Ni pintu masuk guo tu ko? Muek ko?
Ibu-ibu
Bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku, aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku
(nasib la korang, sape suruh posing cam tu)
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberi keizinan kepada hambaNya menikmati keindahan alam ciptaanNya. Kira-kira pertengahan November yang lalu, saya bersama 12 orang anak usrah Kolej Matrikulasi K.Pilah telah merancang untuk berehlah di Gua Bato Maloi, Johol. Sekitar jam 8.30 pagi saya bersama Pakcik Zailan dan anaknya tiba di Pintu Masuk Kolej Matrikulasi K.Pilah menunggu kehadiran anak-anak usrah saya. Semuanya hadir kecuali 2 orang yang tidak sihat. Mereka kelihatan begitu teruja untuk mengikuti rehlah ini kerana sehari sebelumnya merupakan hari peperiksaan MUET. Sempat juga saya bertanya kepada mereka tentang peperiksaan yang mereka tempuhi. Rata-rata menjawab boleh lah buat.
"Ya Allah, tetapkanlah hati mereka di atas jalan dakwah ini"
"Untuk keluar dari gua ini kamu semua...emmm...lu piki la sendiri!!!"
Kami bertolak ke Johol dengan 3 buah kenderaan. Saya sendiri tidak pernah memasuki gua yang terkenal di Negeri Sembilan ini. Rupa-rupanya gua ini bukanlah gua dalam erti kata yang sebenar. Gua ini terbentuk daripada timbunan bongkah-bongkah batu besar. Timbunan ini memberi ruang kecil berbentuk laluan yang boleh dilalui sejauh 500 meter. Oleh kerana ruangnya agak sempit, perjalanan kami mengambil masa selama 2 jam setengah untuk tiba di penghujung gua. Di celah-celah batu besar inilah terbitnya mata air yang membentuk sungai kecil yang mengalir sehingga ia bertemu dengan Sungai Muar. Airnya sejuk dan menyegarkan. Saya telah mengambil kesempatan menyampaikan sedikit tazkirah untuk diri saya terutamanya, dan juga anak-anak usrah yang hadir.
Seorang anak usrah yang tengah cover seluar koyak di bahagian tengah...abang dah pesan pakai seluar dalam, degil lagi
Jap bang, tali ni guna nak naik atas ke turun bawah?...Pandai la ko, tali tu guna untuk ikat kat kayu laaaa
Di dalam Al Quran, Allah ada menyebut nama-nama ciptaanNya seperti Al Ankabut (labah-labah), Al Baqarah (sapi betina), An Naml (semut), An Nahl (lebah) dan banyak lagi. Makhluk yang disebut oleh Allah tidak tertakluk kepada haiwan sahaja, malah termasuk juga Ar Ra'd (guruh), Al Hadid (besi), At Tur (bukit Tur) dan tidak terkecuali Al Kahfi (gua) yang baru kita eksplorasi sebentar tadi. Lebih hebat lagi, ada antara ciptaan Allah yang digunakan olehNya untuk bersumpah seperti Al 'Asr (masa), An Najm (bintang), Ad Dhuha (waktu Dhuha) dan banyak lagi. Persamaan yang dapat dilihat daripada ciptaan-ciptaan yang disebut Allah dalam Al Quran itu adalah ketaatan mereka yang tidak berbelah bagi kepada Sang Pencipta. Contohnya,
"Dan guruh bertasbih memujiNya, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepadaNya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada siapa yang Dia kehendaki, sementara mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dia Maha keras siksaanNya" (Ar Ra'd:13)
"Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah, "Buatlah sarang di gunung ganang, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibikin manusia" (An Nahl: 68)
"...Dan Kami menciptakan besi yang mempunyai kekuatan hebat dan banyak manfaat bagi manusia, dan agar Allah mengetahui siapa yang menolong agamaNya dan rasul-rasulNya walaupun Allah tidak dilihatnya..." (Al Hadid: 25)
Guruh taat kepada Allah dengan bertasbih memujiNya. Lebah pula menunjukkan ketaatannya dengan membina sarang di tempat-tempat yang telah diilhamkan Allah kepada mereka. Besi pula memberi ketaatan dengan mengorbankan dirinya demi manfaat manusia sejagat. Bagaimana pula dengan manusia? Manusia dan jin adalah makhluk yang istimewa di sisi Allah SWT. Di dalam Al Quran, Allah ada menyebut tentang ketaatan dan kedegilan manusia serta jin dalam melaksanakan perintahNya. Ini bermakna, manusia mempunyai pilihan sama ada taat atau engkar kepada perintah Allah.
Terima lah kumpulan...The Gersang Band...sori, tak ngaku anak usrah
Actually dalam gambar ni ada koloni kelawar. Terlalu gelap maka objek yang nampak hanya muka budak-budak yang...ntah la, tak sampai hati nak cakap..huhu
Antara nama-nama surah yang melibatkan ketaatan manusia kepada Allah ialah surah Muhammad, Ibrahim, Huud, Luqman, Maryam, dan banyak lagi. Surah-surah yang melibatkan kemungkaran manusia pula ialah, As Syu'ara', Al Munafiqun dan Al Lahab.
Mari kita merenung sejenak apa yang Allah sebutkan tentang ketaatan manusia di dalam kalamNya.
"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepadanya, 'Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar" (Luqman:13)
"Dia (Jibril) berkata, 'Sesungguhnya aku hanyalah utusan Tuhanmu, untuk menyampaikan anugerah kepadamu seorang anak lelaki yang suci."
