Alhamdulillah, pada 4 Disember yang lepas umur Nu'man sudah pun menginjak kepada 2 tahun. Dikongsikan gambar-gambar yang diambil sehari selepas hari lahir Nu'man. Mohon doa daripada para pembaca supaya Nu'man membesar menjadi insan yang soleh dan musleh. Jazakumullahu khairan katheera.
Friday, December 24, 2010
Nu'man kini berusia 2 tahun
Alhamdulillah, pada 4 Disember yang lepas umur Nu'man sudah pun menginjak kepada 2 tahun. Dikongsikan gambar-gambar yang diambil sehari selepas hari lahir Nu'man. Mohon doa daripada para pembaca supaya Nu'man membesar menjadi insan yang soleh dan musleh. Jazakumullahu khairan katheera.
Thursday, December 16, 2010
Tersebutlah al kisah...
Namun begitu, terdapat juga segelintir rakyat yang tidak menyukai pemerintahan Raja Pekan. Golongan ini diketuai oleh Hang Pauh. Walaupun mereka tidak menyukai pemerintahan Raja Pekan, tindakan mereka tidak melebihi daripada berhimpun secara aman dan berceramah sahaja. Tiada aktiviti yang boleh menggugat ketenteraman negara. Mereka tidak menyukai Raja Pekan kerana pada hemat mereka Raja Pekan seorang pemerintah yang tidak amanah. Ketika menjawat jawatan sebagai Laksamana, Raja Pekan telah menggunakan wang rakyat untuk membeli kelengkapan perang dengan harga yang mahal. Dipendekkan cerita, kelengkapan tersebut gagal berfungsi dan terbazirlah wang rakyat dengan begitu banyaknya. Perasaan meluat mereka semakin membuak apabila isteri Raja Pekan, Ros Mewah mula masuk campur dalam urusan hal ehwal negara. Ros Mewah telah menggunakan kedudukannya sebagai isteri pemerintah untuk menghabiskan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya. Kesempatan yang ada telah digunakan untuk melancong dan memulakan projek merosakkan akhlak remaja. Entah mengapa, masih ramai rakyat yang menyayangi Ros Mewah, si korup tua. Mungkin kerana rakyat tidak begitu mengetahui apakah tindakan Ros Mewah yang telah merosakkan khazanah negara.
Semakin lama penyokong Hang Pauh semakin ramai. Raja Pekan merasakan kedudukannya semakin tergugat. Majoriti rakyat di empat buah negeri di bawah pemerintahan Raja Pekan iaitu Negeri Selangok, Negeri Ke Belum, Negeri Pulau Tiang dan Negeri Ke Lantang sudah menyebelahi Hang Pauh. Raja Pekan mula merancang sesuatu untuk mengurangkan pengaruh Hang Pauh. Setelah berbincang dengan para menterinya, maka terhasillah satu rancangan durjana yang boleh mencalarkan imej Hang Pauh. Rancangan tersebut ialah mengupah seorang lelaki belia untuk mengaku pernah mengadakan hubungan sejenis dengan Hang Pauh. Sungguh jijik rancangan mereka. Tidak pernah sejarah dunia mencatatkan fitnah yang sejelek demikian.
Dalam diam-diam, Raja Pekan rupa-rupanya adalah seorang kaki perempuan. Beliau telah menjalin hubungan dengan seorang wanita dari negara sebelah timur, Magnolia. Wajah wanita tersebut mirip warga China dan namanya ialah Altaktanya. Mereka telah menjalin hubungan sehingga ke tahap bercuti bersama di sebuah negara sebelah barat, Parangcis. Perhubungan sulit ini akhirnya sampai juga ke pengetahuan Ros Mewah. Ros Mewah berasa sangat murka dan mengarahkan pasukan keselamatan negara membunuh Altaktanya secara rahsia. Maka berakhirlah riwayat Altaktanya yang telah dibunuh dengan kejam oleh pasukan keselamatan negara Malas Sia. Biarpun pembunuhan ini dirahsiakan, plot pembunuhan tersebut akhirnya diketahui jua oleh rakyat jelata. Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
Ketidak stabilan politik negara Malas Sia telah diambil kesempatan oleh sebuah media tabloid, Wakaliks untuk menyebarkan fitnah berkenaan salah laku Hang Pauh dan pembunuhan Altaktanya. Raja Pekan telah mengambil kesempatan ini dengan menghebahkan kepada rakyat jelata bahawa kisah sumbang Hang Pauh ini bukan sahaja sensasi di dalam negara, malahan telah disebarkan ke seluruh dunia oleh Wakaliks. Anehnya, Raja Pekan hanya mensensasikan kisah salah laku Hang Pauh sahaja dan didiamkan langsung kisah pembunuhan Altaktanya yang digembar gemburkan oleh Wakaliks. Namun demikian, Hang Pauh tidak berdiam diri. Beliau seorang yang bijak. Hang Pauh dan konco-konconya mula menyebarkan maklumat berkaitan pendedahan Wakaliks ke atas pembunuhan Altaktanya kepada rakyat negara Malas Sia.
