talib

Imam Hasan bin Ali

Imam Husin bin Ali

Imam Ali Zainal Abidin bin Husin

Imam Muhammad Al Baqir bin Ali Zainal Abidin

Imam Jaafar As Sadiq bin Muhammad Al Baqir

Musa Al Kazim

Imam Ali Ar Rida

Imam Muhammad Al Jawwad

Imam Ali bin Muhammad Al Jawwad

Imam Hassan bin Ali Askari

Muhammad bin Hasan Al Askari Al Mahdi

Di sisi Syiah, Imam mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada para Nabi dan Malaikat. Khomeini dalam bukunya Al Hukumah Islamiyyah, halaman 95:

Pastinya kekuasaan dan pemerintahan bagi Imam tidaklah bermakna terpencilnya dia dan kedudukannya yang sebenar di sisi Allah, dan kuasa itu tidak akan menjadikannya seperti pemerintah-pemerintah yang lain daripadanya. Sesungguhnya Imam mempunyai kedudukan yang terpuji, darjat yang tinggi juga merupakan khalifah yang mempunyai kuasa pembentukan yang tunduk kepada pemerintahan dan kuasa semua unsur di alam ini. Dan di antara perkara-perkara yang tidak dapat dipertikaikan lagi menurut mazhab kita ialah bahawasanya Imam-imam kita telah mempunyai kedudukan tinggi tetapi tidaklah sampai ke tahap yang dicapai oleh malaikat yang sentiasa berdampingan (dengan Allah) dan juga Nabi yang diutus. Riwayat-riwayat dan hadis yang ada pada kita telah mempastikan bahawa Rasul Agung SAW dan para Imam A.S. di sebalik dunia ini mereka adalah merupakan cahaya-cahaya yang telah diterbitkan oleh Allah dari 'ArasyNya, dan Allah menganugerahkan kepada mereka kedudukan dan darjat yang hampir dengan Allah yang hanya Imam sahaja yang mengetahuinya.

Terdapat juga dari kalangan Imam-imam A.S. sebagai berkata:

"Sesungguhnya bagi kami ada berbagai keadaan yang tidak dapat dicapai kecuali oleh Malaikat yang sentiasa berdampingan (dengan Allah) serta Nabi yang diutus."

Kedudukan seumpama ini ada juga pada Fatimah Az Zahra (A.S) tetapi tidaklah bererti beliau adalah seorang khalifah, pemerintah, ataupun hakim. Kedudukan ini adalah satu perkara lain yang berada di sebalik status khalifah dan kekuasaan. Sesungguhnya Fatimah bukanlah seorang hakim atau pemerintah ataupun khalifah, (ungkapan ini) tidaklah bermakna bahawa Fatimah tidak mempunyai kedudukan yang hampir (kepada Allah) itu, sebagaimana perkara tersebut tidak memberi erti bahawa ia adalah seorang perempuan biasa seperti perempuan-perempuan yang ada di masa kita ini.

Para imam ini kononnya bersifat maksum. Mereka menganggap para Imam ini bukan sahaja terpelihara daripada dosa kecil dan dosa besar, malah terpelihara daripada melakukan sebarang kesilapan dan kesalahan serta tidak terlupa. Pada mereka Imam mempunyai ilmu yang setaraf dengan Nabi. Yang membezakan antara Nabi dan Imam ialah Imam tidak diberikan wahyu. Pun begitu, mereka percaya imam mempunyi ilmu ladunni. Mereka juga mempercayai para Imam juga mempunyai mukjizat. Antara contohnya ialah:

Abu Jaafar Muhammad bin Jariri At Tabari berkata, "Saya telah melihat tuanku Imam Al Baqir AS membuat seekor gajah dari tanah, lalu beliau menaikinyadan terbang di udara ke Mekah dan kembali di atasnya. Aku tidak percaya berita tersebut sehinggalah aku bertemu dengan Imam Al Baqir lalu aku katakan kepadanya Jabir telah menceritakan begini, begini (kisah ini). Imam Al Baqir terus melakukan perkara yang sama (mengambil tanah dan membentuk seekor gajah) lalu menaikinya dan membawa aku bersamanya ke Mekah dan kembali semula."

Imam yang kedua belas ialah Imam Mahdi di sisi Syiah. Beliau dipercayai ghaib pada tahun 260 H di Samarra' dalam sebuah lubang. Imam Mahdi atau namanya Imam Muhammad bin Hasan Al Askari akan kembali memenuhi dunia dengan keadilan pada suatu masa nanti.

Ar Raj'ah

Bermaksud kepercayaan bahawa para Imam akan dibangkitkan sebelum kiamat untuk menuntut bela dan menghukum orang-orang yang zalim yang telah merampas hak-hak mereka. Kepercayaan ini menjadi suatu kepercayaan yang disepakati oleh para ulama Syiah. Berkata Syeikh Mufid dalam Awail al Maqalat:

"Golongan Imamiyyah sepakat tentang wajibnya raj'ah atau kembalinya sebahagian besar orang-orang yang telah mati (sebelum kiamat)."

Mengkafirkan Sahabat

Contoh 1 - Abu Bakar dan Umar kafir

Dalam Kitab Bihar Al Anwar karya Muhamma Baqir Al Majlisi,

"Daripada Maula Ali bin Husin AS, aku bersama dengannya (dengan Imam Ali bin Husin) dalam khalwahnya. Aku berkata "Bolehkah engkau beritahu aku tentang keadaan dua orang lelaki ini iaitu Abu Bakar dan Umar". Dia berkata, "Kedua-duanya kafir dan orang yang menyintainya juga menjadi kafir."

Dan daripada Hamzah As Sumali beliau bertanya kepada Ali bin Husin tentang kedua-duanya lalu dijawabnya,

"Kedua-dua mereka kafir dan menjadi kafir orang yang menganggap mereka sebagai pemimpinnya."

Contoh 2 - Semua Sahabat Murtad

Kitab Al Kafi karya Al Kulaini,

Daripada Abi Jaafar, "Semua manusia (sahabat) telah murtad selepas kewafatan Nabi SAW melainkan 3 orang". Aku bertanya, "Siapa mereka bertiga?" lalu jawabnya, "Miqdad bin Aswad, Abu Zar al Ghifari dan Salman al Farisi."

bersambung...

Tulisan ini dipetik daripada buku bertajuk, "Siapa Syiah Sebenarnya" karangan Ustaz Abdullah Din dan Ustaz Azfar Abdullah.

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)Abu Nu'manhttp://www.blogger.com/profile/17266607086501502627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3676174446895486323.post-85179889250517077052012-08-23T05:04:00.001+08:002012-08-23T05:04:12.816+08:00Siapa Syiah Sebenarnya? (Part 1)Syiah terbahagi kepada berpuluh-puluh puak, bahkan ada yang mengatakan sehingga 300 puak. Terdapat Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah, Syiah Zaidiyyah, Syiah Ismailiyyah, Syiah Kaisaniyyah dan banyak lagi. Tulisan kali ini hanya akan membicarakan tentang Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah atau Syiah Jaafariyyah yang penganutnya agak ramai di Malaysia ketika ini.

Dr. Ali Ahmad As Salus dalam bukunya yang bertajuk Ma'a Al Ithna Asyariyyah fi Ushul wal Furug telah memulakan dengan petikan ini:

"Syiah Ithna Asyariyyah tidak semuanya sama, sebahagian mereka yang melampau yang kita lihat apa yang mereka tulis mengandungi perkara kufur dan zindiq, sebahagian yang lain menyeru kepada pandangan yang lebih sederhana dan ada juga yang mencampurkan antara pandangan yang melampau dan sederhana."

Rujukan Syiah

Tafsir Hasan Al Askari,Tafsir Al I'yasyi dan Tafsir Al Qummi.

Ketiga-tiga tafsir ini muncul pada kurun ketiga hijrah. Penulisnya mengkafirkan para sahabat khususnya Khulafa' Ar Rasyidin sebelum Saidina Ali dan semua yang membai'ah mereka. Penulisnya juga beriktikad Al Quran ada yang telah diselewengkan secara nas dan makna. Mereka beriktikad tentang Imamah 12 orang imam sehingga ke peringkat syirik.

Al Kafi, karya Al Kulani

Kitab ini kitab hadis yang terbesar. Mengandungi 8 juzuk, 2 juzuk yang pertama dikenali dengan nama Al Usul Min Al Kafi, juzuk 3 hingga 7 dikenali dengan nama Al Furu' min Al Kafi, dan juzuk terakhir dikenali dengan nama nama Ar Raudhah min Al Kafi. Pada Syiah, kitab ini menyamai taraf kitab Sahih Bukhari. Kitab ini ditulis oleh Muhammad bin Yaakob Al Kulaini yang merupakan murid Al Qummi, pemilik Tafsir Al Qummi. Buku ini mempunyai kedudukan yang sangat tinggi pada penganut Syiah dan telah disyarahkan oleh lebih 50 ulama Syiah yang lain.

Kitab Tafsir Al Tibyan, karya Al Tusi

Penulis kitab ini ialah Al Tusi, seorang ulama besar Syiah Ithna Asyariyyah. Beliau menulis kitab ini dengan membawa pandangan yang sederhana dan cuba menentang kesesatan yang dibawa oleh orang-orang sebelumnya. Walau bagaimanapun, beliau terpengaruh dengan sebahagian akidah yang menyeleweng ketika menghuraikan tafsir ayat-ayat Al Quran.

Kitab Al Murajaat

Karya Abdul Hussein Syarafuddin Al Musawa "Hamba Hussein" ini merupakan sebuah kitab yang isi kandungannya dipetik daripada ulama Syiah yang melampau sahaja. Bahkan penulisnya menambah isi kandungannya menjadikan ia lebih syirik, lebih kufur dan lebih sesat. Beliau tidak memetik dari Kitab At Tibyan, karangan At Tusi. Penulis kitab ini dianggap sebagai Syiah Rafidhah yang paling melampau, zindiq dan kufur.

Kitab Lillah Summa Littarikh / Kenapa Aku Meninggalkan Syiah

Buku ini berjaya diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh beberapa orang penuntut Al Azhar. Penulis buku ini ialah As Sayyid Hussein Al Musawi. Beliau cuba memperbetulkan fahaman yang melampau dalam Syiah Ithna Asyariyyah. Buku ini adalah contoh Syiah yang sederhana dan tidak melampau. Mereka menyanjung tinggi kedudukan para sahabat dan memuliakan ahlul bait sama seperti Ahlus Sunnah wal Jamaah. Kedudukan ulama ahlul bait yang dianggap imam dibersihkan daripada iktikad yang syirik.

As Syiah Wal Tashih: As Sira' Baina As Syiah wal Tasyayyu'

Buku ini ditulis oleh Dr Musa Al Musawi. Buku ini juga antara buku Syiah yang sederhana. Penulisnya cuba mengajak penganut Syiah supaya tidak melampau dalam ajaran Syiah dan mengajak mereka kembali kepada ajaran imam-imam mereka yang sebenar.

Asal Usul Syiah

Perkataan 'Syiah' disebut beberapa kali dalam Al Quran. Antaranya:

"Kemudian pasti akan Kami tarik dari tiap-tiap golongan siapan di antara mereka yang sangat durhaka kepada Tuhan Yang Maha Pemurah." (Maryam: 69)

"Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka didapatinya di dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi; seorang daripada golongannya (Bani Israel) dan seorang (lagi) daripada musuhnya (kaum Fira'un). Maka orang yang daripada golongannya meminta tolong kepadanya untuk mengalahkan orang daripada musuhnya lalu Musa meninjunya, dan matilah musuh itu. Musa berkata: "Ini adalah perbuatan syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang menyesatkan lagi nyata (permusuhannya)." (Al Qasas: 15)

"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk golongannya (Nuh)." (As Shoffat: 83)

Golongan Syiah sering berhujjah dengan mengatakan perkataan 'Syiah' disebut dalam Al Quran untuk mempertahankan kebenaran aqidah mereka. Tidak semestinya apabila disebut dalam Al Quran menandakan aqidah ajaran itu sahih. Fira'un, Namrud dan Haaman juga disebut di dalam Al Quran biarpun mereka sesat serta kufur.

Perkataan 'Syiah' di dalam Al Quran membawa maksud pengikut. Syiah Ithna Asyariyyah ialah salah satu puak Syiah Imamiyyah yang dikategorikan oleh para ulama sebagai melampau. Mereka juga menggelarkan diri mereka dengan nama Syiah Ja'fariyyah, iaitu salah seorang yang mereka anggap sebagai imam mereka. Perkataan Itha Asyariyyah bermaksud dua belas, ataupun merujuk kepada 12 orang imam mereka. Khomeini dan Kerajaan Iran adalah pendokong kepada aliran ini. Mereka mendakwa sebagai umat Islam yang mempercayai 12 imam setelah kewafatan Rasulullah SAW dengan Saidina Ali sebagai imam yang pertama. Mereka juga mendakwa sebagai golongan yang mencintai keluarga Nabi Muhammad SAW serta melebihkan mereka daripada sahabat-sahabat yang lain.

Perlu dijelaskan di sini, Syiah ini bukan seperti golongan Syiah yang ada di kalangan sahabat dan tabi'in yang menyebelahi Ali R.A. ketika berlaku persengketaan dengan Muawiyyah.

Tulisan ini dipetik daripada buku bertajuk, "Siapa Syiah Sebenarnya" karangan Ustaz Abdullah Din dan Ustaz Azfar Abdullah.

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)Abu Nu'manhttp://www.blogger.com/profile/17266607086501502627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3676174446895486323.post-8274743568356329152012-07-18T10:01:00.000+08:002012-07-18T10:08:56.071+08:00Perang Salib ke Atas Dunia IslamAntara pemimpin yang mula menganjurkan peperangan salib ialah:

Pope Sylvester II (1002) - seruan tidak mendapat sambutan

Pope Gregorius/Gregory VII (1075) - seorang Ortodoks di Byzantine yang berpusat di Konstantinople. Ketika itu, Ortodoks telah berpecah daripada Katholik yang berpusat di Rome. Penduduk Byzantine cuba memerangi orang Islam di Timur ketika Rome cuba mara di Andalus. Pope Gregorius VII ingin menghimpunkan dunia Kristian di sekelilingnya untuk menyerang umat Islam di Andalus. Namun Allah menyediakan Raja Al Murabithin di Maghribi, Yusuf bin Tasyfin untuk menghadapi mereka. Yusuf sendiri telah menyeberangi Sungai Az Ziqaq dan berjaya mengalahkan tentera Salib dalam peperangan Az Zallaqah pada tahun 479H.

Pope Urban II (1095) - beliau telah menganjurkan persidangan umum pendeta agama di Clermont pada tahun 489H dan dihadiri seramai 300 orang perwakilan selama 10 hari bertujuan membebaskan Baitul Maqdis daripada kekuasaan Islam. Beliau telah menawarkan pengampunan dosa dan kesalahan kepada mereka yang menyertai Perang Salib. Beliau telah mempromosi propaganda ini dari sebuah negara ke negara yang lain.

Objektif Perang Salib

Merasa terancam dengan keluasan kekuasaan Islam yang semakin mendekati selatan Perancis dan Itali.

Menghalang penerimaan penduduk Eropah dan dunia Kristian terhadap Islam.

Mendirikan koloni Salib di tengah dunia Islam.

Terdapat beberapa dakwaan yang menyatakan punca peperangan ini bukanlah atas faktor agama, tetapi atas faktor mendapatkan hasil kekayaan negara orang Islam. Dakwaan ini disangkal dengan pencerobohan kehormatan Masjidil Aqsa dan pembunuhan umat Islam di dalam masjid tersebut pada 2 Ramadhan 493H (1099M). Ternyata mereka mempromosikan peperangan ini bukan atas dasar ekonomi, tetapi atas dasar keagamaan. Sehinggakan ada sejarahwan mengatakan, "Kuda terbenam di dalam darah orang Islam sehingga ke paras dadanya". Seramai 70,000 umat Islam telah dibunuh dengan sewenangnya.

"Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu daripada agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian)". (Al Baqarah: 217)

Peperangan ini berlangsung selama dua kurun dan berakhir setelah kekalahan salib yang teruk dalam serangannya yang ketujuh. Panglimanya, Louis IX ditawan pada tahun 1254.

Pakatan Salib - Monggol

Kejatuhan Baghdad Tahun 656H

Tentera Salib berjaya menubuhkan pakatan dengan tentera Monggol dalam memerangi umat Islam. Monggol telah membunuh ramai umat Islam hinggalah mereka berjaya menembusi kota Baghdad. Khalifah ketika itu, Musta'shim juga dibunuh dengan kejam oleh mereka. Dikisahkan seorang lelaki muslim akan dipanggil bersama anak-anaknya ke perkuburan, lalu disembelih umpama kambing. Kekejaman ini berlangsung selama 40 hari dengan melibatkan kematian berjumlah kira-kira sejuta orang Islam.

Bukti Pakatan Salib dan Monggol

Tentera Monggol tidak menyerang koloni Salib di Syam seperti di Anthokia, Yafa dan Acca.

Pihak Salib telah menggunakan isteri Genghis Khan yang juga seorang Kristian daripada bangsa Tartar untuk menghasut beliau memerangi tentera Islam. Anak ketiga beliau yang merupakan penggantinya Ogtame (Ogotai) juga berkahwin dengan wanita Kristian.

Hulagu Khan (cucu Genghis Khan) juga berkahwin dengan wanita Kristian. Isterinya telah menghasut beliau melakukan kekejaman ketika berjaya memasuki kota Baghdad dan Syam. Anak Hulagu, Tequdar membesar dalam agama Kristian sebelum memeluk Islam. Akibat tindakannya memeluk Islam, beliau telah dibunuh oleh anak saudaranya, Argon yang sangat memusuhi Islam.

Menyedari ancaman Monggol, tentera Islam telah mempertahankan benteng terakhir mereka di Mesir melalui pimpinan Saifuddin Quttuz. Beliau telah mengalahkan Monggol di Ain Jalut, Palestin.

Perubahan Taktik Salib

Pope Celestine V telah dikemukakan dua idea baru untuk memerangi Islam:

Ramon Kull (Ketua Uskup Toledo) mencadangkan memerangai orang Islam dalam bentuk gerakan misi dakwah (missionary) melalui ilmu dan sekolah.

Mengkristian dan mempergunakan bangsa Monggol untuk memerangi Islam. Perancangan ini gagal setelah orang Monggol memeluk Islam.

Kemenangan Sultan Muhammad al Fatih menawan kota Kostantinople merupakan tamparan hebat buat Kristian. Buktinya adalah ketika Sultan Muhammad al Fatih mangkat, Pope telah mengadakan sembahyang kesyukuran selama tiga hari. Walhal, kota tersebut masih lagi dalam kekuasaan umat Islam.

Kristian juga mempunyai hubungan yang baik dengan puak Maroon di Lubnan. Raja mereka, Yuhana pernah menghantar anaknya, Sam'an bersama angkatan bantuan tidak kurang daripada 25,000 pejuang membantu Panglima Louis IX pada tahun 1250 ketika beliau datang ke Acca. Panglima Louis IX berkata,

"Kami berkeyakinan bangsa ini yang dikenali dengan nama St. Maroon adalah sebahagian daripada bangsa Perancis. Negara Perancis pula telah berjanji melindungi mereka."

Ucapan ini menjadi punca mengapa Perancis masuk campur dalam urusan politik di Lubnan, khususnya bagi pihak Kristian (Maroon) sehingga kini. Ketika Raja Louis IX ditawan semasa Perang Salib al Manshurah, beliau berkata,

"Tiada jalan untuk menewaskan orang Islam melalui kekuatan perang. Pegangan agama mereka dengan Islam mendorong mereka untuk berjihad. Oleh itu, ia mesti dilakukan dengan cara yang lain, iaitu menukar pemikiran Islam dan menjinakkan orang Islam melalui cara serangan pemikiran. Caranya ialah ilmuwan Eropah hendaklah melakukan kajian tentang tamadun Islam bagi mengambil senjata baru yang digunakan untuk menyerang pemikiran Islam."

Tulisan ini dipetik daripada buku bertajuk, "Haadhir Al Alam Islami Al Aalam-Al Aamal: Dunia Islam Kini" karangan Dr. Taufik Yusuf Al Waei.

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)Abu Nu'manhttp://www.blogger.com/profile/17266607086501502627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3676174446895486323.post-86703640036826899192012-07-08T10:19:00.001+08:002012-07-08T10:22:04.649+08:00Fiqh dan Politik Dunia IslamSetelah hampir 4 bulan tidak menulis, alhamdulillah kali ini Allah beri saya kesempatan untuk kembali berkongsi ilmu di blog.

Para ulama mengklasifikasikan dunia kepada beberapa negara berdasarkan kepentingan agama dan keduniaan umat Islam. Pembahagian tersebut adalah seperti yang di bawah:

1. Dar Al Islam (Negara Islam)

Ia bermaksud kawasan yang didiami umat Islam dan hukum Islam jelas terlaksana. Imam Syafie berkata:

Dar Al Islam ialah negeri yang melaksanakan hukum Islam dan didiami oleh orang Islam sekalipun terdapat ahli kitab atau ahli zimmi di dalamnya.

Ataupun negeri yang dibuka oleh umat Islam dan mereka bersetuju mengekalkannya di bawah pengurusan orang kafir.

