Siri kartun 'Chuggington' merupakan animasi terkini yang diminati oleh Nu'man selepas 'Upin dan Ipin'. Jika Nu'man menyukainya, Nawfal akan menuruti sahaja. Rancangan kartun ini kian popular setelah berada di saluran Astro sejak beberapa bulan yang lalu. Kini TV3 juga telah menayangkan rancangan kartun ini di waktu pagi.
Kisah bagaimana Nu'man meminati Chuggington juga agak unik. Semuanya bermula pada satu malam yang ketika itu 'mood' Nu'man tidak begitu baik. Sampai satu ketika saya juga mati akal bagaimana mahu menenangkannya. Akhirnya diilhamkan Allah, saya membuka televisyen dan terkeluarlah lagu tema Chuggington. Terus terang saya katakan, saya juga tertarik dengan rentak lagu temanya yang rancak dan mampu mencuri hati anak-anak kecil. Di situlah bermulanya minat Nu'man pada siri kartun ini.
Sejak beberapa minggu yang lepas, saya telah membulatkan hati untuk membawa Nu'man dan Nawfal menaiki komuter yang hampir menyerupai Chuggington. Kebetulan pula, terdapat sebuah stesen komuter yang baru beroperasi sejak bulan lepas tidak jauh dari rumah saya. Pagi semalam, saya telah menyiapkan anak-anak seawal jam 9.30 pagi kerana ingin membawa mereka merasai keseronokan menaiki Chuggington.
Saya tersenyum melihat reaksi Nu'man. Sementara itu pula, Nawfal sudah mula memanjat ke sana ke mari. Habis semua benda disentuhnya. Tersenyum lebar bermain di dalam komuter.
Kami tiba di destinasi terakhir, iaitu stesen keretapi Seremban kira-kira 10 minit perjalanan. Satu tempoh yang cukup untuk menghiburkan anak-anak. Dari stesen Sungai Gadut, komuter akan berhenti sebentar di stesen Senawang sebelum melanjutkan perjalanan ke stesen Seremban.
Setelah tiba di stesen Seremban, kami membeli tiket perjalanan pulang ke stesen Sungai Gadut semula. Saya perhatikan ada juga beberapa keluarga yang membawa anak-anak mereka bersiar dengan menaiki komuter. Ada satu keluarga yang bertolak dari stesen Senawang menuju ke Sungai Gadut yang menarik perhatian saya. Entah mengapa dari awal saya dapat mengagak mereka menaiki komuter hanya untuk bersiar-siar sahaja. Mungkin kerana pakaian mereka yang 'biasa-biasa' sahaja, tidak seperti penumpang lain yang berpakaian segak kerana punya urusan masing-masing. Lebih daripada itu, saya juga mengesyaki mereka tidak akan turun di Sungai Gadut sehinggalah komuter berpatah balik ke Senawang untuk menjimatkan tambang perjalanan.
Abu, saya juga selalu naik KTM Komuter. Tetapi saya perhatikan kalau sorang tu nak naik tren percuma dari Seremban ke KL dan sebaliknya dia boleh buat. Baru-baru ni saya hantar kereta saya ke Labu untuk dibaiki sebab dah biasa dengan mekanik tu. Balik naik KTM Komuter. Stesen Labu terdedah tak ada orang. Tetapi saya tetap membeli tiket melalui vending machine.
ReplyDeleteMasalah saya sekarang saya dah dapat Kad Konsesi Warga Mas dan kalau nak guna kemudahan ini kena beli tiket di kaunter. Tapi kalau saya naik di Labu dan tak ada orang jaga kaunter tiket kemudahan ini terpaksa diketepikan.
Saya ingin menambah. Mungkin keluarga yang naik di stesen Senawang tu dah beli tiket pergi balik. Kalau dia beli tiket hingga ke Sg. Gadut sahaja mungkin akan timbul masalah bila mereka nak keluar di stesen Senawang nanti.
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan Hj Maarof...
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya. Seingat saya, sejak tahun 2008 sudah tiada lagi tiket 'return' ataupun pergi balik. Penumpang dari Senawang dan Sg Gadut pula hanya perlu membayar tunai dan resit kertas akan diberikan.Tiada tiket. Barangkali KTMB terpaksa reset sistem komputer dan mesin tiket buat masa terdekat ini.
Abu, tiket pergi balik atau 'return ticket' masih ada. Bulan lepas saya pergi ke PWTC dan balik guna 'return ticket', tapi kena beli di kaunter.
ReplyDeleteTerima kasih Tuan Haji...insya Allah akan saya manfaatkan. Baru saya tahu tiket tersebut masih ada. Mungkin ketika itu tiket 'return' sudah pun habis.
ReplyDelete