Hasilnya amat berbaloi. Rakyat mula termakan dengan pendedahan Wakaliks berkenaan pembunuhan Altaktanya. Raja Pekan mula berasa tidak senang. Beliau mengarahkan konco-konconya membuat liputan akhbar bahawa kesemua laporan Wakaliks adalah tidak berasas sama sekali, termasuk kes salah laku Hang Pauh. Raja Pekan menambah lagi laporan Wakaliks tidak mempunyai sebarang fakta untuk menyokong pendedahan mereka. Hang Pauh tertawa sendirian kerana Raja Pekan ibarat menjilat ludahnya sendiri.
Saya ingin mengajak para pembaca berfikir tentang beberapa pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini.
- Jika anda seorang pemerintah, adakah anda akan berasa maruah negara anda tercalar dengan pendedahan kes sumbang salah seorang rakyat anda yang belum tentu kesahihannya?
- Jika anda seorang pemerintah, apakah anda akan mempertahankan maruah rakyat anda yang difitnah dengan begitu jijik sekali?
- Jika anda seorang pemerintah, tergamakkah anda menjatuhkan maruah rakyat anda sendiri? Dan soalan terakhir...
- Jika anda berada dalam situasi Hang Pauh, APAKAH PERASAAN ANDA???
Wallahu a'lam bis showaab...
"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)
Wednesday, December 15, 2010
Cinta di Rumah Hassan Al Banna (part 1)
Seperti yang dijanjikan terdahulu, saya akan kongsikan beberapa kisah indah perihal rumahtangga As Syahid Hassan Al Banna yang boleh dijadikan teladan dan panduan. Kisah ini saya cedok daripada sebuah buku bertajuk Cinta di Rumah Hassan Al Banna tulisan Muhammad Lili Nur Aulia. Semoga dengan kisah-kisah ini akan menjadikan kita seorang murabbi yang tugasnya cemerlang bukan sahaja di kalangan masyarakat, tetapi juga di kalangan anak-anak kita sendiri.
Makan bersama menjadi keutamaan
Umum mengetahui jadual harian Hassan Al Banna sangat padat. Dalam masa 15 tahun selepas penubuhan Ikhwanul Muslimin, beliau telah berjaya melebarkan sayap jamaah tersebut di 20 buah negara. Di Kaherah sendiri, beliau berjaya menubuhkan 2000 cawangan ikhwan. Pun begitu, beliau masih sempat meluangkan masa untuk makan bersama-sama dengan anak-anaknya di rumah. Seorang puteri beliau, Tsana menceritakan Hassan Al Banna hanya tidur 4 jam sehari. Namun begitu, beliau tetap berusaha untuk makan bersama ahli keluarganya biarpun ada tetamu yang mengunjung.
Tiada kekerasan suara
Tsana bercerita, "Kami tidak pernah merasakan adanya beban kegiatan yang dirasakan ayah selama beliau di rumah. Misalnya, kami tidak melihatnya seperti kebanyakan orang yang kerap berteriak ataupun bersuara keras di dalam rumah kerana ingin melepaskan tekanan mental dan fizikalnya setelah banyak melakukan aktiviti di luar rumah. Bahkan yang paling penting dalam kehidupan ayah adalah soal menguruskan keluarga. Jika saudara baca bagaimana peri kehidupan ayah, saudara akan lihat semuanya berlaku sesuai seperti apa yang dicontohkan oleh Rasulullah."