"Dia (Maryam) berkata, 'Bagaimana mungkin aku mempunyai anak lelaki, padahal tidak pernah ada orang lelaki yang menyentuhku dan aku bukan seorang penzina"
"Dia (Jibril) berkata, 'Demikianlah'. Tuhanmu berfirman, 'Hal itu mudah bagiKu, dan agar Kami menjadikannya suatu tanda (kebesaran Allah) bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami; dan hal itu adalah suatu urusan yang (sudah) diputuskan"
"Maka dia (Maryam) mengandung, lalu dia mengasingkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh" (Maryam: 19-22)
"Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata, 'Wahai anakku, sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu'. Dia (Ismail) menjawab, 'Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu. Insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar" (As Saffat: 102)
Lihatlah betapa besarnya nilai ketaatan kepada Allah yang mampu dilakukan oleh manusia. Ada yang sanggup taat walaupun diuji dengan kejatuhan maruah. Ada yang sanggup taat biarpun perintah tersebut terpaksa mengorbankan nyawanya sendiri ataupun nyawa anak kesayangan. Inilah sebabnya mengapa manusia itu istimewa di kalangan ciptaan Allah yang lain.
Adik ni baru darjah 5. So boleh bayangkan betapa sempitnya laluan dalam gua ni?
Ikut cerita lagenda, batu yang sedang dipegang adik berbaju biru tu merupakan sampan milik orang bunian...orang melayu ni memang suka sangat cerita-cerita khayalan
Antara ayat-ayat Al Quran yang menyebut tentang kemungkaran manusia terhadap Allah SWT pula ialah:
"Mereka (syaitan) turun kepada setiap pendusta yang banyak berdosa. Mereka menyampaikan hasil pendengaran mereka, sedangkan kebanyakan mereka orang-orang pendusta. Dan penyair-penyair itu diikuti oleh orang-orang yang sesat" (As Syua'ra': 222-224)
"Mereka yang berkata (kepada orang-orang Ansar), 'Janganlah kamu bersedakah kepada orang-orang (Muhajirin) yang ada di sisi Rasulullah sampai mereka bubar (meninggalkan Rasulullah).' Padahal milik Allah lah bumi perbendaharaan langit dan bumi, tetapi orang-orang munafik itu tidak memahami" (Al Munafiqun: 7)
"Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia. Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang dia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak (neraka)" (Al Lahab: 1-3)
Istimewanya manusia juga adalah kerana kelonggaran yang Allah berikan kepada kita berbanding makhluk yang lain. Kelonggaran tersebut adalah menderhakaiNya. Namun kelonggaran tersebut tidak datang secara percuma. Pulangan yang akan diperolehi adalah berbentuk azab dari Allah SWT. Kedegilan manusia tidak terbatas kepada dirinya sahaja, malah ia diizinkan Allah untuk mengajak orang lain sama menderhakai Allah seperti yang disebut dalam Surah Munafiqun di atas. Jika manusia itu sudah sampai ke tahap mengajak orang lain menderhakai Allah, apakah bezanya dengan syaitan yang mempunyai sifat yang sama?
"Afiq, mengapa hidungmu perlu dikembangkan tatkala punat kamera ditekan?"
"Itulah seni, Nabil. Ko takkan memahaminya...oh indahnya lubang hidungku"
Air terjun yang terdapat di dalam gua...subhanallah
Dari ayat-ayat yang kita renungkan tadi, kita dapat melihat manusia itu jika taat kepada Allah ia mampu mencapai darjat yang sangat tinggi. Malah tekadnya untuk menuruti perintah Allah juga sangat luar biasa. Pun begitu, keadaan yang sama juga jika manusia itu melakukan kemungkaran terhadap Allah SWT boleh berlaku. Jika ia derhaka, ia mampu menjadi lebih jahat daripada segala makhluk yang ada di muka bumi ini. Malah jika tekadnya untuk melakukan penderhakaan kepada Allah sangat tinggi, ibunya sendiri pun sanggup dipukulnya.
Oleh itu amat penting kita mentadabbur segala ciptaan Allah di muka bumi ini. Keindahan alam ciptaan Allah bukan bertujuan untuk kita menikmati kecantikannya mahupun sebagai penenang jiwa sahaja. Ciptaan Allah itu adalah sebahagian daripada ayat-ayat (tanda-tanda) kebesaran Allah jika kita memikirkannya. Bukan setakat kebesaran pada kehebatan ciptaanNya sahaja, malah ia juga merangkumi kebenaran pada kalamNya (Al Quran) yang agung. Ke mana jua kita pergi, marilah sama-sama kita kaitkan keindahan yang kita saksikan dengan jiwa kita yang kerdil ini. Biarpun hakikatnya status kita adalah besar, iaitu sebagai khalifah yang berat amanahnya. Wallahu a'lam.
Bang, amik la gambar kami...amikla (dibaca dengan suara yang penuh desperate)
Solosai keluar daghi guo...hongeh kopalo lutut den
Ni la Batu Maloi. Tompek oghang buek khurafat. Sampai sekaghang pun ado laie. Makcik botudong lak tu
Bekas telaga yang digunakan oleh Yang Dipertuan Besar N.Sembilan dahulu kala
Seorang pendatang haram (mencangkung) ditemui menyorok di atas Batu Maloi...huhu
"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)
No comments:
Post a Comment