Ataupun negeri yang pernah didiami oleh umat Islam dan kemudiannya mereka diusir oleh orang kafir dari negeri itu.

Imam Abu Hanifah pula mempunyai definisi yang berbeza. Beliau berkata:

"Dar Al Islam dan Dar Al Kufr (Negara Kafir) dikaitkan kepada Islam atau kufur berdasarkan terserlahnya Islam dan keamanan, ataupun kufur dan ketakutan di negara tersebut. Islam atau kufur terserlah berdasarkan terserlahnya hukum hakamnya, iaitu keamanan dan keadilan di Dar Al Islam, sebaliknya ketakutan dan kezaliman di Dar Al Kufr".

Dalam kata lain, Imam Abu Hanifah melabelkan sesebuah negara itu sebagai Dar Al Islam jika orang Islam dapat menetap dan mengamalkan cara hidup Islam dengan aman dan sebarang tanpa ketakutan. Jika umat Islam tidak dapat mengamalkan cara hidup Islam dengan tenteram dan sering diganggu, maka label yang sesuai ialah Dar Al Kufr.

2. Dar Al Harb (Negara Perang)

Dar Al Harb bermaksud negara yang memerangi orang beriman, iaitu Dar Al Islam, dan wujud permusuhan antara negara tersebut dengan orang Islam. Sebaliknya negara yang tidak mengisytiharkan perang ke atas orang Islam, ia tidak dikira sebagai Dar Al Harb, sebaliknya digolongkan sebagai Dar Al 'Ahd (Negara Perjanjian) atau Dar Al Sulh (Negara Perdamaian).

Para ulama' berkata, apabila seseorang muslim memasuki Dar Al Harb, yang mengisytiharkan perang terhadap Islam, dia memasuki negara tersebut melalui perlindungan keamanan. Kemudian dia mengambil harta seorang kafir harbi di negara tersebut melalui urusan perdagangan, wadi'ah (deposit), belian atau jualan secara hutang atau apa-apa urusan muamalah, maka nilai harta yang diambil itu wajib dilangsaikan kepada kafir harbi tersebut mengikut tuntutan aqad (kontrak).

Kemudian, apabila kafir harbi tersebut ke negara Islam (dengan memperolehi keamanan) untuk menuntut haknya daripada muslim tadi, hakim hendaklah menjatuhkan hukuman ke atas muslim tadi agar dia melunaskan kewangan tersebut menggunakan hartanya. Iaitu sebagaimana dia menjatuhkan hukuman bagi orang muslim yang berada di Dar Al Islam.

Ini kerana hukum hakam Islam tetap berjalan walau di mana sahaja ia berada. Kita tidak menggugurkan hak kewajipan hanya kerana berada di sesuatu tempat, sebagaimana kewajipan solat tidak gugur kerana berada di Dar Al Harb. Memang benar hukum asal harta kafir harbi adalah harus diambil. Tetapi ijma' para ulama fiqh bersepakat ia haram diambil dan kehormatan harta mereka tetap dihormati dan dipelihara dalam beberapa situasi, antaranya:

Apabila seorang muslim memasuki Dar Al Harb secara aman atau dia menjadi tawanan. Manakala orang kafir tersebut memberi kepercayaan berkaitan jiwa dan harta kepadanya. Maka tidak halal dia mengkhianati mereka, lantaran dia telah memberi jaminan kepada mereka tentang dirinya. Ini kerana perbuatan ini adalah suatu pengkhianatan. Walhal, pengkhianatan tidak dibenarkan dalam Islam.

Jika dia mencuri atau merampas sesuatu daripada mereka (kafir harbi), ia wajib dipulangkan kepada pemiliknya. Jika pemiliknya datang ke Dar Al Islam, ia wajib dipulangkan kepada mereka. Ini kerana dia telah mengambilnya secara haram, oleh itu dia wajib memulangkannya, sama seperti jika dia mengambil harta orang Islam.

Apabila kafir harbi yang berada di Dar Al Harb memeluk Islam, darahnya terpelihara, harta dan anak kecilnya terkecuali daripada dijadikan tawanan perang. Hartanya tidak boleh diambil walau di mana sahaja ia berada atau dijumpai. Perjanjian antarabangsa yang mengatur peraturan ini telah wujud sekarang.

3. Darl Al A'hd (Negara Perjanjian)

Maksud Al A'hd ialah keamanan, zimmah, pemeliharaan dan penjagaan kehormatan. Dar Al A'hd dalam Islam pula ialah setiap negara yang penduduk dan pemerintahnya berdamai dengan orang Islam dan bersetuju menghentikan persengketaan, mewujudkan perdamaian atau tidak menceroboh.

Apabila ketua pemerintah Islam berpendapat mengadakan perdamaian dengan Dar Al Harb mempunyai kepentingan bagi umat Islam, perdamaian tersebut diharuskan. Firman Allah:

"Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka kamu hendaklah cenderung kepadanya dan bertawakallah kepada Allah." (Al Anfaal:61)

Contoh terbaik ialah Perjanjian Hudaibiyah yang dimeterai antara umat Islam di Madinah dan kaum musyrikin Makkah. Ketua pemerintah Islam bertanggungjawab menghalang orang Islam dan zimmi daripada menyakiti dan mengganggu warga Dar Al Harb kerana mereka memperolehi perlindungan keselamatan jiwa dan harta melalui perjanjian damai.

4. Dar Al Baghy (Negara Pemberontak)

Al Baghy asalnya bererti zalim dan melampaui had melakukan kerosakan. Pengertian syarak untuk al baghy ialah penentang dan orang yang tidak mentaati pemerintah yang adil.

Dar Al Baghy dari segi istilah ialah: sebahagian daripada negara Islam yang dikuasai oleh orang Islam tetapi mereka menentang pemerintah yang sah berdasarkan hujjah yang mereka takwilkan lalu menjadi alasan kepada penentangan. Mereka melantik pemerintah dari kalangan mereka dan memiliki tentera serta pertahanan. Contoh Dar Al Baghy pada zaman kini ialah revolusi tentera, rampasan kuasa dan perlantikan diri mereka sendiri sebagai pemerintah tanpa pilihanraya, bai'ah ataupun kerelaan umat Islam.

5. Dar Al Bid'ah (Negara Bid'ah)

Ia bermaksud negara yang tidak berhukum dengan Islam secara sempurna. Sebaliknya menjalankan undang-undang secara wadh'i (undang-undang buatan manusia), ataupun undang-undang tempelan, ataupun sistem pemerintahan tentera, ataupun bukan tentera yang memerintah mengikut hawa nafsunya. Dar Al Bid'ah adalah negara yang telah hilang hukum sunnah di dalam negara tersebut, sebaliknya muncul di dalamnya hukum bid'ah dan hawa nafsu yang wajib ditentang.

6. Dar Al Maslubah (Negara yang Dirampas)

Negara yang pernah berada di tangan orang Islam yang memerintah dengan hukum Islam. Kemudian mereka menjadi lemah dan kekuatan mereka mula rapuh, lantas orang kafir dan tentera non muslim mengalahkannya. Para ulama' mewajibkan jihad untuk mengembalikannya. Sebagai contoh ialah Palestin dan Andalus.

Soalan bonus untuk semua, di kategori manakah negara Malaysia?

Tulisan ini dipetik daripada buku bertajuk, "Haadhir Al Alam Islami Al Aalam-Al Aamal: Dunia Islam Kini" karangan Dr. Taufik Yusuf Al Waei.

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)Abu Nu'manhttp://www.blogger.com/profile/17266607086501502627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3676174446895486323.post-66154837142716610952012-03-22T15:15:00.006+08:002012-03-22T16:14:39.728+08:00Mengapa Saya Bersama Rakyat SyriaJika soalan seperti yang bertajuk ditanya kepada anda, apakah jawapan yang akan anda berikan? Saya yakin antara jawapan yang diberikan adalah kerana menentang kezaliman yang dilakukan serta kasihkan saudara seakidah yang diganyang oleh pemerintah zalim. Tiada bezanya dengan saya melainkan saya punya sedikit tambahan jawapan. Iaitu kerana di situlah letaknya jasad Khalid al Walid (di Homs, Syria) dan juga rakan serumah saya berasal dari sana.

Saya mula mengagumi watak Khalid al Walid sejak darjah 1 lagi. Ianya bermula apabila saya diletakkan dalam rumah sukan berwarna merah dengan namanya Khalid al Walid. Saya masih ingat lagi nama bagi rumah hijau ialah Usamah bin Zaid, rumah kuning pula diberi nama Mus'ab bin Umayr dan rumah biru diberi nama Hamzah bin Abdul Mutalib. Kesemua nama ini dipilih bukan sahaja kerana mereka sahabat Rasulullah yang ulung, malah mereka adalah 'singa' yang keberanian dan kegagahannya mampu melucutkan senjata musuh. Kisah Khalid al Walid yang benar-benar menyentuh jiwa saya ialah rintihan beliau ketika hampir menemui ajal.

"Kematianku di atas katil tiada bezanya dengan kematian seekor unta tua." (aw kama qaal)

Apa yang beliau maksudkan ialah kematian selain di medan jihad adalah kematian yang bukan inginkan. Ini kerana kematian di tempat tidur tiada bezanya dengan kematian makhluk Allah yang lain. Sedangkan mati syahid hanya dianugerahkan kepada manusia istimewa sahaja. Ketika itu umur beliau baru mencecah 38 tahun dan mempunyai tidak kurang daripada 70 liang luka di badannya.

Ketika masih menuntut di luar negara, saya sempat duduk serumah dengan seorang warga Amerika Syarikat berketurunan Arab Syria. Ibu bapanya berasal dari Homs, Syria dan berhijrah ke Indianapolis setelah mendirikan rumah tangga. Tarek Zeni merupakan anak bongsu dan mempunyai seorang abang kembar bernama Amer Zeni. Tidak dinafikan wajah mereka seakan-akan Maher Zain yang cukup kacak itu. Saya sempat menetap bersama Tarek selama 2 tahun setengah. Lazimnya beliau akan pulang ke Syria bersama keluarganya setiap tahun. Sebelum pulang ke Syria, beliau akan mencukur jambangnya atas alasan keselamatan. Menurutnya, sesiapa yang menyimpan jambang di Syria mudah disyaki sebagai seorang islamis ataupun pengikut Ikhwanul Muslimin. Di Syria, organisasi Ikhwanul Muslimin adalah diharamkan dan aktivisnya akan dipenjara serta diseksa.

Tarek dan kembarnya amat rapat dengan pelajar Melayu di Purdue University kerana sifat sopan dan lemah lembut kami berbanding pak arab lain yang agak sukar untuk bertolak ansur. Tarek begitu menghormati pelajar Melayu sehinggakan beliau telah mendirikan rumah tangga dengan rakyat Malaysia. Beliau juga tidak kekok memakan masakan melayu ketika berada di rumah. Lebih daripada itu, beliau pernah ke kelas dengan memakai kain pelikat dan baju melayu. Berkali-kali kami mengingatkannya bahawa kain pelikat adalah pakaian tidak formal bangsa Melayu. Ianya tidak sesuai untuk dipakai ke kelas mahu pun untuk bersiar-siar. Apa yang membuatkan Tarek lebih rapat dengan kami ialah kekaguman beliau melihat pelajar Melayu yang mempunyai halaqah mingguan. Kebiasaannya halaqah mingguan kami berlangsung selepas solat Maghrib setiap hari Jumaat. Kami awalkan waktu halaqah supaya kami dapat beriadhah lebih lama di Co-Rec (Co-Recrational Center). Tarek juga mula belajar bermain badminton dengan kami. Sebagai balasan, kami meminta beliau mengajar kami teknik dan cara permainan basketball. Kadang kala kami meminta Tarek memberi penyampaian dalam halaqah kami.

Pencapaian terbaik kami ialah melatih Tarek sehingga beliau fasih berbahasa Melayu. Beliau pernah menulis karangan yang panjang lebih daripada 300 patah kata dan memberikannya kepada kami untuk disemak serta dibetulkan. Tarek pernah membawa kami pulang ke rumahnya di Indianapolis. Malah, kami mengenali semua ahli keluarga beliau. Sepanjang kami mengenali beliau, kami mempelajari banyak perkataan Bahasa Arab pasar Syria seperti 'Syukh baarak' (Apa khabar).

Kesengsaraan dan kesusahan rakyat Syria bukan suatu perkara yang baru buat saya. Saya mula mengenali bangsa ini dan jerit payah mereka lebih 11 tahun yang lalu. Mereka diwajibkan menjalani latihan ketenteraan setelah tamat sekolah. Tarek dan Amer sentiasa cuba melarikan diri daripada ditahan oleh tentera setiap kali pulang ke Syria. Bagi mereka, latihan ketenteraan tersebut tidak lebih daripada neraka buat mereka. Rakyat Syria sudah terlalu lama dizalimi dan dinafikan hak mereka. Apakah dengan menegur kelemahan pemimpin mereka layak disembelih atau ditembak? Angka syahid sudah pun mencecah 5 digit dan semakin meningkat. Menurut sumber dari Syria, hampir 40 hingga 50 orang dibunuh setiap hari. Kebangkitan rakyat Syria kini hampir mencecah usia setahun. Dapatkah dibayangkan berapa ramai yang telah kerajaan Syria bunuh dengan sewenang-wenangnya?

Sebut sahaja apa jenis kezaliman, semuanya telah dilakukan ke atas rakyat Syria oleh Presiden Bashar Al Asad. Bekalan air bersih disekat, wanita diculik dan dirogol, kanak-kanak dipenjarakan dan diseksa, tahanan dipijak-pijak dengan but tentera yang keras dan berbagai lagi. Tidak cukupkah kezaliman tersebut untuk menafikan keterlibatan Barat dan Yahudi merangka agenda untuk menjatuhkan pimpinan Arab? Koleksi lawak jenis apakah ini????

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)Abu Nu'manhttp://www.blogger.com/profile/17266607086501502627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3676174446895486323.post-7611130632394410082012-02-27T14:22:00.008+08:002012-03-19T14:14:15.175+08:00Takrif PendakwahDakwah merupakan tugas seluruh para utusan Allah. Malah, mereka diutus kepada manusia tiada lain hanyalah kerana tugasan mulia ini. Para utusan ini mengajak kaum mereka supaya beriman kepada Allah dan hanya mengabdikan diri kepadaNya dengan cara yang disyariatkan kepada mereka.

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka). Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut". (An Nahl:36)

Umat Berkongsi Tugas Dakwah

Hakikat sebenar mesej ayat di atas turut ditujukan kepada semua umat Islam kerana pada dasarnya, setiap ayat yang diperintahkan kepada Rasulullah juga mencakupi umat baginda melainkan jika terdapat pengecualian. Ini bermakna Allah telah memberi penghormatan kepada manusia untuk berkongsi memikul tugas ini bersama Rasulullah.

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji)". (Ali Imran: 110)

Ayat ini membawa dua maksud:

Pertama: umat ini adalah umat yang mulia.

Kedua: umat ini menikmati kemuliaan ini kerana mereka melaksanakan tugas amar makruf nahi mungkar.

Al Quran turut meletakkan dakwah ini sebagai salah satu ciri orang yang beriman. Berbeza dengan orang munafik yang menghalang jalan Allah dan mengajak manusia supaya menyembah tuhan yang lain.

"Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, sesetengahnya adalah sama dengan sesetengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik." (At Taubah: 67)

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan." (At Taubah: 71)

Menurut Al Qurtubi ketika mentafsir firman Allah ini: "Allah meletakkan amar makruf nahi mungkar sebagai kayu ukur yang membezakan antara orang yang beriman dengan orang munafik. Ayat ini juga menunjukkan bahawa ciri utama orang yang beriman ialah dia melaksanakan amar makruf nahi mungkar dan perlaksanaan amar makruf nahi mungkar yang paling utama ialah mengajak manusia kepada Islam."

Dakwah tanggungjawab siapa?

Setiap muslim yang baligh dan berakal bertanggungjawab melaksanakan kewajipan ini. Firman Allah:

"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan basirah (ilmu dan yakin). Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (Yusuf: 108)

Mereka yang berdakwah hendaklah melakukannya dengan basirah iaitu ilmu dan yakin. Membelakangkan tugas dakwah menjadi tanda kelemahan atau kecacatan iman seseorang. Seorang muslim perlu difahamkan bahawa tugas ini iaitu mengajak manusia menyembah Allah adalah wajib. Menurut Imam Ibnu Kathir ketika mentafsir ayat ini: "Allah berfirman kepada Rasulnya supaya memberitahu manusia bahawa jalan ini iaitu cara atau sunnah baginda ini, mengajak kepada menyatakan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan tidak menyekutukan Allah, dilakukan dengan berlandaskan ilmu, yakin dan bukti. Malah semua pengikut baginda yang mengajak manusia sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah juga melakukannya berlandaskan ilmu, yakin dan bukti akal serta syarak."

Perlaksanaan dakwah boleh dilakukan secara individu dan secara berjamaah.

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segaa perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Ali Imran: 104)

Menurut Imam Ibnu Kathir ketika mentafsir ayat ini: "Maksud ayat ini ialah perlu wujud suatu kumpulan dalam umat ini yang melaksanakan tugas ini walaupun pada dasarnya tugas ini adalah kewajipan setiap individu dalam umat ini. "

Sememangnya penggabungan para pendakwah dalam satu kumpulan bagi melaksanakan tugas dakwah merupakan suatu tindakan yang amat perlu apabila berhadapan dengan cabaran yang besar. Kerja dakwah memerlukan penggembelingan tenaga yang ramai dan tersusun bagi menyampaikan dakwah dan bagi mengajar mad'u ajaran Islam.

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan pencerobohan" (Al-Maidah: 2)

Beberapa Salah Faham

Terdapat sesetengah pihak yang mendakwa kewajipan melaksanakan dakwah tidak membabitkan mereka kerena mereka bukan 'orang agama'. Mereka berpendapat dakwah sebagai fadhu kifayah, maka kewajipan ini hanyalah bagi mereka yang bergelar ulama' dan bukannya semua orang. Bagi menjawab salah faham ini, kita petik tafsiran Ibnu Kathir yang telah mengulas ayat 104 daripada Surah Ali Imran.

"Perlu wujud suatu kumpulan dalam umat ini yang melaksanakan tugas ini walaupun pada dasarnya tugas ini adalah kewajipan bagi setiap individu dalam umat ini."

Menurut tafsir Ar Razi pula, "Bagi tafsir ayat 'di antara', terdapat dua pendapat. Pendapat pertama menyatakan perkataan 'di antara' bukan bermaksud sebahagian". Hujjahnya ialah,

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji)" (Ali Imran: 110).

Ayat tersebut jelas menunjukkan Allah telah mewajibkan amar makruf nahi mungkar kepada setiap umat Islam. Pendapat kedua pula menyatakan setiap mukallaf wajib melaksanakan amar makruf nahi mungkar sama ada dengan menggunakan tangan, lidah atau hati. Ini bermakna, perkataan 'di antara' digunakan untuk memberi penjelasan dan bukan membawa maksud sebahagian. Penggunaan kalimah ini berbeza dengan firman Allah:

"Maka jauhilah kekotoran syirik yang di antaranya disebabkan oleh penyembahan berhala." (Al Haj:30)

Ayat tersebut bermaksud penyembahan berhala adalah sebahagian daripada syirik. Masalah ini timbul akibat wujud kekeliruan mengenai istilah 'ulama' dan pemahaman maksud fardhu kifayah. Mengajak manusia ke arah kebaikan memang perlu berlandaskan kepada ilmu. Namun ilmu sebenarnya bukanlah suatu yang tidak boleh dipecah atau diceraikan. Ilmu mempunyai banyak pecahan dan cabang. Orang yang mengetahui tentang perkara pertama tetapi tidak mengetahui perkara kedua bermakna ia berilmu mengenai perkara pertama sahaja tetapi jahil dalam perkara yang kedua. Ini bermakna orang tersebut boleh dikira sebagai ulama' dalam perkara yang diketahuinya sahaja. Ini juga bermakna orang tersebut sudah memenuhi syarat wajib untuk mengajak manusia ke arah yang diketahuinya itu. Tidak timbul perselisihan di kalangan ulama', bahawa orang yang tidak mengetahui mengenai sesuatu tidak boleh mengajak manusia kepada perkara tersebut kerana mempunyai ilmu yang betul mengenai perkara yang ingin disampaikan adalah syarat bagi menyampaikan dakwah. Dalam kata lain, setiap muslim perlu mengajak manusia supaya menyembah Allah hanya berdasarkan kepada apa yang mereka ketahui. Jelas di sini pandangan yang mengatakan bahawa ulama' hanyalah orang yang mempunyai ilmu yang luas atau dikenali sebagai 'orang agama' adalah salah.