Bangunkan aku tujuh minit lagi
Biarpun sibuk dengan urusan dakwah, Hassan Al Banna tetap akan meluangkan masa untuk bercuti bersama anak-anaknya. Bagaimana caranya? Wafa, puteri sulong Hassan Al Banna (yang juga isteri kepada Syeikh Ramadhan al Bouti yang masyhur dengan karangan Fiqh Sirahnya) bercerita,
"Misalnya pada musim panas, ayah akan mengatur perjalanan (urusan dakwah) ke arah utara dan pada musim sejuk ke arah selatan. Itu dilakukan supaya ayah boleh memanfaatkan waktu cuti di musim panas untuk pergi dan singgah dari satu kampung ke satu kampung."
"Ayah lebih suka pergi ke arah selatan ketika musim dingin kerana dia boleh pergi dan pulang pada hari yang sama. Ayah pergi pada waktu pagi dan pulang ke rumah untuk makan tengah hari bersama-sama kami. Kadang-kadang dia berehat sebentar di rumah."
Sampai satu ketika, Wafa bercerita Hassan Al Banna telah memintanya untuk dikejutkan selepas tidur selama 7 minit. Wafa mengatakan,
"Saya menyiapkan minuman untuknya. Tetapi ketika selesai membuat minuman, saya sudah melihat ayah di samping saya dan bertanya, 'Sedang membancuh minuman ya, Wafa?' Ayah sangat mampu mengurus dirinya dan selalu disiplin terhadap dirinya."
Saiful Islam, satu-satunya putera Hassan Al Banna pula bercerita,
"Ayah akan menggantikan waktu yang dikhususkan untuk kami dengan waktu lain apabila dia harus bermusafir. Tetapi dalam hal ini, ayah mempunyai keistimewaan. Kamu boleh sahaja duduk bersamanya selama dua jam, dan ternyata itu sudah mampu memuaskan hatimu."
Ingin tahu tentang masa kecilku?
Hassan Al Banna sentiasa mengemaskini rekod kesihatan dan pelajaran anak-anaknya. Beliau telah mengkhususkan fail untuk setiap anak-anaknya. Fail tersebut mengandungi,
- Tarikh dan sejarah kelahiran
- Nombor kelahiran
- Jadual pemberian ubat dan makanan
- Surat keterangan doktor
- Keterangan ataupun catatan mengenai keadaan penyakit secara terperinci
- Ijazah anak-anak
- Catatan prestasi anak-anak di sekolah
Tsana bercerita dalam fail tersebut tersimpan rapi semua ijazah dan laporan anak-anaknya.
"Ayah meletakkan di bahagian paling utama, dengan beberapa catatan yang ditulisnya sendiri. Misalnya, tulisan ayah mengenai laporan dan ijazah Saiful Islam, ditulisnya, 'Saif perlu peningkatan dalam hal itu dan ini...Wafa perlu dibantu dalam mata pelajaran ini...'. Demikian catatan demi catatan itu ditulis oleh Hassan Al Banna untuk satu persatu anak-anaknya."
"Ayah juga telah menghantar seorang ikhwah untuk menemani kami membeli beberapa keperluan persekolahan."
Ayah membawa bekal ke sekolah
Seorang lagi puteri Hassan Al Banna, Ir. Roja bercerita,
"Saya masih ingat, ayah biasa membawakan makanan pagi ke taman didikan kanak-kanak, ketika usiaku masih lima tahun. Hal ini kerana perhatiannya kepadaku begitu besar agar saya dapat makan pagi. Ketika itu saya memang sering lupa membawa roti untuk makan pagi ke sekolah, ataupun makanan saya diambil oleh teman-teman di sekolah. Ayah berusaha membawakan makan pagi itu setiap hari ke sekolah, meskipun saya tahu kesibukannya yang luar biasa. Tetapi ayah tetap tidak melupakan kami.."
Apakah keperluan rumah bulan ini?
Saiful Islam berkata,
"Ayah menulis sendiri keperluan yang diperlukan keluarga setiap bulan. Ayah membayar keperluan itu setiap awal bulan kepada salah seorang ikhwah, iaitu al Haj Sayed Syihabudin, seorang pemilik kedai yang menyediakan keperluan rumah."