Maksud fardhu kifayah ialah jika sesuatu perbuatan telah dilaksanakan oleh sebahagian manusia, maka perbuatan ini tidak lagi wajib dilakukan oleh orang lain walaupun perbuatan ini pada dasarnya diwajibkan kepada semua. Jelas definisi di atas menunjukkan jika kemungkaran BERJAYA DIHAPUSKAN hasil tindakan seseorang ataupun beberapa individu, barulah ianya tidak dipertanggunjawabkan ke atas setiap individu. Dalam erti kata lain, selagi kemungkaran masih wujud, maka hukumnya tetap fardhu ain. Apabila kemungkaran berjaya dihapuskan barulah hukumnya berubah menjadi fardhu kifayah. Seorang muslim sepatutnya mengambil inisiatif untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar tanpa perlu mengharapkan orang lain. Jika ia mengharapkan orang lain melaksanakannya, namun didapati tiada seorang pun yang melakukannya, sudah tentu kesemuanya akan menanggung dosa. Malah, pahala atas keberhasilan usaha dakwah itu hanya akan diperolehi oleh mereka yang melakukannya dan tidak dikongsi bersama dengan mereka yang hanya mengharapkan orang lain menanggung tugas dakwah ini. Jika seseorang itu mengabaikan tanggungjawab berdakwah, ini bermakna beliau telah mengingkari perintah Allah,

"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala iktikad dan perbuatan syirik). Dan bukanlah aku dari golongan yang menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (Yusuf: 108)

Dalam kata lain, para pengikut Rasulullah hanyalah mereka yang mengajak manusia supaya menyembah Allah. Inilah maksud fardhu kifayah yang sebenarnya. Kewajipan ini ditujukan kepada semua umat Islam supaya mereka semua berusaha melaksanakan kewajipan ini. Sudah tentu ianya terhad kepada mereka yang berkemampuan sahaja yang memikul tanggungjawab ini. Perlu diingat, ayat 104 dari Surah Ali Imran menyarankan supaya berusaha mewujudkan 'umat' ini, iaitu sekumpulan manusia yang melaksanakan dakwah dan mereka perlu mempersiapkan kumpulan ini dengan segala keupayaan yang membolehkan mereka mencapai matlamat yang ditetapkan, iaitu menegakkan dan menyebarkan agama Allah.

Fardhu kifayah hanya akan terlaksana jika orang yang melaksanakannya telah melaksanakannya sepenuhnya. Selagimana fardhu kifayah tidak terlaksana sepenuhnya, selagi itulah ia menjadi kewajipan setiap muslim untuk melaksanakannya mengikut kemampuan masing-masing.

Ada juga sesetengah yang berdiam diri (tidak melaksanakan dakwah) kerana salah memahami firman Allah,

"Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudharat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya)." (Al Maidah: 105)

bersambung...

Tulisan ini diambil daripada buku bertajuk Usul Dakwah karangan Dr. Abdul Karim Zaidan

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)Abu Nu'manhttp://www.blogger.com/profile/17266607086501502627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3676174446895486323.post-30530047349221735222012-02-21T13:17:00.008+08:002012-02-21T14:38:04.126+08:00Belajar dari History ChannelAhad yang lepas merupakan hujung minggu yang melelahkan saya. Saya telah pulang ke rumah ibu bapa saya di Sepang untuk membantu mengemas rumah memandangkan walimah adik lelaki saya semakin hampir. Ini merupakan pengalaman saya yang pertama mengemas rumah dua tingkat. Petangnya pula saya membawa isteri dan anak-anak meninjau lapangan terbang LCCT yang berhampiran dengan rumah ibu bapa saya. Selesai menghiburkan mereka, saya terus memandu pulang ke Seremban. Selesai solat Isyak, saya menidurkan Nu'man dan saya pun terlelap. Saya sempat mengunci jam supaya loceng berbunyi 12 tengah malam. Tujuannya untuk saya mendengar siaran ulangan Carta IKIM.fm yang saya terlepas siarannya pada pagi hari. Di samping itu, saya juga perlu menggosok pakaian kerja serta menonton perlawanan bola sepak Piala FA antara Liverpool dan Brighton Hove & Albion.

Sementara menunggu perlawanan Piala FA bermula, saya sempat menonton siaran bertema sejarah di History Channel. Sempena 70 tahun penawanan Jepun ke atas Singapura, History Channel telah menayangkan siri dokumentari secara marathon berkaitan dengan Perang Dunia Kedua dan kesannya kepada Malaysia dan Singapura. Dokumentar kali ini benar-benar menarik minat saya. Hingga saya terlepas aksi-aksi menarik bola sepak Piala FA dibuatnya. Tanpa disedari saya telah menghabiskan masa selama hampir 3 jam menonton dokumentari tersebut.

Jepun menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 melalui Pantai Sabak, Kelantan beberapa jam sebelum Pearl Habour diserang oleh Nippon. Jepun menceroboh Tanah Melayu melalui tiga pintu masuk, iaitu pesisiran pantai di Kelantan serta persempedanan Malaysia-Thailand di Kedah dan Perak. Perancangan Jepun yang teliti menyebabkan British terkejut dan tidak bersedia menentang kemaraan Jepun. Walhal tentera Jepun hanya berjumlah 60,000 orang berbanding tentera British seramai 103,000 orang. Kelebihan tentera Jepun ialah mereka menyedari kelemahan British dalam mengekang serangan udara dan darat. Justeru itu, Jepun telah menghantar lebih 600 pesawat perang untuk melawan tentera udara British yang hanya mempunyai kurang 200 pesawat perang. Dengan jumlah pesawat perang yang banyak ini, mereka telah berjaya melumpuhkan tentera laut British yang merupakan nadi ketenteraan British. Jepun juga telah mengambil kesempatan akan kelonggaran sistem kawalan darat British dengan bergerak dari Utara ke Singapura hanya menggunakan basikal. Ketika tentera Jepun sudah menghampiri Singapura, tentera British telah meletupkan jambatan yang melintasi Selat Tebrau. Ini merupakan satu-satunya jalan darat yang menghubungkan Tanah Melayu dan Singapura. British berbuat demikian kerana tentera Jepun hanya boleh menawan Singapura dengan ketenteraan darat memandangkan Jepun tidak membawa tentera laut bersama untuk menawan Tanah Melayu dan Singapura. Namun begitu, Jepun telah bertekad lama untuk menawan Singapura. Jepun telah menyerang lapangan terbang tentera British di Changi melalui pesawat mereka. Namun ini hanyalah mock attack (serangan helah) yang menyebabkan British mula menumpukan pertahanan di Changi. Tentera yang mengawal perairan mula dipindahkan ke Changi kerana British menyangka Jepun ingin melemahkan ketenteraan udara British. Kesempatan ini diambil oleh Jepun dengan mendayung ke perairan pantai barat Singapura dan mula mara ke selatan Singapura. Dalam tempoh beberapa bulan sahaja seluruh Semenanjung Malaysia dan Singapura berjaya ditawan oleh Jepun.

Punca utama Jepun ingin menawan Tanah Melayu ialah kerana sumber bahan mentah yang banyak. Bahan mentah ini penting untuk menyediakan peralatan perang bagi menawan dunia. Singapura pula perlu ditawan Jepun kerana ia merupakan nadi utama British. Di sinilah aktiviti utama ekonomi British berlaku. Kekalahan British di Singapura akan melemahkan semangat moral kepimpinan tertinggi British. Ketika mula tercetusnya Perang Dunia Kedua, berbondong-bondong rakyat British keluar meninggalkan Malaysia dan Singapura melalui jalan laut. Rakyat tempatan dibiarkan bersendirian bersama tentera mempertahankan tanah air. Kesan penjajahan Jepun dirasai oleh semua rakyat terutamanya bangsa Cina. Dilaporkan di Kuala Pilah, seluruh penduduknya telah diarahkan membawa guni untuk diagihkan beras. Mereka diarahkan menuju ke satu kawasan yang sedikit terpencil dari kampung tersebut. Di situ, kesemua penduduk kampung tersebut, seramai 450 orang dan kesemuanya berbangsa Cina dibunuh oleh Jepun. Jepun membunuh mereka sama ada dengan melepaskan tembakan rawak ataupun menikam dengan bayonet. Pembunuhan beramai-ramai ini disebut sebagai Sook Ching. Kisah tragis ini diceritakan oleh satu-satunya penduduk yang terselamat. Ketika itu beliau berumur 7 tahun. Beliau berada dalam dakapan ibunya ketika Jepun menikam mereka berdua dengan bayonet. Beliau juga cedera ditusuk bayonet sehingga tidak sedarkan diri. Jepun menyangka beliau telah mati. Beliau hanya tersedar apabila seorang lelaki tua datang mencari mayat saudaranya di kawasan tersebut. Orang tua tersebut mengejutkannya dan membawanya pergi dari tempat tersebut. Dalam sekelip mata, ayah, ibu dan adiknya mati begitu sahaja dan meninggalkannya sebatang kara. Beliau masih ingat bagaimana ibunya mati dalam keadaan mata terbeliak.

Di sebuah kampung lain, seorang budak lelaki berumur 6 tahun terselamat bersama adiknya yang berumur 4 tahun. Beliau masih ingat bagaimana Jepun merampas adiknya yang berusia setahun daripada ibunya. Adiknya dilambung ke udara dan ditikam dengan bayonet. Beliau melihat sendiri isi perut adiknya terburai. Adiknya ketika masih lagi hidup dan menangis kesakitan, sementara tentera Jepun ketawa kegembiraan. Budak lelaki ini telah ditikam sebanyak dua kali namun Allah telah memanjangkan umurnya. Jepun amat bencikan bangsa Cina kerana sejarah peperangan antara Jepun dan China yang berlangsung selama beberapa tahun. Malah, ada antara bangsa Cina di Semenanjung Malaysia yang memberi bantuan kewangan kepada China untuk menewaskan Jepun.

Mengetahui perseteruan antara bangsa Cina dan Jepun yang begitu ketara, British telah melepaskan kesemua tahanan penjara yang berbangsa Cina. Kebanyakan mereka ini ditahan kerana menganut ideologi komunis. Di sinilah bermulanya perjuangan MPAJA (Malaysian People Anti-Japanese Army). Sementara itu, Jepun mula mengesan penentangan bangsa Cina kepada mereka. Jepun telah melantik sebilangan orang Melayu sebagai Kempetai (Polis Jepun) untuk mengintip dan mengawal pergerakan bangsa Cina. Ini telah menyebabkan pergeseran besar berlaku antara orang Melayu dan Cina. Ini memang sengaja dilakukan oleh Jepun supaya rakyat Malaysia menjadi lemah dan tidak berdaya mengalahkan Jepun. Terdapat satu tragedi yang melibatkan dua bangsa ini berlaku ketika penjajahan Jepun. Lokasinya ialah di Sungai Lui, N.Sembilan. Sungai Lui ketika itu merupakan kawasan yang subur dengan tanaman. Ia menjadi lokasi tentera MPAJA untuk mendapatkan bekalan daripada penduduk setempat. Menyedari hal ini, Jepun telah menempatkan seorang pengawal Melayu di Sungai Lui. Tentera MPAJA telah menculik pengawal tersebut ke dalam hutan. Pengawal ini diseksa dengan teruk sebelum dibunuh dengan tembakan peluru. Apabila Jepun mendapat tahu hal ini, mereka terus menghantar tentera untuk menyiasat tragedi tersebut. Kesemua penduduk Sungai Lui dikumpulkan di kawasan lapang. Mereka diasingkan mengikut bangsa Melayu dan Cina. Tentera Jepun telah bertanya kepada kedua-dua kumpulan ini siapakah yang telah membunuh pengawal mereka. Tiada siapa yang jawab kerana masing-masing berada dalam ketakutan. Kerana terlalu berang, tentera Jepun telah membunuh kesemua bangsa Cina dan membiarkan bangsa Melayu hidup. Kesemua warga Melayu ini kehairanan mengapa mereka dibiarkan hidup. MPAJA menyimpan dendam yang lama dan akhirnya tertunai apabila Jepun menyerah kalah. Kesemua tali barut Jepun yang terdiri daripada bangsa Melayu telah ditangkap dan dibicarakan di Mahkamah Rakyat. Hukuman dijatuhkan berdasarkan pungutan suara majoriti di kalangan yang hadir. Seorang saksi telah melihat bagaimana mudahnya hukuman dijatuhkan. Apabila pertuduhan dibacakan oleh pimpinan MPAJA, pimpinan ini akan bertanya kepada hadirin apakah hukuman yang sepatutnya kepada tertuduh. Mereka beramai-ramai melaungkan 'Bunuh dia...bunuh dia..." Wakil MPAJA tersebut terus mengarahkan tertuduh dibawa keluar dan dibunuh. Jepun benar-benar berjaya mewujudkan jurang yang besar antara kaum.

Pun begitu, bangsa Melayu juga terkesan dengan kekejaman pemerintahan Jepun. Ramai antara mereka telah dihantar ke Thailand untuk bekerja sebagai buruh paksa membina landasan keretapi. Landasan ini dikenali sebagai Landasan Maut dengan jarak lebih 400 kilometer. Menariknya, landasan ini berjaya disiapkan dalam masa kurang dari setahun. Tujuan pembinaan landasan ini adalah untuk menghubungkan landasan sedia ada di Thailand dan Myanmar. Apabila kerja penyambungan landasan ini selesai, mudahlah Jepun ke India untuk meluaskan jajahan. Menurut seorang saksi, beliau bersama 23 orang sahabat kampung telah berkerja di landasan ini kerana terpedaya dengan tawaran Jepun. Ketika landasan tersebut siap, hanya beliau dan 3 orang sahabat kampungnya sahaja yang hidup. Selebihnya mati ketika menjadi buruh paksa. Beliau menceritakan setiap hari hampir 20-30 orang mati kerana kebuluran. Mayat mereka dikambus beramai-ramai tanpa dimandikan. Oleh kerana Jepun berjaya menghampiri India, ramai rakyat India memberi kerjasama kepada Jepun untuk menewaskan British. Ini kerana rakyat India termakan dengan sogokan Jepun yang bertema 'Asia Raya untuk Asia'. Rakyat India sepertimana bangsa Melayu, juga inginkan kemerdekaan daripada penjajahan British. Hasilnya wujud tentera sukarela India yang membantu Jepun mengalahkan British. Panggilan sukarela ini menjangkau jauh sehingga ke Singapura dan Tanah Melayu. Hasilnya terdapat lebih 1000 wanita India di Tanah Melayu dan Singapura menyertai pasukan tentera ini menentang British.

Sementara itu, bangsa Cina berterus diseksa dan didiskriminasi oleh Jepun. Ribuan gadis sunti Cina telah diculik untuk menjadi hamba seks. Mereka terpaksa memotong rambut dan berperawakan seperti remaja lelaki untuk mengelakkan diri daripada diculik oleh tentera Jepun. Jika diculik mereka akan dikurung dan dipaksa melayan tentera Jepun. Satu temuramah mendedahkan mereka terpaksa melayan 20 tentera di waktu pagi, 20 tentera di waktu petang, dan 20 tentera di waktu malam. Bangsa Cina terus hidup dalam kemiskinan. Beras dirampas. Malah ada antara kanak-kanak yang terpaksa menangkap kambing betina untuk menghisap susunya. Bangsa Melayu juga turut merasai kesusahan yang memeritkan. Mereka terpaksa memakai pakaian yang dibuat daripada guni. Jika ada kematian yang berlaku, pasti kubur si jenazah akan dikorek keesokannya. Ini kerana terdapat penduduk yang terpaksa mencuri kain kafan jenazah untuk dibuat pakaian. Kebencian orang Melayu terhadap Jepun semakin memuncak apabila Jepun menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Thailand atas kerjasama mereka memberi laluan darat kepada Jepun untuk mara ke Tanah Melayu serta Singapura. Sesiapa yang engkar arahan tentera Jepun pula akan dipotong 'kapara'. Terdapat satu insiden seorang remaja India melintasi tentera Jepun tanpa menundukkan kepala sebagai tanda hormat. Tentera Jepun tersebut telah memanggil remaja tersebut dan terus menamparnya. Begitulah tabiat tentera Jepun. Suka menampar sesuka hati sehingga wujudlah perkataan 'Penampar Jepun'. Satu lagi seksaan yang terkenal diamalkan oleh tentera Jepun ialah 'Tokyo Wine'. Jika penyiasat tentera Jepun tidak berpuas hati dengan jawapan tahanan, mereka akan dibaringkan. Mulut mereka akan disumbat dengan getah paip. Air ataupun air sabun akan salurkan ke dalam getap paip sehingga tahanan kembung. Selepas itu, dua orang tentera Jepun akan meletakkan papan lapis di atas perut tertuduh dan berdiri di hujung papan tersebut.

Namun tidak dinafikan ada hikmah yang dibawa oleh Jepun ketika penjajahan berlaku. Rakyat mula mengenali bahasa Jepun dan budayanya. Kanak-kanak yang hidup pada zaman tersebut kesemuanya boleh berbahasa Jepun sehinggalah mereka dewasa. Mereka juga mahir dengan kalendar Jepun. Ketika Tanah Melayu dijajah, Malaya ditukar kepada Malai dan tahun 1942 ditukar kepada 2042. Pendidikan jasmani sebelum kelas bermula diperkenalkan oleh Jepun. Murid-murid dilatih menjadi lebih rajin dan tangkas dalam pemikiran. Pun begitu, murid-murid ini dirasuah untuk hadir ke sekolah. Setiap murid yang hadir akan diberikan dua tin rokok yang berisi beras serta sekampit gula sebagai imbuhan.

Mereka juga sempat menemuramah bekas tentera Jepun yang terlibat dengan mengajukan soalan bagaimana mereka boleh menjadi begitu kejam. Dalam keadaan sebak, mereka menjawab mereka tiada pilihan lain kecuali terpaksa akur kepada arahan pegawai tentera. Ketika itu, Maharaja Jepun ibarat Tuhan di kalangan penduduk Jepun. Pegawai tentera telah 'menjual' nama Maharaja Jepun untuk melaksanakan perintah-perintah yang kejam. Beliau bercerita terdapat satu insiden yang mana seramai 60 askar Jepun telah dipanggil mengadap. Di hadapan mereka terdapat 400 orang tahanan berbangsa Cina. Pegawai tersebut telah melaungkan,

"Dengan nama Maharaja Jepun, pancung kesemua orang Cina ini!!!"

Bekas tentera tersebut menangis menceritakan hal tersebut. Beliau mengakui setiap tentera Jepun punya naluri manusiawi dan tidak tergamak sebenarnya melaksanakan perintah tersebut. Saya sungguh terharu menonton dokumentari tersebut. Tidak saya sangka bangsa Jepun yang kini begitu lembut dan berhemah, dahulunya merupakan bangsa yang kejam ketika menjajah. Tiada siapa yang boleh memberi kemerdekaan dan keamanan melainkan Islam. Ketika Perang Dunia Kedua, penduduk Tanah Melayu begitu gembira dengan kehadiran Jepun kerana menyangka mereka akan membebaskan Tanah Melayu daripada British. Ternyata sangkaan mereka salah. Malah mereka ditindas dengan begitu teruk sekali.

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)Abu Nu'manhttp://www.blogger.com/profile/17266607086501502627noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3676174446895486323.post-17055349003901060962012-02-11T23:11:00.008+08:002012-02-12T00:38:38.197+08:00Ghuzwah Hunain (Final Part)Tentera Islam telah mengejar kaum Hawazin yang lari berlindung di penempatan kaum Thaqif di Taif. Rasulullah telah mengepung kota ini selama beberapa hari, namun gagal menawannya. Lalu baginda pulang ke Madinah. Dalam perjalanan pulang, baginda telah mengagihkan ghanimah (rampasan perang). Terdapat 6000 tawanan sahaya dan wanita di samping unta serta kambing yang tidak diketahui jumlahnya. Baginda telah memberikan bahagian yang banyak kepada pemuka-pemuka Arab untuk menarik minat mereka kepada Islam. Baginda juga telah memberi harta yang banyak kepada kaum Quraisy. Kaum Ansar pula tidak mendapat apa-apa. Ini telah menyebabkan sebahagian daripada mereka berasa kecewa sehingga ada yang menyebut,

"Rasulullah SAW telah bertemu kembali kaum baginda."

Maksudnya, baginda telah melupakan kaum Ansar setelah pembukaan Mekah dan Quraisy semakin ramai memeluk Islam. Setelah mendapat tahu hal ini, baginda bersabda;

"Wahai kaum Ansar! Aku telah mendengar kata-katamu. Ia mengandungi celaan kepadaku. Bukankah kamu sebelumnya sesat, lalu Allah memberi petunjuk kepada kamu? Miskin, lalu Allah menjadikan kamu kaya? Saling bermusuhan, lalu Allah mempertautkan hati-hati kamu?"

Mereka menjawab,

"Benar! Allah dan RasulNya lebih berjasa dan lebih berbakti."

Kemudian baginda menyambung,

"Wahai kaum Ansar! Kenapa kamu tidak menjawab kata-kataku?"

Mereka bertanya,

"Wahai Rasulullah, apa lagi yang patut kami katakan? Allah dan RasulNya mempunyai jasa dan bakti."

Baginda bersabda,

"Demi Allah, kalau kamu mahu, kamu boleh menjawab, 'Jawapan kamu adalah benar dan diterima'. Kamu boleh menjawab,'Kamu (wahai Rasulullah) datang kepada kami dalam keadaan kamu didustai (kaummu), lalu kami yang mempercayai kamu. Terbiar tanpa pertolongan, lalu kami yang menolongmu. Diusir, lalu kami membelamu. Serba kekurangan, lalu kami berkongsikan harta denganmu."

"Wahai kaum Ansar, adakah diri kamu merasa tidak puas hati terhadap sisa-sisa dunia yang aku gunakan untuk menarik minat kaum tersebut agar memeluk Islam? Sedangkan aku serahkan kamu kepada keislaman kamu. Wahai kaum Ansar, tidakkah kamu redha orang ramai kembali bersama kambing dan unta, sedangkan kamu pulang kepada tunggangan kamu bersama Rasulullah? Demi Tuhan yang jiwa Muhammad dalam genggamanNya, jika bukan kerana Hijrah, nescaya aku seorang Ansar. Sekiranya orang ramai melalui satu lorong di bukit, sedangkan Ansar melalui lorong yang lain, nescaya aku melalui lorong yang dilalui Ansar. Ya Allah, rahmatilah Ansar, anak-anak dan cucu-cucu Ansar."

Maka kaum Ansar menangis sehingga janggut-janggut mereka basah. Mereka berkata,

"Kami redha dengan pembahagian dan habuan yang dilakukan oleh Rasulullah."

Di sini terdapat beberapa komentar yang boleh kita sama-sama perhalusi,

1. Rampasan perang sebagai matlamat utama jihad

Golongan orientalis dan musuh Islam sering mendakwa tentera Islam ke medan jihad kerana inginkan rampasan harta yang banyak. Umum mengetahui itu bukanlah tujuan utama muslimin ke medan jihad. Hakikatnya tujuan utama jihad adalah berbentuk spiritual. Menyebarkan kebenaran, menolak gangguan jahat dan pencerobohan. Adalah pelik seseorang sanggup bergadai nyawa dan meninggalkan keluarga hanya kerana ingin mendapatkan habuan material. Tamak kepada habuan material tidak berupaya melahirkan keperwiraan luar biasa yang terserlah di kalangan para mujahidin. Dalam masa yang sama, tentera Islam juga berdepan dengan risiko kehilangan harta mereka jika mereka dilanda kekalahan. Jadi, adalah mustahil tentera Islam ke medan jihad kerana mengejarkan habuan dunia. Jika rampasan perang menjadi matlamat, mengapa musuh Islam seperti Rom dan Parsi gagal mencapai kemenangan luar biasa seperti tentera Islam?

Tersebut kisah seorang sahabat melemparkan tamar yang berada dalam mulutnya apabila mendengar panggilan jihad. Beliau ke medan jihad dengan berkata,

"Wah, bagusnya! Tiada apa lagi yang menghalang aku untuk memasuki syurga melainkan tamar-tamar ini? Demi Allah (jika aku menghabiskan tamar ini), ia adalah kehidupan yang panjang (melambatkan aku ke syurga)!"

Beliau ke medan jihad dan menemui syahid. Dalam perang Uhud pula, para sahabat tampil menghadap musuh sambil berteriak,

"Syurga! Syurga! Demi Allah aku mencium baunya lebih dekat dari Bukit Uhud!"

Rustum pula pernah menawarkan tentera Islam harta dan pakaian agar mereka membatalkan niat menyerang Parsi. Namun utusan perang itu menjawab,

"Demi Allah, kami tidak keluar kerana perkara ini. Apa yang kami mahu ialah menyelamatkan kamu daripada penyembahan sesama hamba kepada penyembahan Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan. Sekiranya kamu memeluk Islam, kami akan pulang. Sementara kerajaan dan tanah kamu tetap kekal milik kamu. Kami tidak akan merebut apa-apa pun daripada kamu."

Kekecewaan tidak mendapat rampasan perang adalah daripada kalangan mereka yang masih baru memeluk Islam. Rasa tidak puas hati di kalangan sesetengah Ansar pula adalah kerana mereka berpandangan pembahagian rampasan perang dilakukan dengan secara tidak sama rata. Tangisan mereka apabila mendengar ucapan Rasulullah menjadi bukti yang golongan Ansar benar-benar mahu mencapai redha Allah dan syurgaNya.

2. Kebijaksanaan Rasulullah

Tindakan Rasulullah SAW memberikan agihan rampasan perang kepada mereka yang baru memeluk Islam berbanding tentera lain menunjukkan kebijaksanaan baginda. Baginda arif dengan personaliti kaumnya dan berpandangan jauh dalam mengurus sesuatu perkara. Rasulullah ingin menjinakkan hati dan menyemai perasaan keistimewaan memeluk Islam dari sudut material. Ini kerana mereka dahulunya memerangi Rasulullah kerana material. Mereka memerangi Rasulullah kerana khuatir status kepimpinan mereka tergugat dengan diangkatnya baginda menjadi rasul. Apabila Islam berjaya menawan Mekah, kemarahan mereka memuncak kerana pengaruh mereka semakin hilang. Pemberian tersebut merupakan tindakan bijak selagi pemberian kepada sesetengah manusia berfaedah untuk memperbaiki hati dan menghapuskan permusuhan. Akhirnya golongan ini redha terhadap dakwah dan kepimpinan Rasulullah SAW. Dari situ, para pemuka ini mula bersama-sama memikul tugas dakwah ini sehingga tersebar ke seluruh tanah Arab.

Tindakan Rasulullah SAW mengumpul dan meredakan rasa terkilan Ansar menjadi bukti kebijaksanaan politik dan kelembutan akhlak Rasulullah SAW. Baginda menyampaikan ucapan yang bijaksana meskipun baginda mengetahui ketinggian iman mereka. Baginda memilih untuk berucap bagi menghilangkan rasa prasangka yang mula tersemat dalam fikiran sesetengah mereka. Ini adalah salah satu sunnah terpuji yang mesti dicontohi oleh para pemimpin Islam. Musuh menunggu-nunggu masa yang sesuai untuk mengeksploitasi kelemahan umat Islam. Oleh itu, para pemimpin dakwah tidak boleh cuai mendapatkan dokongan penyokong walau mereka amat mempercayai para penyokong mereka.

Ditambah dengan kebijaksanaan baginda menyebut jasa-jasa kaum Ansar kepada dakwah Islam bagi memujuk hati mereka. Ini semua disebut setelah baginda mengingatkan mereka bagaimana Allah menyelamatkan mereka setelah Islam sampai di Madinah. Semua ini disebut bagi memudahkan mereka menerima kehilangan semua keuntungan harta dunia jika dibanding dengan kebahagiaan dan petunjuk yang mereka perolehi.

3. Kejujuran iman dan kehalusan jiwa

Reaksi Ansar apabila mendengar ucapan Rasulullah menunjukkan kejujuran iman dan kehalusan jiwa yang tinggi. Mereka menyatakan jika tidak kerana kurnia Allah dan RasulNya, nescaya mereka tidak mendapat petunjuk. Jika tidak kerana Allah dan baginda, pasti mereka masih bergaduh sesama mereka dan dimanipulasi oleh kaum Yahudi. Mereka juga mengisytiharkan mereka mengutamakan Rasulullah melebihi limpahan rampasan perang dan keseronokan dunia. Peristiwa seperti ini diharap menambahkan iman dan kecintaan kita kepada Rasulullah dan para sahabat baginda. Ameen.

Kisah ini dipetik daripada buku bertajuk "As Seerah an Nabawiyyah: Durus wa 'Ibr (Sirah Nabi Muhammad SAW: Pengajaran dan Pedoman" tulisan Dr. Mustafa as Syibaie

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)Abu Nu'manhttp://www.blogger.com/profile/17266607086501502627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3676174446895486323.post-39837495204379123242012-02-07T09:03:00.005+08:002012-02-07T09:57:35.252+08:00Ghazwah Hunain (Part 3)6. Kelebihan para sahabat yang awal

Ketika diserang teruk oleh musuh, ramai tentera Islam yang bertempiaran lari meninggalkan Rasulullah. Sehingga ke satu tahap Rasulullah melaungkan,

"Datang kepadaku wahai manusia! Ayuh datang kepadaku! Aku adalah Rasulullah. Aku Muhammad bin Abdullah."

Namun, ramai yang tidak dapat mendengar suara Rasulullah sehinggalah baginda meminta Abbas yang bersuara lantang untuk memanggil semula tentera Islam.

"Wahai pasukan Ansar! Wahai pasukan orang-orang yang berbai'ah di bawah pokok Samurah (mereka yang berbai'ah dalam Bai'atur Ridhwan)"

Lantas mereka menjawab,

"Ya, kami di sini sedia menerima arahan. Ya, kami di sini sedia menerima arahan."

Terdapat tentera yang cuba memusing untanya untuk menyahut seruan tersebut, namun tidak berupaya berbuat demikian. Maka, dibawa bersamanya pedang, perisai serta baju besi dan ditinggalkannya unta tersebut. Setelah 100 orang berhimpun bersama baginda, mereka mula mengatur strategi menyerang musuh dan akhirnya mencapai kemenangan.

Kekalahan dakwah dalam pertempuran kemungkinan berpunca daripada kelemahan aqidah, ketidak ikhlasan dan ketidak sediaan para pendokongnya untuk mengorbankan segala-galanya pada jalan itu. Keteguhan pemimpin dakwah menghadapi krisis, keberanian dan keyakinan beliau kepada Allah dan pertolonganNya mempunyai kesan besar untuk menukarkan kekalahan kepada kemenangan. Pejuang yang bersamanya akan mendapat semangat baru dan tentera yang ikhlas serta jujur akan tetap teguh bersama pemimpin mereka. Mereka yang menyahut seruan Rasulullah tidak melebihi 100 orang dan kemenangan yang dicapai adalah bukti penerimaan keimanan mereka oleh Allah SWT.

Di dalam riwayat lain, baginda bersabda,

"Aku adalah Nabi. Aku tidak berdusta. Aku adalah anak Abdul Muttolib."

Ini merupakan bukti keyakinan Rasulullah terhadap pertolongan Allah. Seorang pemimpin wajib memiliki sifat ini. Meyakini kemampuan diri sendiri dan pertolongan dari Allah. Ini merupakan tarikan orang ramai untuk mengikutinya mengharungi perjalanan yang panjang.

7. Ummu Sulaim binti Milhan

Ummu Sulaim bersama suaminya, Abu Tolhah turut serta dalam peperangan ini. Ketika itu, Ummu Sulaim sedang sarat mengandung dan pada masa yang sama unta milik suaminya ada bersamanya. Oleh kerana bimbang jika unta tersebut terlepas, Ummu Sulaim telah memasukkan tangannya ke dalam tali dan besi kekang unta tersebut. Lantas Rasulullah menegurnya,

"Ummu Sulaim?"

"Ya, demi bapa dan emak aku, wahai Rasulullah! Bunuhlah mereka yang melarikan diri daripada kamu sebagaimana kamu memerangi orang yang memerangi kamu. Mereka sememangnya layak diperlakukan demikian."

Baginda menjawab,

"Tidak cukupkah Allah (berbuat demikian), wahai Ummu Sulaim?"

Ummu Sulaim juga memiliki sebilah khanjar. Suaminya bertanya mengapa beliau memiliki khanjar.

"Khanjar ini aku ambil kalau-kalau orang musyrik menghampiriku, aku akan lukakannya!"

Jawapan itu mengagumkan Abu Tolhah dan menarik perhatian Rasulullah. Inilah sifat yang perlu ada pada para muslimah masa kini. Berani dan sanggup menyumbang apa sahaja demi kelestarian dakwah. Wanita punya banyak peranan dalam menjayakan misi dakwah. Seerah telah membuktikan sumbangan besar mereka. Tunjuk ajar yang betul dan keimanan yang menyedarkan sudah cukup untuk melahirkan tokoh-tokoh seumpama Ummu Sulaim ini.

8. Larangan membunuh wanita, kanak-kanak dan buruh kerahan

Dalam pertempuran itu Rasulullah telah menemui mayat seorang wanita yang dibunuh oleh Khalid bin Walid. Orang ramai mengerumuni mayat tersebut, lantas Rasulullah bertanya,

"Siapa ini?"

"Seorang wanita yang telah dibunuh oleh Khalid bin Walid."

Lantas Rasulullah mengarahkan beberapa orang sahabat yang bersama baginda,

"Cari Khalid dan katakan kepadanya: Rasulullah melarang kamu membunuh kanak-kanak, wanita dan buruh kerahan."

Larangan membunuh golongan lemah dan mereka yang tidak terlibat dalam peperangan merupakan peraturan yang digariskan oleh Islam. Oleh itu, Islam melarang tenteranya membunuh para pendita, wanita, orang tua, kanak-kanak dan mereka yang dipaksa berperang seperti petani dan buruh. Belum pernah sejarah dunia mencatatkan keluhuran budi pasukan tentera dalam mana-mana perang kecuali apa yang berlaku pada zaman kegemilangan Islam. Ketika Rasulullah mempersiapkan tentera yang dipimpin oleh Usamah bin Zaid untuk menyerang Rom, antara pesanan baginda adalah larangan membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan pendita yang tidak berperang atau membantu peperangan. Demikian juga yang dilakukan oleh Khalid al Walid ketika menakluk Iraq. Beliau tidak melakukan sebarang tindakan buruk kepada kaum petani yang sedang bercucuk tanam di tanah mereka. Solahuddin al Ayyubi ketika menawan Baitul Maqdis pula telah memberi keamanan kepada orang-orang tua, tokoh-tokoh agama, wanita, kanak-kanak, bahkan termasuk juga tentera-tentera salib yang gagah. Beliau menghantar mereka pulang ke kepada kaum mereka dengan kawalan tentera Islam sendiri.

Lihatlah kekejaman yang berlaku ketika Perang Dunia Kedua. Berapa ramai rakyat yang tidak berdosa diheret sama ke dalam kancah peperangan. Bagaimana pula sikap tentera salib ketika menawan Baitul Maqdis. Direkodkan seramai 70,000 orang disembelih di dalam Masjid Al Aqsa termasuklah para alim ulama, para zaahid, wanita dan kanak-kanak. Hingga seorang penulis kristian menghantar berita kepada Pope dengan kata-kata bangga,

"Darah-darah telah mengalir di jalan-jalan sehinggakan panglima-panglima kuda salibi mengharungi limpahan darah yang menenggelami kaki-kaki kuda mereka."

bersambung...

Tulisan ini dicedok daripada buku bertajuk "As Seerah an Nabawiyyah: Duruus wa 'Ibr" (Sirah Nabi Muhammad SAW: Pengajaran dan Pedoman"

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)Abu Nu'manhttp://www.blogger.com/profile/17266607086501502627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3676174446895486323.post-27651954180661831992012-01-30T14:18:00.004+08:002012-01-30T15:09:40.417+08:00Ghazwah Hunain (Part 2)2. Keharusan membeli atau meminjam senjata daripada orang kafir

Dalam peperangan ini Rasulullah telah meminjam 100 baju perisai dan senjata daripada Sofwan yang masih musyrik. Pembelian dan pinjaman ini hendaklah dengan syarat ianya tidak akan menjadikan orang kafir semakin kuat dan mendapat kekuasaan. Atau juga dilarang dijadikan sebagai medium untuk menyakiti dan memudharatkan orang Islam. Ketika itu, Sofwan sudah terlalu lemah dan tidak berdaya sehingga beliau tidak mengenakan apa-apa syarat kepada Rasulullah. Buktinya ialah apabila Sofwan bertanya,

"Adakah ini satu rampasan, wahai Muhammad?"

Rasulullah menjawab, "Bukan, ia pinjaman yang dijamin sehinggalah kami memulangkannya kembali kepada kamu".

Ini merupakan akhlak mulia yang dianjurkan oleh Islam. Jika Rasulullah mahu, baginda boleh merampas senjata daripada pihak yang kalah. Namun baginda tidak berbuat demikian.

3. Kekalahan awal kerana iman yang belum kuat di kalangan yang baru memeluk Islam.

Tentera Islam dalam peperangan kali ini berjumlah 12,000 orang. 10,000 daripadanya adalah mereka yang datang bersama baginda dari Madinah dan terlibat dalam pembukaan Mekah. Dua ribu lagi tentera adalah mereka yang memeluk Islam selepas pembukaan Mekah. Hidayah di dalam hati mereka kebanyakannya masih belum kukuh. Oleh itu, kekalahan awal yang berlaku bukanlah sesuatu yang pelik. Baginda bersabda,

"Kita tidak ditewaskan pada hari ini kerana bilangan tentera yang sedikit"

(Ucapan ini tidak terbukti daripada sabda Rasulullah. Rangkaian sanadnya putus dan ada perawinya yang tidak dikenali. Ada yang mengatakan ianya ucapan Abu Bakar. Ada juga yang mengatakan daripada Abbas. Selebihnya mengatakan seorang lelaki dari Bani Bakar.)

Makna kata-kata di atas ialah tentera yang ramai tidak akan tewas melainkan aspek-aspek maknawi yang berkaitan dengan kejiwaan, keimanan, kekuatan rohani, keikhlasan, dan pengorbanan para tentera. Allah berfirman,

"Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar." (Al Baqarah: 249)

Selesai pertempuran ini, turun wahyu yang lain:

"Dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai, maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun. Dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu, kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Dia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran), dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir" (At Taubah: 25-26)

4. Menjauhi amalan umat terdahulu yang boleh merosakkan akidah

Ketika tentera Islam dalam perjalanan ke medan pertempuran, sebahagian mereka meminta Rasulullah membuatkan untuk mereka Zat Anwat sebagaimana orang musyrik mempunyai Zat Anwat mereka sendiri. Zat Anwat adalah nama gelaran pokok yang dijadikan tempat untuk menggantung senjata dan berteduh oleh orang musyrik.

Rasulullah menjawab,

"Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam genggamanNya, kamu telah berkata sebagaimana kaum Musa A.S. berkata kepadanya, "Wahai Musa, buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan". Nabi Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil". (Al-A'raaf:138). Ia adalah jalan-jalan ikutan. Kamu akan mengikuti jalan-jalan orang sebelum kamu (Yahudi dan Nasrani)".

Umat yang mempercayai diri sendiri, bangga dengan keperibadiannya dan gembira dengan kebenaran dan kebaikan yang dimiliki, pasti enggan mengekori orang lain. Keruntuhan sesuatu umat berpunca daripada jahiliah menguasai perasaan dan hawa nafsu anak bangsa mereka.

5. Allah sebagai pelindung

Ketika tentera Islam hampir tewas, Syaibah bin Othman menyangka dia akan dapat menuntut bela ke atas Rasulullah kerana bapanya terbunuh semasa Ghazwah Uhud. Syaibah berkata,

"Apabila aku menghampiri Rasulullah untuk membunuhnya, datang sesuatu yang menakutkanku. Aku tidak berdaya menghadapinya. Justeru itu aku tahu bahawa baginda terpelihara".

Peristiwa sebegini pernah berlaku beberapa kali dalam seerah kehidupan Rasulullah. Ini membuktikan Allah mencampakkan rasa gerun musuh terhadap Rasulullah. Ini merupakan bukti kebenaran yang Allah sentiasa memelihara baginda demi penerusan risalah dakwah. Jika Allah tidak melindungi baginda, nescaya ummah akan terus hidup dalam kegelapan dan kezaliman.

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam" (Al-Anbiya': 107)

Setelah wafat Rasulullah, tugas menyebarkan Islam dan dakwah kini dipikul oleh para pendakwah. Oleh itu, amat penting juga bagi para pendakwah memohon perlindungan Allah daripada segala bentuk bencana dan gangguan.

"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan, maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu." (Ali Imran: 160)

Para pendakwah tidak boleh rasa takut atau menjadi pengecut. Para pendakwah mesti yakin bahawa Allah sentiasa melindungi mereka yang memohon kepadaNya. Namun ianya tidak menafikan hakikat bahawa akan dan pernah ada para pendakwah yang pernah dibunuh serta diseksa oleh musuh Islam. Namun sebagai seorang mukmin, kita meyakini ia adalah suratan takdir. Ujian-ujian sebegini sebenarnya adalah kemuliaan dan nikmat yang Allah kurniakan istimewa kepada para pendakwah. Kematian di jalan Allah adalah syahid dan dijanjikan syurga.

"Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah. Dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir, dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka (pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." (At Taubah: 120)

bersambung...

Petikan ini diambil daripada buku bertajuk "As Seerah An Nabawiyyah: Duruus wa 'Ibr" (Seerah Nabawiyyah: Pengajaran dan Pedoman) tulisana Dr. Mustafa as Syibai'e

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)Abu Nu'manhttp://www.blogger.com/profile/17266607086501502627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3676174446895486323.post-1659141444735542062012-01-28T06:58:00.002+08:002012-01-28T07:02:53.484+08:00Uiks...ada lagi??? Otai ni pun bole tahan gak ni

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)
Abu Nu'manhttp://www.blogger.com/profile/17266607086501502627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3676174446895486323.post-75032625985294407392012-01-28T06:41:00.002+08:002012-01-28T06:56:05.298+08:00Dia mai daaahhhhh...otai besar bai

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)
Abu Nu'manhttp://www.blogger.com/profile/17266607086501502627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3676174446895486323.post-48974223150622668752012-01-26T13:46:00.002+08:002012-01-26T14:23:14.088+08:00Ghazwah HunainKaum Hawazin telah berkumpul untuk memerangi Rasulullah SAW selepas pembukaan Kota Mekah. Kejayaan muslimin menawan Kota Mekah menandakan penentangan Quraisy yang memakan masa selama 21 tahun berakhir dengan penuh nostalgia. Ghazwah ini berlaku pada 10 Syawal tahun ke 8 Hijrah, beberapa hari selepas pembukaan Kota Mekah. Punca berlakunya ghazwah ini adalah kerana pemimpin Hawazin dan Thaqif menyangka Rasulullah akan menyerang mereka setelah berjaya menawan Kota Mekah. Oleh itu, mereka berazam untuk memulakan serangan terlebih dahulu sebelum Rasulullah menyerang mereka. Mereka telah melantik Malik bin Auf sebagai ketua perang yang ketika itu baru berusia 30 tahun. Malik telah memerintahkan mereka membawa segala harta, wanita-wanita, anak-anak dan binatang ternak bersama ke medan perang. Ini semua bertujuan sebagai dorongan untuk terus berjuang. Bilangan pejuang mereka antara 20,000 hingga 30,000 orang.