Ada wang saku harian, mingguan dan bulanan
Salah satu cara yang diterapkan oleh Hassan Al Banna untuk mendidik dan mendisiplinkan anak-anaknya adalah dengan memberikan tiga kategori wang belanja kepada anak-anaknya:
- wang harian 3 qirsy
- wang mingguan 10 ma'adin
- wang bulanan 50 qirsy
"Saya masih ingat setiap orang daripada kami mendapat wang setiap hari pada tahun 1942 dan 1943 sebanyak 3 qirsy. Ini jumlah yang besar ketika itu. Kerana teman-teman sekolah saya pada ketika itu umumnya mendapat wang hanya satu per empat qirsy ataupun setengah qirsy sahaja."
Ketika ditanya mengapa Hassan Al Banna memberikan wang saku yang banyak kepada anak-anaknya, Saiful Islam menjawab,
"Dia hanya ingin memberikan kepuasan kepada kami, kerana perasaan seorang anak yang tidak mendapat sesuatu itu baginya sangat sulit."
Saiful Islam juga ditanya apakah wang belanja yang banyak itu akan merosakkan anak-anak? Ini kerana ramai orang khuatir untuk memberikan wang kepada anak dalam jumlah yang besar agar mereka tidak menyalahgunakan wang pemberian itu. Saiful Islam menjawab,
"Pendidikan dan tarbiah dihasilkan daripada berbagai-bagai cara. Seperti masakan yang menggunakan sejumlah adunan dengan bahan-bahan yang baik. Itu akan memberikan hasil yang bersih. Yang penting bukan pada jumlah wang belanja itu besar ataupun kecil, tapi yang penting adalah pola pendidikan dan pembinaan yang dilakukan di rumah."
Ayah mengutuskan pengintip
Anak-anak Hassan Al Banna dibiasakan untuk selalu berinfaq. Dengan demikian, anak-anaknya akan menjadi seorang pemberi manfaat dan kebaikan kepada orang lain, untuk bangkit dan maju bersama-sama dengan umatnya. Saiful Islam berkata mengenai hal ini,
"Ayah memberikan kami 10 ma'adin untuk kami infaqkan semuanya pada setiap hari Jumaat, selepas solat Jumaat. Ayah tidak pernah lupa dengan kebiasaan ini. Saya mengerti juga akhirnya, ternyata ayah mengutuskan seorang ikhwan untuk mengintip bagaimana saya menginfaqkan wang pemberian itu, sehingga ayah merasa tenang dengan penggunaan wang yang diamanahkan kepada saya."
Nilai hidup ini ada pada keimanan
Saiful Islam masih ingat kata-kata Hassan Al Banna yang didengarnya,
"Jika kamu melihat seorang mukmin yang betul orientasi hidupnya, pasti dia juga memiliki banyak faktor kejayaan dalam hidupnya."
"Saya masih ingat ketika di bangku sekolah rendah, ayah berkata, 'Setiap orang harus menguasai sesuatu bidang. Dahulu, datuk berjaya menguasai ilmu pembaikian jam'. "
"Lalu suatu ketika di musim cuti panas, saya diajak pergi ke sebuah syarikat percetakan milik Ikhwanul Muslimin. Ayah meminta seorang temannya, al akh Sayyid Thaha untuk mengajar saya proses percetakan. Saya tahu itu dilakukan ayah kerana ayah ingin menerapkan sunnah Rasulullah,
"Sesungguhnya Allah SWT mencintai seorang mukmin yang kreatif."
Menasihati secara tidak langsung
Tsana menceritakan,
"Saya masih ingat ketika Saiful Islam masih suka membaca komik. Tetapi ayah telah memberikan kepadanya buku-buku berkaitan kisah-kisah kemuliaan Islam seperti Salahuddin Al Ayyubi dan Antarah bin Syadad. Selepas beberapa lama, dia sendiri meninggalkan buku Arsin Lobin dan sebaliknya lebih banyak dan gemar membaca buku-buku pemberian ayah. Ayah suka mengarahkan kami secara tidak langsung agar apa yang kami lakukan itu terbit daripada diri sendiri, bukan daripada perintah ataupun tekanan sesiapa."
bersambung...