Setelah Rasulullah mendapat tahu perkhabaran ini, baginda menyiapkan tentera muslimin untuk mengalahkan kaum Hawazin dan Thaqif. Semua penduduk Mekah keluar untuk berjihad pada kali ini. Mereka terdiri daripada para sahabat yang telah lama memeluk Islam serta mereka yang baru memeluk Islam sejak pembukaan Kota Mekah. Ketika Rasulullah SAW berjalan di Wadi Hunain bersama gerombolan tentera muslimin, baginda telah diserang oleh kaum Hawazin dan sekutu mereka dalam kesuraman subuh. Tentera Islam telah menyerang balas dan musuh hampir menemui kekalahan. Oleh kerana, musuh kelihatan hampir tewas, terdapat tentera-tentera Islam yang sibuk mengumpul harta rampasan perang. Melihat keadaan tersebut, tentera musyrikin menyerang semula tentera muslimin dengan tembakan anak panah hingga menyebabkan saf mereka terpisah. Penduduk Mekah dan tentera yang baru memeluk Islam lari meninggalkan medan perang meninggalkan Rasulullah yang tetap terus bertahan di atas baghal baginda sambil menyeru,

"Aku Nabi, tidak dusta. Aku keturunan Abdul Muttolib."

Di kala hiruk pikuk, tersebar khabar angin mengatakan yang Rasulullah telah terbunuh. Lantas ramai tentera Islam yang meletakkan senjata dan berputus asa untuk meneruskan perjuangan. Pun begitu, masih ada tentera Muhajirin dan Ansar yang tetap berjuang di sekeliling baginda untuk melindunginya. Abbas menjerit kepada tentera muslimin

"Rasulullah masih hidup"

Lalu tentera muslimin yang lari tadi kembali semula ke medan perang dan berjaya menewaskan musuh. Tentera Islam telah mengejar musuh, membunuh dan menawan mereka. Harta rampasan telah diagihkan dahulu oleh Rasulullah kepada golongan muallaf yang baru memeluk Islam tanpa memberi apa-apa kepada Ansar berdasarkan keimanan dan kejujuran mereka. Ayat Al Quran telah turun berkenaan peristiwa ini:

"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai. Maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu. Kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman. Dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Dia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran) dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir" (At Taubah: 25-26)

Peperangan ini adalah pertempuran penting dan terakhir berlaku antara Islam dan orang arab musyrik. Tidak lama selepas itu, seluruh bangsa Arab telah memecahkan berhala-berhala dan memeluk Islam.

Antara ibrah ataupun pengajaran yang boleh kita dapati di sini ialah:

1. Keangkuhan Malik bin Auf

Pengajaran daripada sikap bongkak Malik bin Auf dan kedegilannya enggan mendengar nasihat Duraid bin as Simmah (bekas Ketua Hawazin). Sikapnya ini timbul akibat kerakusan untuk memimpin, terpedaya dengan fikiran sendiri yang disangka betul dan rasa angkuh tidak mahu dikeji kaumnya. Sekiranya dia mendengar nasihat Duraid, kerugian besar harta dan aib yang teruk lantaran wanita-wanita mereka menjadi tawanan perang dapat dielakkan. Malik juga lupa kekalahan tidak dapat dihalang oleh keinginan melindungi wanita dan harta. Sebaliknya ia dapat ditolak dengan kecintaan meluap-luap untuk mendapat pahala Allah dan takutkan hukumanNya.

"Dan sesiapa berpaling undur daripada menentang mereka pada ketika itu - kecuali dia bergerak ke arah lain (untuk menjalankan tipu muslihat) peperangan, atau hendak menyatukan diri dengan pasukan yang lain - maka sesungguhnya dia tetaplah mendapat kemurkaan Allah, dan tempatnya ialah neraka Jahannam. Sedang neraka Jahannam ialah seburuk-buruk tempat kembali" (Al-Anfaal: 16)

Kekalahan ini bukan sahaja mengaibkan Malik bin Auf, tetapi juga kaumnya yang menuruti arahan beliau yang hanya bebekalkan ugutan untuk membelah perutnya jika kaumnya enggan berperang dengan tentera Islam.

bersambung...

Kisah ini dipetik daripada buku bertajuk 'As Seerah An Nabawiyyah - Duruus wa Ibr' (Sirah Nabi Muhammad SAW - Pengajaran dan Pedoman)

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)Abu Nu'manhttp://www.blogger.com/profile/17266607086501502627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3676174446895486323.post-4345613175723265362011-12-31T20:15:00.003+08:002012-01-08T01:38:55.941+08:00PenipuanDek kerana bergurau dengan anak, bingkai cermin mata saya patah dan tidak boleh dipakai lagi. Sekali lagi, terpaksalah saya mengorek duit simpanan saya untuk membeli bingkai cermin mata yang baru. Saya telah menempah bingkai cermin mata yang baru di salah sebuah kedai optik di pasar raya Seremban 2. Setelah bingkai siap dipasang bersama kanta, jurujual tersebut telah memberi saya voucer sebanyak 10% daripada harga cermin mata tersebut.

"Dengan syarat encik hendaklah membeli cermin mata atau cermin mata hitam yang berharga RM 200 ke atas."

Saya hanya tersenyum sinis. Sungguh tidak ikhlas mereka menghargai pelanggan. Voucer diberi dengan bersyarat dan semestinya voucer tersebut bernilai kurang daripada RM 200. Ini bukan taktik baru peniaga. Sudah berbagai bentuk promosi yang menarik hati pernah mereka lakukan. Jika para pelanggan ingin menggunakan voucer tersebut, mereka tetap terpaksa mengeluarkan sedikit wang untuk mendapatkan barang yang mereka ingini. Pendek kata, peniaga akan tetap mendapat pendapatan walaupun voucer dikeluarkan. Antara contoh lain yang pernah saya saksikan ialah dengan mewar-warkan diskaun sehingga 70%. Rupanya diskaun yang tinggi tersebut hanya untuk stokin, garfu dan pelbagai barang murah. Barangan yang mahal seperti cadar tilam, perkakas dapur dan pakaian berjenama hanya diberi diskaun 5-10% sahaja.

Aneh, mengapa peniaga suka menipu pelanggan bagi mendapatkan keuntungan ataupun pendapatan. Lebih aneh, pengguna masih terus tertipu dengan tawaran para peniaga yang jelas kelihatan cuba mengaut keuntungan sebenarnya. Contoh lain pula ialah dengan memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membuat bayaran ansuran. Sudah tentu bayaran ansuran ini dikenakan interest ataupun riba. Dalam kata lain, pengguna sebenarnya membayar harga barang tersebut lebih tinggi daripada harga pasaran tanpa mereka sedari. Misalan mudah ialah harga sebuah kamera digital ialah RM 1,200.00. Tetapi jika pelanggan tidak mampu, mereka boleh membuat bayaran ansuran hanya sebanyak RM150.00 sebulan. Jika dihitung, pelanggan tersebut akhirnya membayar RM 1,800.00 untuk kamera digital tersebut.

Terlalu banyak penipuan ataupun lebih tepat lagi pemerdayaan kepada pelanggan yang berlaku di tanah air ini. Saya akhiri dengan contoh kedai makanan segera yang meletakkan beban cukai kerajaan dan kos gaji pekerja ke atas pelanggan. Walhal, harga makanan segera itu sendiri sudah cukup mahal dan menguntungkan mereka. Itu pun masih ada pelanggan yang setia mengunjungi restoran tersebut...termasuklah saya.

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)Abu Nu'manhttp://www.blogger.com/profile/17266607086501502627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3676174446895486323.post-78033735134925329572011-12-28T13:08:00.008+08:002011-12-28T16:01:13.517+08:00Membangun Kesedaran Wajib Membebaskan Tanah Air IslamMemperhebatkan kesedaran sentimen wajibnya membebaskan tanah air Islam daripada semua penguasaan asing adalah salah satu pilar perjuangan politik bagi sesebuah gerakan Islam. Bermula dengan wilayah yang kecil hinggalah ke seluruh tanah air Islam yang besar dan luas. Yusuf Qardhawi berkata,

"Perkataan pertama saya dengar dari Imam Hasan Al Banna di Thanta ialah: Tanah air Islam paling luas adalah dari lautan ke lautan, dari pantai ke lautan Atlantik, dari Indonesia dan sekitarnya di timur hingga Maghribi di Barat."

Melalui pemahaman ini, umat Islam akan memahami tanah air Islam merangkumi setiap inci seluruh alam ini. Tidak terlakluk negara di mana kita bermastautin sahaja. Juga tidak tertakluk kepada negara yang majoriti penduduknya beragama Islam sahaja. Daripada pemahaman ini, Ikhwanul Muslimin memperjuangkan tuntutan kemerdekaan daripada penjajah seperti mengusir Inggeris di Mesir dan Sudan. Dalam berbagai muktamar, as syahid menerangkan tujuan-tujuan, memberikan cadangan kepada pemerintah di seluruh dunia, dan memboikot ekonomi penjajah dalam menterjemah perjuangan tersebut. Maka lahirlah kata-kata masyhur "Hidup terhormat atau mati syahid" yang sering dilaungkan oleh mana-mana gerakan Islam ketika ini.

Antara kata-kata terkemuka Hasan Al Banna ialah:

"Akan kami tonjolkan kepada rakyat fatwa-fatwa daripada Ibnu Hazm yang disembunyikan daripada kitab-kitab bahawa musuh yang musyrik itu seluruhnya adalah najis. Tidak boleh menyentuh mereka dan tidak boleh berinteraksi dengan mereka..."Sesungguhnya kaum musyrikin itu najis" (At Taubah:28)"

Hasan Al Banna juga menyeru kepada seluruh penduduk Lembah Nil supaya membaca doa qunut nazilah di setiap solat jahriyah (yang dibaca lantang) memohon kepada Allah memberi jalan keluar daripada penjajahan musyrikin. Seruan tersebut mencontohi sunnah Ar Rasul SAW ketika kaum musyrikin menyerang orang Islam agar Allah memberi kekuatan kepada mereka yang masih lemah. Malah, Hasan Al Banna pernah menulis dalam majalah Ikhwanul Muslimin dengan tajuk 'Qunut' yang disertakan dalil-dalil daripada sejumlah hadis shahih tentang sunnah qunut ketika umat Islam lemah dengan harapan Allah akan membalas kejahatan musyrikin yang menyerang mereka. Kemudian Al Banna mengatakan:

"Jika demikian halnya, maka sudah menjadi keharusan bagi umat dan para tokoh Islam di Lembah Nil untuk kembali kepada Allah agar Dia mengangkat bencana daripada mereka dengan melakukan qunut di setiap solat setelah bangun rukuk rakaat terakhir. Sudah waktunya kita memohon dengan penuh pengharapan kepada Allah melalui qunut.

Ya Allah, Tuhan semesta alam. Yang memberi keamanan pada orang-orang yang takut. Yang menghinakan orang-orang yang sombong. Yang menghancurkan orang-orang yang berbuat semena-mena. Terimalah doa dan permohonan kami. Jawablah seruan kami. Berikanlah hak kami. Kembalikanlah kebebasan dan kemerdekaan kepada kami. Ya Allah, sesungguhnya mereka para perompak dari bangsa Inggeris telah menjajah negeri kami, dan merampas hak kami, dengan semena-mena dan banyak melakukan kerosakan di atas tanah air kami. Ya Allah, balaslah tipu daya mereka atas kami, tumpulkanlah serangan mereka, pecah belahlah perhimpunan mereka, tumpaskanlah mereka, para pendokongnya dan yang menolong mereka. Timpakanlah atas mereka azab dari Yang Maha Perkasa dan Maha Kuasa. Ya Allah, anugerahkanlah wilayah kerosakan kepada mereka, sebarkanlah kehancuran kepada mereka, hinakanlah negara mereka, hilangkanlah penguasaan mereka daripada bumiMu, dan jangan biarkan mereka mempunyai jalan untuk menimpakan kesulitan terhadap satupun umat beriman. Ameen. Selawat dan salam yang tak terhingga atas pemimpin kami, Muhammad, kepada keluarganya dan para sahabatnya".

Seruan kepada kemerdekaan yang dilaungkan oleh as syahid berjaya menggerunkan Inggeris yang mula membayangkan kebangkitan rakyat Mesir untuk menumbangkan mereka. Untuk menghadapi serangan dan tipu helah British, Ikhwanul Muslimin telah mempersiapkan terlebih dahulu ahli-ahlinya dengan prinsip aqidah yang positif. British sentiasa mencari ruang untuk memecah belahkan perpaduan dan kebangkitan gerakan Islam yang menyahut seruan kemerdekaan. Namun, helah penjajah tidak boleh diselindungkan lagi apabila mereka terpaksa bermesyuarat di kem tentera Faid pada tahun 1948 melibatkan delegasi British, Amerika Syarikat dan Perancis meminta Perdana Menteri Mesir ketika itu, Nuqrashi Pasha (dari Parti As Sa'dy) membubarkan gerakan Ikhwanul Muslimin dan menghumban para aktivisnya ke dalam penjara. Inilah hasil daripada proses tarbiyah yang sempurna.

Biarpun mereka disibukkan dengan perjuangan pembebasan tanah air, mereka tetap tidak lupa akan perjuangan menentang Zionis yang ingin merampas tanah Palestin. Berbagai usaha dilakukan bagi meraih perhatian umat Islam khususnya dan seluruh dunia umumnya akan situasi yang terjadi di Palestin. Forum, seminar, diskusi, bahkan demonstrasi juga telah dianjurkan oleh Ikhwanul Muslimin bagi memberi kesedaran kepada seluruh manusia tentang perjuangan menentang Zionis. Malah, dalam majalah Ikhwanul Muslimin turut disisipkan edisi khas yang membahaskan isu di Palestin. Majalah Al Ikhwan ketika di tahun 1930an sarat dengan kupasan isu Palestin terutamanya apabila sambutan Israk Mikraj semakin hampir. Begitulah betapa seriusnya Hasan Al Banna memperjuangkan nasib umat Islam di Palestin yang terus dihambat oleh Zionis. Apa yang mengecewakan ialah respon daripada Perdana Menteri Mesir ketika itu apabila ditanya tentang kondisi di Palestin dengan jawapan yang tanpa rasa serba salah menyatakan beliau adalah Perdana Menteri Mesir dan bukannya Perdana Menteri Palestin.

Saban hari tanpa lelah, as syahid berterusan mengingatkan ummah akan pentingnya perjuangan di Palestin. Risalah-risalahnya semuanya berkait dengan jihad yang mulia di sisi Allah seperti "Seni Kematian" dan "Berhembuslah Wahai Angin Syurga". Apabila semangat para ikhwan semakin membara dan kelihatan sudah bersedia, hasil daripada tarbiyah yang jitu dan berterusan, barulah as syahid membunyikan wisel pemula jihad di Palestin. Ketika itu, berbondong-bondong pemuda ikhwan tampil menyerahkan jiwa dan raga menuju ke medan jihad. Tidak ketinggalakan juga sejumlah warga emas dan orang-orang tua yang mendaftarkan diri sebagai mujahid di pejabat cawangan Ikhwanul Muslimin. Tentera inilah yang paling digeruni oleh Zionis berbanding tentera nasionalis Mesir dan Jordan. Apakah yang menakutkan Zionis? Tentera Ikhwanul Muslimin mara kerana ingin mati sedangkan mereka bersenjata kerana mahu mempertahankan nyawa.

Biarpun pertempuran di Palestin begitu sengit, Ikhwanul Muslimin tidak sekali-kali mengabaikan nasib saudara mereka di negara lain seperti di Syria, Lebanon, Tunisia, dan Semenanjung Arab. Pejabat Ikhwanul Muslimin bahkan pernah menjadi tempat tumpangan para negarawan yang merancang untuk menewaskan penjajah. Malah, Ikhwanul Muslimin pernah membantu rakyat Indonesia berjuang mendapatkan kemerdekaan daripada Belanda. Ikhwan menganggap permasalahan kaum muslimin adalah sebahagian daripada masalah mereka walau dari mana pun mereka datang. Mereka hidupkan perasaan itu dalam bentuk pemikiran dan perasaan sesuai dengan kondisi mereka yang terbatas.

Tulisan ini dicedok daripada buku bertajuk Tarbiyah Politik Hasan Al Banna karangan Syeikh Dr. Yusuf Al Qaradhawi.

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)Abu Nu'manhttp://www.blogger.com/profile/17266607086501502627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3676174446895486323.post-32949760301393097742011-12-21T09:19:00.010+08:002011-12-21T11:48:14.509+08:00Cik Arah pula yang pergi...Siti Zaharah bt Abdul Malek atau lebih dikenali sebagai Cik Arah merupakan anak yang ketujuh daripada 10 orang adik beradik. Ibu saya pula merupakan anak yang keenam. Ini menjadikan hubungan antara ibu saya dan Cik Arah amat rapat dan istimewa. Antara 10 beradik tersebut, yang menetap lama di Seremban ialah kakak ibu saya, ibu saya sendiri dan Cik Arah. Yang lainnya pernah bermastautin di negeri lain dan hanya kebelakangan ini sahaja baru kembali menetap di Seremban. Ketika nenek pulang ke rahmatullah, Cik Arah adalah antara 5 orang beradik yang sedang bercuti di Australia ketika itu. Memang terserlah kesedihan di wajah Cik Arah kerana tidak sempat berada di sisi nenek ketika ia pulang ke rahmatullah. Beliau hanya sempat menatap wajah nenek yang sudah dikafankan dan sedang menunggu untuk disolatkan.

Cik Arah lahir pada 24 Mac 1961. Tempat lahirnya saya kurang pasti kerana datuk saya sering berpindah randah ketika bertugas sebagai anggota polis hutan. Contohnya, ibu saya lahir di Kuala Lumpur, adik lelakinya pula ada yang lahir di Changloon, Kedah. Adik yang bongsu pula lahir di Linggi, N.Sembilan. Cik Arah memulakan kerjaya sebagai seorang kerani di Kuala Lumpur. Kemudian beliau berpindah ke Seremban dan bertugas di Jabatan Pelajaran. Beberapa tahun kemudian beliau dipindahkan ke Sek. Keb Puteri, Seremban. Pada tahun 1999, beliau telah bercuti panjang untuk menjaga dua pupu saya yang sedang berpantang di UK. Di sana, beliau telah bertemu jodoh dengan seorang lelaki berbangsa Algeria. Beliau sempat pulang ke tanah air untuk menyerahkan surat perletakan jawatan dan mendapatkan restu daripada adik beradik dan nenek saya. Ketika beliau berkahwin, tiada seorang ahli keluarga melainkan dua pupu saya sahaja yang menghadiri walimah tersebut. Ini kerana, jarak ke UK terlalu jauh dan memerlukan sumber kewangan yang tinggi. Namun jodoh mereka hanya bertahan selama 3 tahun sahaja tanpa zuriat kerana suaminya pulang ke rahmatullah akibat penyakit pneumonia. Ringkasnya, tiada siapa antara saudara mara kami yang dapat berjumpa dengan arwah suami Cik Arah melainkan gambar foto sahaja. Sekitar tahun 2007, Cik Arah dan dua pupu saya pulang ke Malaysia 'for good'.

Sejak daripada itu, Cik Arah menetap bersama nenek dan sekali sekala menumpang di rumah adik beradiknya atas ajakan mereka. Cik Arah juga tidak bekerja. Saya sendiri tidak pasti mengapa beliau tidak berminat untuk bekerja. Pertengahan tahun ini, kesihatan Cik Arah mula merosot dan akhirnya beliau menghembuskan nafasnya tepat tiga minggu selepas pemergian bondanya. Cik Arah amat rapat dengan anak-anak buahnya yang sebaya dengan saya. Ini kerana ketika kami masih kecil, umurnya masih di awal 20an. Tambahan pula ketika itu beliau belum berkahwin (Cik Arah berkahwin ketika umur mencecah 38 tahun). Anak-anak buahnya yang lahir selepas beliau mendirikan rumah tangga tidak begitu rapat dengannya. Ketika saya masih sekolah, ibu saya tidak membenarkan kami menaiki bas untuk ke mana-mana. Alasannya kerana tidak mahu kami terdedah dengan budaya yang tidak sihat. Cik Arah amat memahami perasaan kami yang sangat menginginkan pengalaman menaiki bas. Kerap kali juga Cik Arah menawarkan diri untuk menemankan kami menaiki bas pulang ke kampung di Linggi. Cik Arah juga pernah menemankan kami menaiki bas ke Kuala Lumpur. Malah saya sempat merasa pengalaman menaiki bas mini yang sudah ditamatkan perkhidmatannya bersama Cik Arah. Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila ialah Cik Arah membawa kami melihat kehidupan penagih dadah di Jalan Chow Kit.

Ketika itu saya masih tadika lagi. Cik Arah dan adik lelakinya (Cik Adam) menemankan kami (saya dan adik perempuan) ke The Mall di Kuala Lumpur. Dari stesen bas menuju ke The Mall, jalan yang terdekat ialah melalui Jalan Chow Kit. Saya berkeras untuk melihat sendiri bagaimana rupa dan kehidupan penagih dadah di Chow Kit. Akhirnya Cik Arah dan Cik Adam mengalah. Setelah melihat sendiri kehidupan penagih dadah, saya merasa takut dan berazam tidak akan mendekati dadah langsung.

Pada 14 Disember, Cik Arah telah meminta ibu saya untuk dihantar ke Senawang Specialist Hospital untuk mendapatkan rawatan. Ketika itu keadaan Cik Arah sudah terlalu uzur. Beliau tidak larat untuk berjalan kerana semput. Malah bercakap pun beliau tersenggut-senggut kerana tidak cukup nafas. Pada awalnya, Cik Arah enggan pergi mendapatkan rawatan di hospital. Setelah dipujuk oleh adik perempuan saya yang mendapatkan rujukan daripada isteri saya terlebih dahulu, akhirnya beliau bersetuju untuk ke hospital.

Tepat jam 5.30 petang, 18 Disember 2011 bersamaan hari Ahad, saya telah menerima panggilan daripada ibu saya.

"Along, mak call Cik Arah 2-3 kali tapi dia tak angkat. Kamu boleh pegi tengok dia sekejap tak? Mak jauh ni".

"Boleh, jap lagi along drop by. Dia kat wad mana?"

Sejak Cik Arah dimasukkan ke wad, saya tidak dibenarkan oleh ibu saya menziarahinya kerana virus yang dihinggapi oleh Cik Arah amat kuat. Ibu saya khuatir jika virus tersebut akan dibawa ke rumah dan boleh membahayakan anak-anak saya.

"Wad 323. Sebelum masuk tu pakai mask tau".

"Insya Allah".

Selesai menunaikan solat Asar, saya terus menuju ke hospital yang jaraknya hanya 2 km sahaja dari rumah saya. Petang itu saya agak lewat menunaikan solat Asar kerana keletihan setelah pulang membawa anak-anak dan isteri melawat Pusat Sains Negara. Tepat jam 6 petang saya tiba di pintu bilik wad Cik Arah. Terdapat notis meminta setiap pelawat memakai mask dan sarung tangan getah sebelum memasuki bilik tersebut ditampal di pintu. Selesai memakai mask dan sarung tangan getah, saya mengetuk pintu dan memberi salam. Kelihatan Cik Arah sedang duduk di atas katil sambil bernafas menggunakan gas oksigen. Beliau kelihatan semakin pulih. Keadaan sebelum ini lebih teruk kerana beliau tidak mampu untuk bercakap. Kali ini, beliau dapat berbual dengan saya tanpa masalah.

"Takde orang jaga acik ke?"

"Hari ni takde sebab semua orang ada hal. Mak Lang kena jaga cucu sebab menantu dia pergi kursus. Cik Adam pergi kenduri sepupu isteri dia kat Penang".

Sayu juga saya melihat Cik Arah di wad tanpa berteman. Saya memandang ke luar tingkap memerhati kenderaan yang lalu lalang. Diam membisu kerana tidak punya topik untuk berbincang. Saya juga faham keadaan orang yang sedang sakit. Mereka lebih suka berehat daripada menerima tetamu.

"Acik nak makan? Along boleh tolong."

"Takpela, jap lagi acik makan."

"Acik, dah 6.30 ni. Along balik dulu ye. Nak uruskan anak-anak kat umah. Along doakan acik cepat sembuh. Acik makan ubat ye."

"Insya Allah."

"Kalau ada pape, call along tau. Acik ada nombor along tak?"

"Ada rasanya"

Untuk menyedapkan hati, saya membuat panggilan ke telefon bimbit Cik Arah. Terpampang nama saya di skrin telefon bimbit Cik Arah.

"Ok cik, assalamualaikum."

Tanpa saya duga, itulah dialog terakhir saya bersama Cik Arah. Saya segera meninggalkan wad menuju ke kereta. Sejurus melabuhkan punggung di kerusi pemandu, saya terus menghantar sms kepada ibu menceritakan keadaan kesihatan Cik Arah yang semakin pulih. Setelah menguruskan anak-anak, saya mandi dan menunaikan solat Maghrib. Setelah itu saya menyidai pakaian yang baru dibasuh selepas Maghrib tadi. Sedang asyik menyidai pakaian, isteri saya memanggil saya.

"Ayang, mak call minta saya ke hospital tengok Cik Arah".

"Ha??? Nape?"

"Mak kata keadaan dia makin teruk. Mak minta saya tengok-tengokkan keadaan Cik Arah. Mak on the way ke hospital."

"Ok, pape nanti sms saya."

Saya setia memegang BlackBerry saya menunggu sms daripada isteri. Anak-anak saya biarkan bermain dengan permainan. Ketika itu jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Lebih kurang 30 minit kemudian, BlackBerry saya berbunyi menandakan sms masuk.

"Cik Arah tengah nazak. BP dia 80/20."

"Dia sedar tak?."

"Dah tak sedar."

"Saya datang sekarang dengan anak-anak."

Saya menjadi tidak keruan. Segera saya dokong Nawfal dan Nu'man berlari-lari mengejar saya di belakang.

"Kita nak pegi mana?" soal Nu'man.

"Jumpa ummi kat spital."

Nu'man terkasima sebentar.

"Nawfal, cepat. Kita nak jumpa ummi kat spital." jerit Nu'man.

Nawfal dengan puting di mulut terkedek-kedek mendapatkan saya untuk ikut serta ke hospital. Keadaan saya ketika itu memang tidak terurus. Dengan Nawfal yang saya kendong dan Nu'man yang berlari anak-anak di belakang saya, seolah saya kelihatan seperti orang kehilangan isteri. Sampai di wad, saya terus menyerahkan kedua-dua hero saya kepada isteri.

"Macam mana keadaan acik?."

"Takpelah, ayang masuk tengok"

Setelah memakai mask dan sarung tangan getah, saya menolak pintu wad untuk menjengok Cik Arah. Kelihatan Cik Adam sedang membaca surah yasin bersama isterinya. Mak Lang pula sedang mengusap-ngusap dahi dan rambut Cik Arah. Cik Arah kelihatan bertarung dengan sakaratul maut. Nafasnya mencungap-cungap dan matanya memandang tepat ke suatu arah tanpa mempedulikan saudara mara yang mengelilinginya. Mata saya terasa pedih dan tak tertahan untuk mengalirkan air mata. Ini kali kedua saya menyaksikan orang yang saya sayangi nazak di depan mata. Lebih menyedihkan saya tidak mampu berbuat apa-apa untuk menolong mereka. Hanya mampu menyaksikan azab mereka mengharungi sakaratul maut.

Hampir 4 jam bersabung nyawa, akhirnya Cik Arah menghembuskan nafas yang terakhir. Hati saya terasa bagai dicarik-carik. Saya menyaksikan mata Cik Arah perlahan-lahan mengecil dan tertutup. Nafasnya yang awalnya kencang akhirnya semakin perlahan dan berhenti terus. Saya gagal mengawal diri. Beberapa orang saudara lelaki terpaksa menenangkan saya. Saya mencangkung termenung. Semua kenangan bersama Cik Arah menghantui benak fikiran saya. Saya hanya mampu menundukkan pandangan menahan kesedihan. Saya terus menghantar sms kepada isteri tentang pemergian Cik Arah. Isteri saya telah pulang awal kerana anak-anak saya sudah mengamuk kerana mengantuk. Saya pulang lewat malam itu. Melayan perasaan dan cuba menerima ketentuan takdir Ilahi. Berat untuk saya menerima suratan ini. Saya sempat menemani ayah membuat laporan kematian di Balai Polis Paroi. Malam tersebut saya hanya dapat melelapkan mata sekitar jam 4 pagi.

Setelah selesai menunaikan solat subuh, saya segera keluar membeli sarapan. Selesai sarapan, saya menghantar Nawfal ke rumah babysitter. Nu'man pula berkejar mengikut adik perempuan saya ke masjid untuk menemani jenazah Cik Arah. Setelah menghantar Nawfal yang masih mengantuk, saya segera ke kedai seven eleven untuk membuat salinan fotokopi sijil kematian Cik Arah. Kemudian, saya terus ke masjid dan sanak saudara semakin ramai tiba untuk menziarahi jenazah. Adik lelaki saya sudah pun sampai dari Rawang. Beliau kelihatan termenung. Adik bongsu saya pula teresak-esak menangis kerana tidak sempat menziarahi Cik Arah sebelum dipanggil Ilahi. Sekitar jam 9 pagi, jenazah disolatkan dan dibawa ke perkuburan. Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk mengambus tanah kubur Cik Arah. Tika talkin dibacakan, air mata saya mengalir dengan begitu deras sekali. Terus saya tergambar wajah Cik Arah menghadapi sakaratul maut. Kematian adalah suatu perkara yang tidak boleh dibuat main-main. Ia pasti dan tiada ruang untuk kita berpatah semula. Selangkah ke alam barzakh, selamanya pintu dunia tertutup untuk kita. Biarpun ada yang mempertikaikan talkin adalah bid'ah, namun tak dinafikan ia adalah satu peringatan yang berguna buat kita yang masih hidup. Amat malang bagi mereka yang mendengar talkin tetapi tidak terasa insaf atau mengalirkan air mata.

Sebelum pulang ke rumah, saya sempat merenung ke arah kubur Cik Arah. Saya pernah menyimpan niat yang saya rahsiakan daripada sesiapa. Niat tersebut, jika ibu bapa saya dijemput Ilahi sebelum Cik Arah, saya akan menjaga Cik Arah sehingga nyawanya diambil. Selama ini pun, Cik Arah selalu menetap bersama ibu saya atas ajakan ibu saya sendiri. Mereka berdua amat rapat. Bila terkenangkan niat tersebut, air mata saya bergenang semula. Niat saya tak tercapai.

Esoknya saya ke pejabat seperti biasa. Bila bersendirian di dalam LRT, saya terkenangkan semula Cik Arah. Air mata saya dilepaskan begitu sahaja. Sungguh tak tertahan sedih rasanya. Seharian saya tidak punya semangat untuk berkerja. Bila melayari facebook, kesemua adik beradik dan sepupu saya statusnya adalah berkenaan pemergian Cik Arah. Mereka semua merasa kehilangan Cik Arah. Cik Arah amat istimewa bagi kami. Kami sepupu sepapat lebih suka meluahkan perasaan kepadanya kerana Cik Arah adalah seorang pendengar yang baik. Saya membuat keputusan untuk berjumpa kaunselor pada petang tersebut. Petang tersebut saya habiskan masa bersama kaunselor dengan harapan semangat saya pulih semula. Saya sempat menghantar sms kepada isteri untuk memberitahu yang saya pulang lewat hari ini.

Saya pulang ke rumah sekitar jam 5.45 petang. Dalam LRT saya merenung jauh ke kota Kuala Lumpur yang sedang hujang lebat. Ya, di sanalah tempat pertama Cik Arah mencari rezeki. Allahummaghfirlaha warhamha...

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)Abu Nu'manhttp://www.blogger.com/profile/17266607086501502627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3676174446895486323.post-37981179840920615832011-12-13T14:49:00.006+08:002011-12-13T16:01:56.985+08:00Gerakan Islam Menghadapi Cabaran PolitikIslam dan Politik

Gerakan Islam masih mendokong pelbagai jenis pemikiran dan bermacam ragam uslub implimentasi. Ada yang menganggap terjun ke dalam kancah politik sebagai suatu aib yang perlu dihindarkan. Mereka membayangkan tarbiyah adalah suatu proses yang terpisah daripada realiti kehidupan yang mencukupi sekiranya dilaksanakan dengan hanya duduk di dalam sebuah ruangan sambil mendengar penjelasan daripada ustaz atau duduk membaca kitab. Hal ini juga berlaku kepada gerakan-gerakan yang menahan diri daripada politik dan beranggapan bahawa politik itu permainan syaitan yang tidak sesuai untuk orang beriman. Mereka tidak berfikir sama sekali bahawa tindakan ini akan membantu pemerintah zalim mendokong sekularisme dan anti Islam secara tidak langsung.

Mereka juga berusaha menguasai dan mendominasi pemikiran orang lain. Mereka merendahkan pendapat kelompok lain. Mereka mendakwa kelompok-kelompok itu telah mengeksploitasi agama untuk kepentingan politik yang sama sekali tidak layak untuk ahli-ahli ibadat dan juga orang Islam yang rabbani.

Kebangkitan Islam

Kebangkitan Islam membawa maksud Islam berdiri dalam kehidupan sebagai sebuah risalah kebebasan dan keadilan. Kebangkitan Islam tidak berdiri di luar garisan realiti, tetapi terus masuk ke dalamnya dan terus menyelaminya sehingga mencapai pemikiran serta pemahaman yang sempurna hingga tiada ruang bagi pemikiran asing. Sehingga manusia tidak hanya tenggelam dalam hal-hal yang bersifat metafizik da melupakan alam nyata. Tidak hanya beribadah dan melupakan muamalah. Tidak menumpukan kepada ruh semata-mata dan melupakan hal-hal yang bersifat material. Juga tidak hanya memberi komitmen dalam pembangunan insan hingga melupakan komponen kehidupan yang lain seperti politik, ekonomi dan kemasyarakatan. Permasalahan ini berlaku kerana adanya pendapat yang mengatakan agama dan politik itu adalah dua perkara yang terpisah serta berbeza. Bagi mereka, agama mengatur hubungan antara manusia dengan Allah dan politik mengatur hubungan sesama manusia sahaja.

Hinggakan terdapat ulama yang mengajar ilmu agama tertumpu pada bab taharah dan jinayah sahaja. Di sinilah gerakan Islam muncul menyeru perlaksanaan Islam dalam seluruh aspek kehidupan. Ibadah berkait rapat dengan kehidupan dan kehidupan pula berkait rapat dengan politik. Seruan-seruan ibadah terutamanya kalimah Allahu Akbar telah berubah menjadi inspirasi politik yang menghubungkan hamba dengan Allah dan menghubungkan hamba dengan kehidupan. Inilah dasarnya seorang muslim dapat mengembalikan kepercayaan dirinya kerana ia sudah menaruh sepenuh kepercayaannya kepada Islam. Namun, ia tidak boleh memisahkan diri daripada masyarakat yang mengelilingi hidupnya.

Sebagaimana penguasa yang gerun dengan kebangkitan gerakan Islam, begitulah juga perasaan yang dialami oleh golongan yang beraliran fikiran tradisional. Para penguasa akan menekan pergerakan pejuang Islam manakala golongan tradisional akan menguji dengan fitnah dan ejekan sehingga menimbulkan keraguan kepada penyokong gerakan Islam. Akhirnya akan terserlahlah golongan tradisional rupanya punya gelombang yang sama dengan penguasa zalim.

Kesimpulan

Kebangkitan Islam telah berjaya mencipta potensi dan mampu menerjah masuk melalui jendela politik. Seterusnya, Islam lah yang akan menjadi penyelesaian permasalahan umat secara bebas dan adil. Perkataan 'politik' yang dimaksudkan bukan bererti mengabaikan aspek intelektual, spiritual dan ibadah. Tetapi semuanya bergerak bersama yang keseluruhannya akan membentuk keperibadian muslim haraki rabbani yang seimbang.

Kita dan Politik

Imam Hasan Al Banna telah menjawab pelbagai tuduhan yang ditujukan kepada Ikhwanul Muslimin (IM) seperti mendakwa mereka adalah politikus dan dakwah mereka adalah dakwah politik. Juga menuduh IM punya agenda sendiri di sebalik seruan dakwah mereka. Hasan Al Banna menjawab,

"Wahai kaum kami, sesungguhnya kami menyeru kamu kepada Islam. Kepada ajaran hukum hakam Islam. Kalau menurut kamu perkara itu adalah politik, maka inilah politik kami. Dan jika kamu menyebutnya politik, maka katakanlah apa sahaja yang kamu suka kerana sebutan itu tidak akan merugikan kami, ketika hakikat menjadi jelas dan tujuan sebenarnya terungkap.

Dan jika ada yang bertanya, kepada apakah kamu menyeru? Katakanlah kami menyeru kepada Islam yang dibawa oleh Rasulullah dan pemerintahan adalah sebahagian daripada Islam. Kebebasan adalah salah satu kewajibannya. Kalau kamu mengatakan perkara ini politik maka katakanlah inilah Islam dan kami tidak mengenal pemisahan-pemisahan ini."

Hassan Al Banna juga menjelaskan bahawa tidak sempurna keislaman seseorang muslim kecuali dia memiliki pandangan yang jauh ke depan mengenai keadaan umatnya dan memberikan perhatian yang besar terhadap agenda ummah.

Pandangan Politik Islam

Ada pihak yang telah berusaha mengkaji kaedah Islam sebagai sistem pemerintahan dan terikat dengan pengalaman generasi pertama Islam sebagai sebuah model eksperimen yang sempurna dan syarie tanpa menilai tabiat eksperimen tersebut. Tanpa melihat keadaan politik, sosial dan sejarahnya. Kita sebenarnya amat memerlukan sebuah format teori berpolitik yang lengkap dan komprehensif serta boleh diteliti dan dinilai oleh semua orang. Pada sudut yang lain, ia tetap merujuk kepada pengalaman sejarah dan nilai-nilai agung serta pengalaman-pengalaman berharga yg ada di dalamnya.

Prinsip-prinsip Umum Politik Islam

Pandangan politik Islam mesti berlandaskan beberapa prinsip umum seperti kebebasan, persamaan, keadilan, penguasaan hukum serta komitmen terhadap prinsip-prinsip pemilihan pemimpin negara sebagai pelaksana hukum, penjaga deen dan pelindung masyarakat. Masyarakat berhak menasihati, memperbetulkan, bahkan menyingkirkan sekiranya perlu. Sistem mestilah berpihak di atas musyawarah yang keputusannya mesti dipatuhi oleh pemimpin.

Sistem politik Islam mestilah memiliki gambaran yang jelas mengenai bagaimana bentuk kebebasan politik, aktiviti politik, parti-parti politik, pembangkang, kebebasan akhbar, posisi wanita, sistem sosial dan ekonomi, pembahagian kekayaan serta kebebasan perundangan.

Bagaimana mungkin masyarakat akan mendokong suatu idea yang masih samar dan kabur. Di sinilah para pemikir Islam dipanggil untuk terlibat secara aktif dalam menyusun dan memilih sistem politik Islam yang sesuai dengan umat ISlam dan peradaban, sejarah serta aqidah yang agung.

Tarbiyah Siasah (Pendidikan Politik)

Kita tidak akan menggunakan definisi-definisi yang berasal daripada idea-idea pemikiran sekular atau yang lain. Kita akan membentuk pemahaman baru yang sesuai dengan prinsip-prinsip kita. Kita menegaskan bahawa:

"Tarbiyah siasah atau pendidikan politik itu adalah pembentukan dan pengembangan keperibadian politik yang sesuai dengan wawasan politik yang sebenarnya. Pembentukan dan pengembangan kesedaran politik sehingga individu itu berkesedaran dan mampu dengan sendirinya menumbuhkan kesedaran tersebut. Pembentukan serta pengembangan kemampuan untuk terlibat di dalam politik sehingga individu itu dapat berperanan dengan efektif di dalam berbagai permasalahan masyarakat secara umum. Juga berperanan dalam berbagai bentuk penglibatan yang akan mengarah kepada perubahan kondisi yang lebih baik".

Ciri-ciri Tarbiyah Siyasiah

Bertujuan untuk membentuk dan mengembangkan (tawajjuhat) orientasi-orientasi politik yang merangkumi nilai-nilai, keyakinan, aliran dan kecenderungan politik. Hal ini membolehkan individu itu berkesedaran terhadap berbagai sikap politik dan isu-isu tempatan, serantau mahupun antarabangsa. Berkesedaran juga terhadap apa-apa yang boleh memampukannya untuk turut berperanan di dalam proses politik dengan sedar dan efektif khususnya di dalam kehidupan berpolitik masyarakat dan kehidupan sosial.

Bertujuan membentuk kader yang kritis dan mampu berdialog secara membina di samping mampu melakukan kerja-kerja yang boleh membawa kepada perubahan ke arah yang lebih baik. Oleh itu, tarbiyah ini tidak akan berjalan di dalam lingkungan yang tidak ada kebebasan berpendapat, mengkritik dan berdialog.

Tarbiyah siyasiah adalah proses yang berlaku seumur hidup. Tidak terbatas oleh usia, taraf pendidikan atau golongan tertentu sahaja. Ini kerana politik adalah masalah setiap warganegara dan merupakan ciri khas manusia.

Tidak terbatas kepada sekolah atau keluarga sahaja, tetapi melibatkan institusi rasmi dan tidak rasmi, parti-parti, akhbar-akbar dan sebagainya. Uslubnya tidak terbatas pada doktrin langsung sahaja, tetapi mencakupi kaedah tidak langsung seperti pembelajaran, memberikan pemahaman dan mentaklid. Memberikan pemahaman politik secara langsung, menyediakan kaedah praktikal di lapangan dan latihan sebenar politik yang membolehkan seseorang itu mendapat pengalaman-pengalaman politik serta dapat mengembangkan potensi-potensinya.

Terdiri daripada asas-asas aqidah, sosial dan tentunya asas-asas politik.

Daripada penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa tarbiyah siyasiah memiliki tiga dimensi utama iaitu:

Dimensi prinsip dan asas-asas pemikiran yang membentuk wawasan politik sama ada secara langsung atau tidak.