"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)
Saturday, December 4, 2010
Rehlah di Batu Maloi
Bilang aku, aku yang tengah malu
Karna cuma diriku yang tak laku-laku
"Ya Allah, tetapkanlah hati mereka di atas jalan dakwah ini"
"Untuk keluar dari gua ini kamu semua...emmm...lu piki la sendiri!!!"
Seorang anak usrah yang tengah cover seluar koyak di bahagian tengah...abang dah pesan pakai seluar dalam, degil lagi
Di dalam Al Quran, Allah ada menyebut nama-nama ciptaanNya seperti Al Ankabut (labah-labah), Al Baqarah (sapi betina), An Naml (semut), An Nahl (lebah) dan banyak lagi. Makhluk yang disebut oleh Allah tidak tertakluk kepada haiwan sahaja, malah termasuk juga Ar Ra'd (guruh), Al Hadid (besi), At Tur (bukit Tur) dan tidak terkecuali Al Kahfi (gua) yang baru kita eksplorasi sebentar tadi. Lebih hebat lagi, ada antara ciptaan Allah yang digunakan olehNya untuk bersumpah seperti Al 'Asr (masa), An Najm (bintang), Ad Dhuha (waktu Dhuha) dan banyak lagi. Persamaan yang dapat dilihat daripada ciptaan-ciptaan yang disebut Allah dalam Al Quran itu adalah ketaatan mereka yang tidak berbelah bagi kepada Sang Pencipta. Contohnya,
"Dan guruh bertasbih memujiNya, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepadaNya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada siapa yang Dia kehendaki, sementara mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dia Maha keras siksaanNya" (Ar Ra'd:13)
"Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah, "Buatlah sarang di gunung ganang, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibikin manusia" (An Nahl: 68)
"...Dan Kami menciptakan besi yang mempunyai kekuatan hebat dan banyak manfaat bagi manusia, dan agar Allah mengetahui siapa yang menolong agamaNya dan rasul-rasulNya walaupun Allah tidak dilihatnya..." (Al Hadid: 25)
Guruh taat kepada Allah dengan bertasbih memujiNya. Lebah pula menunjukkan ketaatannya dengan membina sarang di tempat-tempat yang telah diilhamkan Allah kepada mereka. Besi pula memberi ketaatan dengan mengorbankan dirinya demi manfaat manusia sejagat. Bagaimana pula dengan manusia? Manusia dan jin adalah makhluk yang istimewa di sisi Allah SWT. Di dalam Al Quran, Allah ada menyebut tentang ketaatan dan kedegilan manusia serta jin dalam melaksanakan perintahNya. Ini bermakna, manusia mempunyai pilihan sama ada taat atau engkar kepada perintah Allah.
Actually dalam gambar ni ada koloni kelawar. Terlalu gelap maka objek yang nampak hanya muka budak-budak yang...ntah la, tak sampai hati nak cakap..huhu
Antara nama-nama surah yang melibatkan ketaatan manusia kepada Allah ialah surah Muhammad, Ibrahim, Huud, Luqman, Maryam, dan banyak lagi. Surah-surah yang melibatkan kemungkaran manusia pula ialah, As Syu'ara', Al Munafiqun dan Al Lahab.
"Dia (Jibril) berkata, 'Sesungguhnya aku hanyalah utusan Tuhanmu, untuk menyampaikan anugerah kepadamu seorang anak lelaki yang suci."
Adik ni baru darjah 5. So boleh bayangkan betapa sempitnya laluan dalam gua ni?
Ikut cerita lagenda, batu yang sedang dipegang adik berbaju biru tu merupakan sampan milik orang bunian...orang melayu ni memang suka sangat cerita-cerita khayalan
"Itulah seni, Nabil. Ko takkan memahaminya...oh indahnya lubang hidungku"
Dari ayat-ayat yang kita renungkan tadi, kita dapat melihat manusia itu jika taat kepada Allah ia mampu mencapai darjat yang sangat tinggi. Malah tekadnya untuk menuruti perintah Allah juga sangat luar biasa. Pun begitu, keadaan yang sama juga jika manusia itu melakukan kemungkaran terhadap Allah SWT boleh berlaku. Jika ia derhaka, ia mampu menjadi lebih jahat daripada segala makhluk yang ada di muka bumi ini. Malah jika tekadnya untuk melakukan penderhakaan kepada Allah sangat tinggi, ibunya sendiri pun sanggup dipukulnya.