Dimensi tujuan yang ingin dicapai iaitu: peribadi, politik, kesedaran politik dan penglibatan di dalam politik.

Dimensi institusi-institusi dan uslub-uslub yang digunakan untuk merealisasikan objektif-objektif tersebut.

Objektif Tarbiyah Siyasiah

Pembentukan dan pengembangan peribadi politik

Pembentukan kesedaran politik

Pembentukan kemampuan penglibatan di dalam politik

Peribadi politik yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Perasaan politik yang meliputi komitmen dan loyaliti (wala') politik yang dibentuk oleh individu

Norma dan prinsip-prinsip dasar yang berkaitan dengan politik secara langsung atau tidak langsung

Pengetahuan, pemahaman dan penilaian politik

Kesedaran politik pula bermaksud:

Pengamatan yang menyeluruh terhadap berbagai peristiwa

Pemahaman yang mendalam

Menyedari sepenuhnya tanggungjawab

Memiliki keinginan untuk mengasingkan diri sehingga dapat melepaskan segala belenggu dalam menghadapi berbagai permasalahan masyarakat.

Penglibatan politik boleh berlaku melalui kegiatan-kegiatan yang akan menentukan matlamat bersama masyarakat. Kajian, bacaan dan pengetahuan umum perlu ditingkatkan sehingga mengetahui masalah-masalah masyarakat.

Institusi-institusi Tarbiyah Siyasiah

Keluarga

Sekolah

Parti dan kelompok politik

Media massa dan media informasi

Perbahasan ini dipetik daripada buku bertajuk "Gerakan Islam Menongkah Cabaran", karangan Mustafa Muhammad Tahan dari Lebanon

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)Abu Nu'manhttp://www.blogger.com/profile/17266607086501502627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3676174446895486323.post-72313666322176466682011-11-30T19:23:00.002+08:002011-12-08T13:21:07.841+08:00Masuk hospital semulaHujan mula turun setelah jenazah nenek tiba di Masjid Kg. Permatang Pasir, Linggi. Memang mengharukan apabila melihat 4 beradik yang terus menyingkatkat percutian mereka di Australia pulang menatap jenazah bonda yang mereka cintai. Dalam hujan juga kami menuju ke permakaman yang terletak hanya 100 meter dari masjid tempat jenazah disembahyangkan. Saya tidak menunggu lama di perkuburan kerana batuk saya semakin teruk. Tambah dengan kedinginan hujan yang membuatkan batuk saya tidak henti-henti. Sakit sudah mula menjalar dari dada ke pinggang pula. Setelah kubur dikambug semula, saya terus bergerak menuju ke kereta tanpa menunggu talqin bermula. Setiba di rumah arwah nenek, saya meminta isteri menyiapkan barang untuk pulang ke Seremban. Selesai solat maghrib, saya dihantar ke hospital oleh adik saya. Saya bersendirian menuju ke tempat kecemasan untuk melaporkan diri setelah meminta untuk discaj pada hari sebelumnya.

Malam tersebut saya ditempatkan di wad 315, Seremban Specialist Hospital (KPJ Seremban). Kahak dan air kencing saya diambil untuk dihantar ke makmal. Keesokannya, x-ray diambil pada bahagian dada saya. Saya masih lagi diberikan nebulizer untuk membantu paru-paru saya bernafas dengan lebih lancar. Tidak dinafikan saya mula merasa bosan duduk di wad hospital. Kebetulan, adik perempuan saya baru melahirkan anak perempuan di wad bawah pada hari tersebut. Saya luangkan sedikit masa menziarahi adik perempuan saya dan bayinya. Namun, saya tidak berasa selesa untuk berada lama di wad adik saya kerana khuatir akan mendapat jangkitan kuman daripada saya pula. Doktor baru mengesahkan saya menghidap bronchitis. Lebih mengejutkan saya juga menghidap pneumonia. Memang di luar jangkaan. Saya terpaksa bermalam sekali lagi di wad kerana terpaksa menjalani ultra sound scan. Menurut doktor, beliau mengesyaki terdapat kuman di hati saya kerana terdapat bacaan enzim yang sangat tinggi dalam keputusan ujian darah saya. Saya memohon kebenaran untuk bermalam di rumah kerana sudah terlalu bosan duduk di wad. Kerinduan kepada anak-anak juga menyebabkan saya mahu segera keluar dari wad ini. Doktor memberi kebenaran dan tanpa berlengah lagi saya terus meninggalkan hospital selesai solat maghrib.

"Encik datang semula jam 8 pagi ya"

Saya hanya mengangguk sambil tersenyum. Malam tersebut saya sempat melayan kerenah anak-anak sebelum melelapkan mata. Satu malam tanpa kehadiran anak-anak janggal sungguh rasanya. Keesokan pagi saya kembali ke hospital dengan memandu sendirian. Saya tiba seawal jam 7 pagi. Saya menonton berita sambil menunggu ketibaan doktor. Dek sibuk melayan anak sampai saya terlupa menonton berita malam tadi. Doktor hanya tiba sekitar jam 9 pagi.

"Ultra sound scan awak saya dah schedule pukul 12 tengahari"

"Bukan waktu pagi?"

Doktor hanya menggeleng kepala sambil tersenyum. Waduh, perut saya sudah lapar kerana tidak menyantap makanan sejak jam 8 malam tadi. Saya setia menunggu giliran sehingga ke jam 12 tengahari. Ketika scan dilakukan, doktor terjumpa beberapa ketulan batu kecil di dalam hempedu saya. Mungkin lemak katanya. Saya bertanya semula adakah ia berbahaya. Doktor hanya menjawab soalan tersebut hanya boleh dijawab oleh doktor saya. Bidang beliau hanyalah radiologi sahaja. Saya kembali semula ke wad dalam keadaan gusar. Badan saya dipenuhi penyakit rupanya. Saya menunggu ketibaan doktor untuk mendapatkan laporan kesihatan saya. Malangnya doktor tidak hadir, hanya jururawat yang menerangkan status kesihatan saya. Itupun ada beberapa soalan yang gagal dijawab oleh jururawat tersebut.

Seperti biasa, saya diberikan gas nebulizer dan dibenarkan keluar wad sekitar 2 petang. Saya terus menjemput anak-anak dari rumah mertua. Saya sempat melelapkan mata sebelum membawa mereka pulang ke rumah. Di rumah, isteri sudah pun tiba dari tempat kerja. Beliau terus mencari-cari laporan kesihatan saya. Terbeliak juga matanya. Saya mengerutkan kening.

"Kenapa?"

"Kalau ikut result ni, ayang dah lama ada pneumonia. Mungkin pneumonia tu hilang sendiri. Tapi nisbah ni sangat tinggi"

"Maksudnya?"

"Maksudnya kuman tu tengah aktif membiak"

Aduhai, semakin pening saya dibuatnya...

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)Abu Nu'manhttp://www.blogger.com/profile/17266607086501502627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3676174446895486323.post-23884659666420864042011-11-30T19:14:00.010+08:002011-12-04T00:08:30.631+08:00Perginya nenek..."Kong kong kong", batukku masih belum menampakkan tanda-tanda akan kebah. Sudah 3 minggu ianya berlarutan. Bermula dengan demam, disusuli dengan selsema dan diikuti dengan batuk. Namun yang menghilang hanya demam dan selsema. Batuk masih kekal setia. Dua botol ubat batuk sudah habis ditelan. Saya bertanya kepada isteri sama ada perlu saya ke hospital pakar untuk mendapatkan rawatan lanjutan. Isteri saya bersetuju kerana batuk saya semakin teruk. Malah sakitnya sudah merebak ke dada dan pinggang. Tidak pernah saya rasakan batuk yang seazab ini.

Waktu masih awal lagi. Rancangan saya ialah ke hospital KPJ pada waktu pagi. Jangkaan saya rawatan akan selesai sementelah waktu tengahari. Justeru, saya boleh terus menuju ke Kolej Matrikulasi N.Sembilan di Kuala Pilah untuk bertemu anak usrah di sana. Sudah 3 minggu tidak bertemu mereka gara-gara minggu peperiksaan dan cuti semester. Rindu benar rasanya hendak bertemu mereka. Saya terus memandu ke KPJ sekitar jam 9 pagi. Tiba di pintu kecemasan pada jam 9.30 pagi dan terus diberikan rawatan. Beberapa soalan diajukan untuk mengetahui susur galur batuk saya. Sudah berapa lama? Berkahak atau tidak? Apa warna kahak? Malah, kaki saya juga diperiksa. Mungkin untuk melihat tanda-tanda tibi agaknya. Aneh.

Setelah soalan habis ditanya, darah saya pula diambil untuk dihantar ke makmal. Seterusnya, saya diberikan 'nebulizer' untuk melancarkan pernafasan saya. Berbentuk cecair dan dialirkan melalui tong gas oksigen. Saya perlu menyedutnya dengan menggunakan 'topeng' mirip seperti penyelam skuba. Sedikit rasa lega saya rasai pada dada yang awalnya terasa sempit.

"Ting"...Saya mengerling ke arah Blackberry yang saya letakkan di atas meja. Bunyi tersebut memang khas saya letakkan sebagai mesej daripada isteri saya sahaja.

"Nenek sdg tenat kat spital. BP 50/20"

Serta merta anak mata saya membuntang. Saya perlu segera keluar dari KPJ menuju ke Hospital Tuanku Jaafar. BP 50/20 terlalu rendah dan boleh hilang sedar pada bila-bila masa.

"Nurse...nurse...", saya mula menjerit tak tentu hala.

"Saya kena keluar sekarang. Nenek saya sedang tenat".

Jururawat kelihatan serba salah. Terus dia menuju ke arah doktor meminta pandangan. Doktor hanya mengangguk tanda setuju.

"Nanti encik datang sini semula bila dah selesai".

"OK, insya Allah", tanpa memandang ke arah jururawat, saya terus menghantar SMS kepada isteri supaya tunggu di rumah kerana saya akan menjemputnya. Isteri saya membalas dia sudah pun dalam perjalanan untuk menjemput saya. Sambil menunggu ketibaan isteri, saya menghantar SMS kepada anak usrah yang perjumpaan tengahari tersebut terpaksa dibatalkan. Diri saya mula dibelenggu rasa bersalah. Malam tadi ada terlintas di hati ingin melawat nenek di rumah makcik saya. Melihat isteri yang keletihan dan anak-anak yang sudah termanggu mengantuk, saya membatalkan niat saya. Tambahan pula, pakcik saya ada memaklumkan yang kesihatan nenek semakin pulih. Sebelum ini, nenek telah dimasukkan ke hospital kerana pendarahan usus.

Sejurus kereta isteri tiba di pintu masuk hospital, saya terus melompat masuk. Hati tidak tenteram dan dada semakin sesak. Saya menghantar SMS kepada sepupu saya bertanyakan wad nenek. Jawapan yang diterima, nenek ditempatkan di zon kecemasan. Tiba di hospital, saya terus turun dari kereta sementara isteri saya mencari parkir yang berdekatan. Kelihatan makcik dan pakcik saya sedang menunggu di luar zon merah sambil membaca surah yasin. Mak kelihatan sedang berbual dengan sepupu perempuan saya. Abah pula ke surau bersolat hajat. Saya bertanya kepada mak di mana nenek. Mak hanya memberitahu nenek di dalam zon merah dan kami tidak dibenarkan masuk. Saya mula tidak keruan. Ini bukan petanda baik.

Saya bertanya kepada sepupu lelaki saya apa yang terjadi kepada nenek. Katanya, ketika waktu Subuh, makcik yang menjaga nenek saya masuk ke bilik nenek untuk membantunya mengambil wudhuk. Nenek sudah tidak berdaya untuk berjalan kerana faktor usia yang sudah mencecah 80 tahun. Apabila suis lampu ditekan, makcik saya terkejut tak terkata. Darah mengalir dengan banyaknya dari kain nenek memenuhi bilik. Malah menembusi tilam. Makcik saya segera menelefon anaknya yang sulong untuk menghantar nenek ke hospital. Oleh kerana jaraknya agak jauh, makcik saya juga menelefon hospital untuk mendapatkan khidmat ambulans. Dari situ, nenek ditempatkan di zon merah hinggalah sekarang.

"Cik Adam dah tahu?" saya bertanya kepada mak. Mak menjawab yang sepupu lelaki saya telah menelefon pakcik saya bernama Adam di Australia tentang keadaan nenek. Kira-kira seminggu sebelum itu, pakcik saya bernama Baharudin telah menawarkan tiket penerbangan kepada adik beradik ibu saya untuk bercuti di Perth, Australia. Antara yang bersetuju menerima pelawaan tersebut adalah adik ibu saya yang bernama Adam dan empat orang lagi adik beradik. Ibu saya mempunyai 10 orang adik beradik. Yang masih hidup hanya 9 orang. Ketika nenek nazak, hanya ada ibu saya, 2 orang kakaknya (salah seorangnya sempat pulang dari Australia beberapa hari lebih awal) dan seorang abangnya sahaja yang berada di sisi nenek. Saya bertanya kepada ibu saya adakah Pakcik Adam mengetahui hal ini kerana itulah anak kesayangan nenek saya.

Kira-kira sejam kemudian, keluar seorang doktor ingin berjumpa dengan anak-anak nenek. Masing-masing kelihatan pucat lesi. Apakah nenek sudah tiada? Doktor memberitahu keadaan nenek mula menampakkan perubahan yang baik. BP telah meningkat kepada 90/60. Terdapat sedikit kuning pada mata nenek. Doktor sendiri tidak pasti mengapa nenek boleh terkena jangkitan kuning. Doktor mula membenarkan waris untuk menziarahi nenek di zon merah. Namun terhad seorang setiap masa. Saya sempat bersendirian dengan nenek. Itulah kali terakhir saya menatap wajah nenek dalam keadaan beliau masih sedar. Itulah kali terakhir nenek bersuara pada saya. Namun perkataannya tidak jelas kerana beliau tidak mampu membuka mulut. Saya hanya mengangguk sahaja. Oleh kerana masih ramai sepupu dan menantu nenek yang ingin menatap nenek, saya membataskan masa hanya selama 3 minit sahaja. Sebelum meninggalkan nenek, salah seorang doktor bertanya adakah saya anak nenek. Saya menjawab saya adalah cucu nenek. Namun, saya boleh mengagak yang doktor perlukan waris yang mempunyai latar belakang bidang perubatan. Dengan pantas saya menyambut yang isteri saya adalah seorang doktor jika perlukan bantuannya. Doktor tersebut tersenyum lega mendengar kata-kata saya.

"Ya boleh juga"

Saya segera menuju ke arah isteri saya dan memintanya masuk ke dalam zon merah. Kira-kira hampir seminit doktor tersebut menyoal isteri saya, isteri saya segera keluar mencari makcik saya mengetahui sejarah kesihatan nenek saya. Isteri saya dan makcik berjalan pantas menuju ke zon merah. Kesemua waris yang hadir kelihatan cemas. Jam sudah menunjukkan pukul 2.45 petang. Nenek sudah berada di dalam zon merah sejak jam 7 pagi tadi. Lebih 7 jam beliau bersabung nyawa. Tidak lama kemudian isteri saya dan makcik keluar dari zon merah dengan wajah yang sugul. Doktor memberitahu isteri saya ahli keluarga mempunyai pilihan sama ada nenek diberi bantuan pernafasan melalui mesin atau membiarkan beliau meninggal secara perlahan-lahan. Kesemua adik beradik ibu saya tidak mampu untuk berfikir ketika itu. Semuanya menyerahkan kepada isteri saya untuk membuat keputusan kerana dia lebih arif dalam bidang perubatan. Isteri saya membuat keputusan untuk membantu nenek berjuang melawan maut. Bantuan mesin pernafasan. Itulah jawapan isteri saya kepada doktor dengan yakin. Isteri saya dan makcik menyusul doktor untuk masuk menjenguk nenek. Tidak sampai seminit, isteri saya dan makcik keluar semula.

Isteri saya kelihatan cemas, manakala makcik saya pula sudah mula menangis. Nenek sudah tidak sedarkan diri. Doktor yang merawat nenek keluar bertemu kami sekeluarga. Katanya nenek sudah tidak sedarkan diri dan CPR akan diberi selama 30 minit. Isteri saya terus memandang ke arah saya. Dengan wajah yang sedih, isteri saya menggelengkan kepala. Saya faham maksudnya. Mengikut pengalamannya, jika tidak sedarkan diri dan CPR dilakukan selama 30 minit, peluang untuk hidup amat tipis. Terus kami sekeluarga mengalirkan air mata. Kelihatan beberapa orang doktor bergilir-gilir melakukan CPR kepada nenek. Kami pasrah dan hanya menunggu masa doktor mengumumkan kematian nenek. Ketika itu, saya masih belum menunaikan solat Zohor lagi. Saya segera menuju ke surau berdekatan untuk menunaikan tanggungjawab. Dalam keadaan sayu dan penuh pengharapan, saya berdoa kepada Allah supaya dipanjangkan umur nenek. Lumrah alam menunjukkan nenek sudah tiada harapan lagi. Tetapi saya tetap ingat yang menjayakan harapan adalah Pencipta alam.

Selesai menunaikan solat, saya menuju ke zon merah semula. Isteri saya memberitahu yang ahli keluarga telah sepakat untuk meminta doktor memberhentikan CPR selepas 15 minit mencuba. Kali ini kami benar-benar menunggu pengumuman daripada doktor sahaja. Kami semua dibenarkan untuk menziarahi nenek buat kali terakhir. Ternyata nenek sudah tidak sedarkan diri dan denyutan jantungnya sangat perlahan. Kira-kira jam 3.15 petang, doktor mengisytiharkan nenek sudah meninggal dunia. Kami pasrah dan telah pun bersedia menerima berita tersebut. Nenek memang seorang pejuang. 8 jam lamanya nenek bertarung nyawa sebelum tewas.

Pada saya, nenek seorang individu yang sangat baik. Sepanjang 29 tahun hidup bersamanya, saya tidak pernah mendengar nenek meninggikan suara kepada anak mahupun cucunya. Kerana itulah pemergiannya amat kami rasai. Nenek punya keluarga yang besar. Beliau mendirikan rumah tangga seawal usia 17 tahun. Punya 10 orang anak. Anak keduanya meninggal ketika berusia 22 tahun kerana leukimia. Ditambah lagi dengan 15 cucu lelaki dan 13 cucu perempuan. Cicitnya pula seramai 13 orang. Memang meriah tak terkata tatkala menyambut hari raya. Terus terang saya katakan saya bukanlah cucu yang paling rapat dengan nenek. Tetapi saya sangat menyayangi nenek. Saya bukan jenis individu yang suka meraih perhatian. Ada antara sepupu saya yang memiliki keistimewaan tersendiri. Ini menyebabkan nenek menyayangi mereka lebih sedikit daripada yang lain. Dan saya tidak pernah kisah dengan hal tersebut kerana saya tahu nenek tetap menyayangi kesemua cucunya. Ada antara sepupu saya merupakan anak kacuk dengan warga Australia. Wajah mereka yang cantik dan menarik menjadi tarikan kepada nenek. Jarang pulang ke tanah air juga menjadi punca mengapa nenek melebihkan mereka. Ada juga cucu-cucu yang sangat rajin berbanding kami semua. Anak Mak Tam dididik rajin berkemas dan menjaga kebersihan, termasuklah anak-anak lelaki. Setiap kali kenduri, merekalah yang paling rajin membantu. Ini juga menyebabkan nenek kasihkan mereka.

Kini nenek sudah tenang di alam barzakh. Rumahnya di kampung sunyi tak berpenghuni. Saya hanya sempat merenung rumah lama itu sebelum pulang ke Seremban. Terlalu banyak kenangan di zaman kanak-kanak di sini. Sebuah lagi rumah kampung yang unik akan menyembah ke bumi. Alangkah sedihnya rasa di hati.
"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)Abu Nu'manhttp://www.blogger.com/profile/17266607086501502627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3676174446895486323.post-54874753052134062322011-11-30T19:13:00.004+08:002011-12-01T11:30:15.501+08:00An Nu'man bin Muqarrin Al MuzaniKabilah Muzainah membuat penempatan mereka berhampiran Yathrib. Kampung mereka berada di pertengahan jalan Madinah dan Makkah. Pada suatu malam, ketua kaum itu, An Nu'man bin Muqarrin berhimpun bersama adik beradiknya dan juga syuyukh kabilah di tempat perkumpulan mereka.

"Wahai kaumku, Demi Allah! Kita tidak mengetahui mengenai Muhammad melainkan yang baik belaka. Kita juga tidak dengar mengenai seruannya melainkan seruan rahmat, kebaikan dan keadilan. Kenapalah kita masih berlengah sedangkan orang lain bersegera menemuinya?"

Ketika itu kaum Muzainah baru mendapat berita tentang penghijrahan Rasulullah ke Madinah.

"Saya telah berazam untuk pergi menemuinya pada pagi esok. Sesiapa yang ingin bersama saya, hendaklah dia membuat persiapan".

Kata-kata Nu'man itu tepat menyentuh lubuk hati kaumnya. Menjelang waktu pagi, beliau dapat 10 saudaranya dan 400 pahlawan Muzainah telah pun siap untuk bersama beliau menuju ke Yathrib. Tujuan mereka adalah untuk bertemu Rasulullah dan memeluk agama Islam. Cuma Nu'man berasa malu untuk berangkat tanpa membawa hadiah untuk diberikan kepada baginda. Kemarau yang mereka hadapi telah memusnahkan tanaman dan ternakan. Beliau hanya dapat mengumpulkan beberapa anak kambing dan dipersembahkan kepada baginda.

Yathrib gempar dan bergegar dengan kegembiraan keislaman Bani Muzainah. Tidak pernah berlaku dalam mana-mana rumah Arab sebelum itu, 11 bersaudara daripada seorang ayah dan 400 pahlawan memeluk Islam secara serentak. Rasulullah terlalu gembira dengan keislaman Nu'man. Allah SWT telah menerima pemberiannya yang sedikit itu dan menurunkan ayat mengenainya.

"Dan sebahagian dari orang-orang Arab itu ada yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan memandang apa yang mereka dermakan (pada jalan Allah itu) sebagai amal-amal bakti (yang mendampingkan) di sisi Allah dan sebagai (satu jalan untuk mendapat) doa daripada Rasulullah (yang membawa rahmat kepada mereka). Ketahuilah, sesungguhnya apa yang mereka dermakan itu adalah menjadi amal bakti bagi mereka (yang mendampingkan mereka kepada Allah). Allah akan masukkan mereka ke dalam rahmatNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampung, lagi Maha Mengasihani" (At Taubah: 99)

Sebelum peperangan al Qadisiyyah meletus, Sa'ad bin Abi Waqqas telah menghantar utusan kepada Kisra Yazdajurd yang diketuai oleh An Nu'man bin Muqarrin. Kisra bertanya kepada rombongan tersebut mengapa mereka datang dan mahu menyerang Parsi. Kisra menyangka tentera Islam mahu menyerang Parsi kerana selama ini Parsi tidak menunjukkan kekuatannya yang sebenar. Kisra dengan angkuhnya menyatakan Parsi tidak mahu menggunakan kekerasan ke atas tentera Islam. Nu'man menjawab setelah dimulai dengan kata-kata memuji Allah dan berselawat ke atas Rasulullah,

"Allah telah merahmati kami dengan mengutuskan kepada kami seorang Rasul. Baginda telah menunjuk dan memerintahkan kami melakukan kebaikan. Baginda juga mengajar kami mengenali kejahatan dan melarangnya. Baginda juga telah berjanji kepada kami, jika kami menerima seruannya, Allah akan memberi kebaikan di dunia dan di akhirat kepada kami. Dalam masa sekejap sahaja, Allah telah menukarkan kesempitan kami menjadi luas, kehinaan menjadi mulia, permusuhan menjadi persaudaraan dan kasih sayang. Baginda memerintahkan kami supaya mengajak manusia kepada agama yang membawa kebaikan kepada mereka. Dan agar kami memulakannya dengan mereka yang berdekatan. Oleh itu, kami mengajak kamu masuk ke dalam agama kami. Ia sebuah agama yang menghukum baik kesemua perkara baik dan menggalakkannya. Ia juga menghukum buruk kesemua perkara buruk dan menegahnya.

Agama ini mengeluarkan penganutnya dari kegelapan dan kezaliman kufur kepada cahaya dan keadilan iman. Jika kamu menerima seruan kami kepada Islam, kami akan tinggalkan kitab Allah kepada kamu. Kemudian kami tugaskan kamu melaksanakannya dengan kamu berhukum dengan hukum hakamnya. Setelah itu, kami pulang meninggalkan kamu dengan urusan kamu. Jika kamu enggan memeluk Islam, kami akan mengambil jizyah daripada kamu dan melindungi kamu. Jika kamu enggan membayar jizyah, maka kami akan memerangi kamu."

Mendengar kata-kata An Nu'man, kemarahan Yazdajurd menjadi menyala-nyala. Beliau lantas menengking,

"Sesungguhnya beta tidak mengetahui suatu bangsa pun di muka bumi ini yang lebih sengsara dan sedikit bilangannya daripada kamu. Tiada bangsa yang sangat kuat berpecah dan teruk keadaannya berbanding kamu. Kami dulunya menyerahkan urusan kamu kepada para pegawai tadbir di perbatasan. Mereka mendapatkan kepatuhan kamu untuk kami."

Kemudian beliau mengendurkan sedikit suaranya yang keras,

"Jika kamu datang ke sini kerana keperluan hidup, kami akan bekalkan makanan asasi kepada kamu sehinggalah negeri kamu kembali subur. Kami berikan juga pakaian kepada pemimpin dan pemuka kaum kamu. Dan seterusnya kami lantik seorang raja mewakili pihak kami yang bersikap lembut kepada kamu."

Namun utusan Islam tetap berkeras dengan ajakan Islam kepada bangsa Parsi. Yazdajurd semakin marah,

"Jika bukan kerana para utusan tidak dibenarkan untuk dibunuh, nescaya beta telah bunuh kamu"

"Bangun semua. Tiada habuan untuk kamu di sisiku. Beritahu panglima kamu, beta akan utuskan Rustum kepadanya. Dia akan menguburkan kamu semua di dalam parit al Qadisiyyah", ujarnya lagi.

Kemudian Kisra bertitah untuk dibawakan sebeban tanah. Beliau dengan angkuhnya mengarahkan tanah tersebut dipikul oleh orang yang paling mulia di kalangan utusan tentera Islam tersebut. 'Asim bin Umar telah memikul beban tanah tersebut keluar dari kota Parsi tersebut dengan penuh keyakinan yang kota itu akan jatuh ke tangan kekuasaan Islam. Maka berlakulah Perang Qadisiyah dan parit tersebut dipenuhi dengan bangkai mayat tentera Parsi.

Pun begitu, tentera Parsi tidak berdiam diri dan telah menghantar seramai 150 ribu tentera untuk membalas dendam atas kekalahan dalam Perang Qadisiyah. Saidina Umar al Khattab maklum akan bilangan tentera Parsi yang akan menggempur pasukan Islam. Beliau berhajat untuk turut serta dalam peperangan kali ini. Walau bagaimanapun, para sahabat tidak bersetuju beliau turut serta demi menjaga kepimpinan di Madinah. Lalu Saidina Umar mengutuskan orang yang lebih tangkas daripada tombak untuk memimpin bala tentera, iaitu An Nu'man bin Muqarrin.

"Daripada hamba Allah, Umar bin al Khattab kepada An Nu'man bin Muqarrin.
Amma ba'du!

Sampai kepada saya berita, tentera a'jam (Parsi) yang ramai telah berkumpul di bandar Nahawand untuk menyerang kamu. Oleh itu, apabila surat saya ini sampai kepadamu, bertolaklah bersama tentera Islam untuk menentang mereka dengan perintah Allah, pertolongan dan kemenangan daripadaNya. Janganlah kamu menempatkan tentera Islam di kawasan yang kasar dan tidak rata. Kamu akan menyakiti mereka. Sesungguhnya seorang lelaki Islam lebih saya kasihi daripada 100 ribu dinar. Salam sejahtera ke atas kamu."

Nu'man telah menghantar pasukan pengintip untuk meninjau keadaan jalan yang akan dilalui. Apabila menghampiri Nahawand, kuda mereka terhenti. Mereka cuba mendorong kuda mereka untuk maju, tetapi tidak berhasil. Mereka turun dari kuda dan mendapati serpihan besi seperti kepala paku terpacak di tapak kaki kuda mereka. Rupa-rupanya tentera Parsi telah menabur duri-duri besi di semua jalan yang menuju ke Nahawand. Mereka mahu menghalang tentera Islam daripada sampai ke bandar tersebut.

Nu'man mengarahkan tentera Islam supaya tidak berganjak. Mereka diarahkan menyalakan api pada waktu malam supaya dapat dilihat musuh. Pada masa yang sama mereka juga diarahkan supaya nampak takut dan gerun kepada musuh. Ini bertujuan supaya tentera Parsi merasa yakin dan menyerang tentera Islam terlebih dahulu. Apabila musuh menyerang tentera Islam terlebih dahulu, paku-paku yang ditabur akan dibersihkan. Ini akan memudahkan tentera Islam berperang tanpa sebarang gangguan. Umpanannya menjadi dan sekali lagi tentera Islam mencapai kejayaan.

Sebelum peperangan meletus, Nu'man berpesan kepada tenteranya yang beliau akan bertakbir sebanyak 3 kali sebagai tanda peperangan akan bermula. Apabila laungan takbir pertama berkumandang, tentera Islam hendaklah bersiap sedia. Laungan takbir kedua menandakan tentera Islam hendaklah memegang senjata masing-masing. Laungan takbir terakhir bermakna serangan ke atas musuh bermula. Ramai jiwa yang terkorban. Darah membasahi medan peperangan. Ini menyebabkan kuda An Nu'man bin Muqarrin tergelincir lalu mati. Nu'man juga jatuh serta cedera parah dan akhirnya syahid. Saudaranya yang melihat tragedi itu terus mencapai panji dari jenazah Nu'man dan menutup jasadnya dengan kain supaya tidak diketahui oleh tentera Islam yang lain.

Kemenangan ini dinamakan Fathu al Futuh, iaitu ketua segala pembukaan (negara). Tatkala itu, tentera Islam tercari-cari di mana ketua panglima mereka. Maka tampillah saudara Nu'man dan menyingkap kain yang menutup satu jasad.

"Inilah ketua kamu, Allah telah menggembirakannya dengan kemenangan dan menyudahkan usianya dengan mati syahid".

Kisah ini dipetik dari buku bertajuk "Suwar min Hayaatis Sahaabah " - Gambaran Kehidupan Sahabat, tulisan Dr. Abdul Rahman Ra'fat al Basha

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)Abu Nu'manhttp://www.blogger.com/profile/17266607086501502627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3676174446895486323.post-29220506063382025172011-11-24T09:06:00.005+08:002011-11-24T11:30:03.740+08:00Tahniah semua...Alhamdulillah, setelah lama tidak menulis, kini saya dianugerahkan Allah masa yang terluang sedikit untuk mencoret sedikit cetusan minda untuk dikongsi bersama. Tidak dinafikan juga perasaan malas yang sering melanda membuatkan jari saya terlalu berat untuk menaip di papan keyboard. Namun bagi saya, kepuasan menulis adalah satu nikmat yang pastinya saya syukuri. Jika tidak menulis dalam sebulan, hati saya akan merasa gelisah kerana tidak punya apa-apa untuk dikongsi bersama masyarakat di luar. Jika tidak berkongsi ilmu, sekurang-kurangnya saya dapat berkongsi perasaan saya. Salah satu perkara yang boleh menggembirakan saya adalah kejayaan pasukan bola sepak yang saya sanjungi. Sejak bulan lepas, hampir kesemua pasukan kegemaran saya mempamerkan aksi yang begitu cemerlang.

Bermula dengan kejayaan N.Sembilan menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga dalam sejarah bola sepak, dituruti kejayaan Liverpool menewaskan Chelsea di Stamford Bridge dan akhir sekali kalungan pingat emas yang berjaya dituai oleh skuad Harimau Muda. Saya, juga seperti rata-rata pemerhati sukan bola sepak tanah air tidak meletak harapan yang tinggi kepada pasukan N.Sembilan untuk menjuarai piala kegilaan ramai tersebut. Semuanya adalah kerana prestasi yang kurang memberansangkan pasukan N.Sembilan dalam Liga Super serta rekod yang tidak begitu baik sepanjang pertemuan dengan pasukan Terengganu. Terengganu yang berbekalkan kemenangan ke atas Kelantan dan Selangor nyata nampak lebih yakin dan bersemangat untuk menjadi juara yang baru setelah tewas dalam aksi akhir Piala Malaysia sedekad yang lalu. Namun, beberapa hari sebelum perlawanan akhir berlangsung, mula kedengaran suara-suara sumbang yang merendah-rendahkan kemampuan pasukan N.Sembilan. Penyokong N.Sembilan juga ada yang berbuat demikian, namun bilangannya tidak ramai. Rata-rata penyokong N.Sembilan lebih suka menyebutkan keyakinan mereka untuk menang pada aksi final daripada mengutuk pasukan lawan. Mungkin orang pantai timur terlalu ghairah dengan kejayaan pasukan mereka layak ke final menyebabkan ada segelintir daripada mereka yang melampaui batas. Sejak dari itu, saya semakin yakin yang N.Sembilan pasti menang dalam perlawanan akhir nanti. Prinsip saya, sesiapa yang menganiaya pasti akan dianiaya akhirnya.

Saya hanya menyaksikan perlawanan final di kaca televisyen. Pada saya, mengapa dibazirkan bayaran bulanan pada Astro jika tidak menggunakannya? Namun, tiada salahnya bagi mereka yang menyaksikan perlawanan di stadium. Saya pasti mereka ke sana kerana sayangkan pasukan mereka dan tidak kurang juga untuk membantu kewangan persatuan bola sepak supaya sukan ini lebih maju setapak lagi. Babak separuh masa pertama bermula dengan baik. N.Sembilan kelihatan lebih mendominasi perlawanan dan beberapa cubaan hampir menerjah gawang gol. Babak separuh masa kedua pula berlangsung dengan hampir keseluruhan perlawanan dikuasai oleh Terengganu. Akhirnya gol yang ditunggu-tunggu muncul jua. Bezanya cuma gol tersebut dijaringkan oleh pemain Terengganu dan pemain N.Sembilan terkasima seketika. Hanya 3 pemain sahaja diperlukan untuk merobek gawang skuad Rusa.

Tiba ke minit 80, harapan semakin tipis. Terengganu menggandakan asakan dan serangan N.Sembilan nampak kurang menyengat. Tetapi, serangan yang kurang menyengat itulah yang menghangatkan suasana. Pemain sayap N.Sembilan yang cuba melorongkan bola kepada penyerang gagal disambar sesiapa dan menyebabkan penjaga gol Terengganu terkeliru sehingga membiarkan bola membolos gawang. Suasana di stadium kembali riuh dan penyokong N.Sembilan kembali bersemangat. Penyokong Terengganu mula menghangatkan keadaan. Ada yang memancarkan laser ke arah pemain N.Sembilan. Tidak kurang juga ada antara mereka yang membaling mercun. Lewat permainan, N.Sembilan menyumbat satu lagi gol yang bagi saya penuh dengan skil dan seni sukan bola sepak. Ketua pasukan N.Sembilan menyilang bola ke tengah kotak D dan disambut dengan sepakan gunting oleh penyerang N.Sembilan yang berasal dari Terengganu. Itulah pengakhirannya. Jelas pemain Terengganu kelihatan murung dan sedih. 10 tahun lamanya menunggu untuk beraksi di final dan akhirnya mereka pulang dengan pingat naib juara sahaja.

Ulasan saya, jelas kelihatan pemain Terengganu telah mengubah corak permainan mereka pada separuh masa kedua. Pada separuh masa pertama mereka lebih banyak menggunakan sayap untuk membawa bola masuk ke tengah kotak D. Menyedari hal ini, pemain tengah N.Sembilan turut turun membantu pertahanan bagi menutup ruang bola daripada sampai ke tengah kotak D. Malah dalam separuh masa pertama, pemain sayap N.Sembilan telah diturunkan sebagai wing back untuk menyekat kemaraan pemain sayap Terengganu. Jentera N.Sembilan pula banyak digerakkan oleh pemain tengah juga. Sejurus mendapat bola, pemain tengah akan menyimpan bola sebelum melorongkannya kepada wing back dan disilangkan ke tengah kotak D. Ini kerana kelebihan serangan N.Sembilan ialah menguasai bola tinggi. Penyerang N.Sembilan sangat mahir dengan tandukan untuk menjaringkan gol.

Babak separuh masa kedua melihatkan Terengganu mengubah taktik daripada menggunakan kelajuan pemain sayap kepada kelajuan penyerang. Taktik ini berhasil sehingga jaringan pertama tiba sekitar 15 minit babak kedua bermula. Bola banyak dilorongkan (thru pass) daripada tengah kepada penyerang. Hanya satu dua sentuhan dan terus dilorongkan kepada penyerang. Belum sempat N.Sembilan menyusun pertahanan mereka, serangan Terengganu sudah pun sampai ke hujung padang. Pun begitu, N.Sembilan tetap meneruskan taktik dan strategi mereka. Jurulatih seolah-olah merasa strateginya pasti akan menjadi biarpun tidak nampak langsung serangan N.Sembilan yang boleh menggugat penjaga gawang. Ternyata kesabaran membuahkan hasil. Terengganu leka menyerang sehingga pertahanan mereka pun ghairah naik ke atas. Kelalaian jelas menjadi sumbangan besar untuk N.Sembilan menjaringkan gol dan seterusnya mencipta kejayaan.

Itulah kegembiraan sementara bagi penyokong dan peminat pasukan N.Sembilan. Biarpun berjaya menggondol Piala Malaysia, ia belum cukup untuk menghalang bintang-bintang mereka daripada berhijrah ke pasukan lain untuk musim depan. N.Sembilan terpaksa bermula sekali lagi dengan pemain baru yang memerlukan masa untuk serasi sebelum menjadi gah semula. Kebijaksanaan jurulatih diharap mampu mencatur strategi yang ringkas namun boleh dilaksanakan dengan jayanya.

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)Abu Nu'manhttp://www.blogger.com/profile/17266607086501502627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3676174446895486323.post-72104346273669453242011-10-31T14:26:00.007+08:002011-11-06T00:48:22.209+08:00Ghazwah Bani QuraizahBerlaku pada tahun kelima hijrah, tidak lama selepas berakhirnya Ghazwah Ahzab. Ketika saat-saat genting perang Ahzab berlaku, mereka membatalkan perjanjian bersama Rasulullah. Setelah berakhirnya perang Ahzab, Rasulullah merasakan kota Madinah mesti dibersihkan daripada anasir-anasir yang boleh membahayakan masa depan Islam. Al Bukhari meriwayatkan daripada Aisyah R.A bahawa apabila Rasulullah pulang dari Ghazwah Ahzab, baginda telah meletakkan senjata untuk mandi. Tatkala itu, datang Jibril menemui baginda dan berkata,

"Kamu telah meletakkan senjata? Demi Allah aku belum meletakkannya."

Baginda bertanya, "Di mana?"

Jibril menjawab, "Di sana". Seraya menunjuk ke arah Bani Quraizah.

Aishah berkata, "Maka Rasulullah keluar memerangi mereka."

Rasulullah mengarahkan seorang sahabat menyeru kepada para tentera supaya tidak menunaikan solat Asar kecuali setelah sampai di perkampungan Bani Quraizah. Kemudian baginda keluar bersama mereka. Panji-panji telah dibawa oleh Ali R.A. Tentera Islam yang menuju ke medan jihad berjumlah 3000 orang berserta 36 ekor kuda. Ketika Ali R.A. menghampiri kubu Bani Quraizah, dia telah mendengar mereka mengutuk Rasulullah dan isteri-isteri baginda. Beliau telah memberitahu kepada Rasulullah tentang hal tersebut dan melarang baginda daripada mendekati Bani Quraizah. Baginda menjawab, apabila Bani Quraizah melihat baginda, mereka tidak akan memperkata sesuatu yang buruk kerana sikap pura-pura dan mengampu mereka. Ternyata benar, apabila baginda mendekati mereka, mereka akan berpura-pura baik dengan Rasulullah.

Tentera Islam telah mengepung mereka selama 25 malam dan akhirnya mereka menyerah. Rasulullah telah memberikan amanah kepada Sa'ad bin Muaz, penghulu kaum Aus untuk mengadili mereka. Bani Quraizah merupakan sekutu kepada kaum Aus. Sa'ad telah menghukum pejuang-pejuang Bani Quraizah dibunuh, zuriat mereka dijadikan tawanan dan harta mereka dibahagi-bahagikan sesama tentera Islam. Dalam peperangan ini, turun ayat-ayat Al Quran yang menjelaskan pembelotan kaum Yahudi ke atas perjanjian dan sikap mereka yang tidak menolong orang Islam dalam perang Khandaq.

"Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: "Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah". Dan sebahagian daripada mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: "Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan", padahal ia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam). Dan kalaulah tempat-tempat kediaman mereka itu diserang oleh musuh dari segala penjurunya, kemudian mereka diajak berpaling tadah menentang Islam, sudah tentu mereka akan melakukannya, dan mereka tidak bertangguh lagi tentang itu melainkan sebentar sahaja. Padahal sesungguhnya mereka telah pun mengikat janji dengan Allah sebelum itu, iaitu mereka tidak akan berpaling undur (dari medan perang yang mereka hadiri). Dan (ingatlah) janji setia dengan Allah itu akan ditanya kelak (tentang penyempurnaannya). Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu; dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun, maka kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja" (Al Ahzah: 13-16)

"Dan Dia menurunkan golongan Ahli Kitab (kaum Yahudi) yang membantu tentera musuh itu, dari benteng-benteng mereka (menyerah diri), setelah diisikanNya hati mereka dengan perasaan gerun. Lalu mereka diadili dan dijatuhkan (hukuman); sebahagian di antaranya kamu bunuh, dan sebahagian lagi kamu tawan. Dan Dia menjadikan kamu mewarisi tanah-tanah dan rumah-rumah serta harta benda mereka, dan juga tanah-tanah (di negeri-negeri lain) yang belum kamu menjejaknya. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Al Ahzab: 26-27)

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)Abu Nu'manhttp://www.blogger.com/profile/17266607086501502627noreply@blogger.com0