Sunday, October 31, 2010
Sunday, October 24, 2010
Gambar Lagi
Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan serta ahli keluarga baginda yang dikasihi. Tidak lupa juga para sahabat yang setia bersama di sisi baginda tatkala susah dan senang. Sejak bulan Syawal yang lalu, jadual saya semakin padat. Sejak fasa transisi IKRAM, jadual tarbiah semakin ketat dan kemas. Jika dahulunya usrah akan berehat ketika tibanya Ramadhan dan hanya akan bersambung semula setelah Raya Korban berakhir. Kini, usrah tetap diteruskan di bulan Ramadhan dan program-program wasail tarbiah seperti daurah dan muktamar semakin rancak berjalan. Alhamdulillah, suasana atau biah sebeginin amat menggembirakan saya. Cuma yang saya khuatirkan ialah masa bersama anak-anak yang semakin kurang. Oleh kerana terlalu sibuk juga, saya tidak sempat untuk berkongsi sedikit ilmu daripada bacaan saya ataupun program-program yang saya hadiri ke dalam blog ini. Insya Allah saya akan lakukannya nanti apabila ada masa yang terluang. Mungkin bulan November nanti barang kali. Buat masa ini saya kongsikan gambar-gambar yang saya ambil ketika Syawal yang lalu. Nantikan perkongsian pengisian daripada Syeikh Muhammad Hamed Elawa dari Maktab Asia (Ikhwanul Muslimin) ketika Muktamar Tarbawi Nasional yang telah saya hadiri baru-baru ini. Sehingga berjumpa lagi. Selamat berjuang di jalan dakwah !!!
Nu'man dan Nawfal kini sudah pandai bermain bersama
Ummi, ni sape punya bersepah-sepah ni? HeheApolah abah amik gambar den senget...huhu
Ada rupa jawa tak?
Nu'man dah pandai bergambar sekarang
Sape ajar posing cam ni ni?
Anak bulan Syawal yang baru berusia 3 hari (or malam?)
Pemandangan di jeti Sungai Muar
Rumah nenek saya di Linggi, Port Dickson. Sesak dengan kereta anak-anak dan cucu-cucu
Rumah Wan saya yang juga terletak di Linggi, Port Dickson. Bahagian belakang rumah telah ditambah pada lewat 80an. Asalnya dapur jauh lebih kecil daripada yang ada sekarang
Bahagian asal rumah wan saya yang dibina sekitar tahun 1930an. Hampir mencecah 80 tahun usianya.
"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)
Tuesday, October 12, 2010
Gambar-gambar Nu'man dan Nawfal
Kaedah Fiqh: Mengutamakan Orang Lain dalam Ibadah Adalah Makruh. Selain Ibadah Adalah Disunatkan
Sumber Asal Kaedah
"...Dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat" (Al Hasyr: 9)
"...oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan" (Al Baqarah:148)
Hadis daripada Abu Sa'id al Khudry,
"Sesuatu kaum itu tidak henti-henti (sentiasa) mengakhirkan dirinya daripada menyertai saf pertama ketika sembahyang sehinggalah Allah akan mengakhirkan mereka ke dalam neraka." (Riwayat Ibnu Majah)
Klasifikasi Mengutamakan Orang Lain
Haram. Iaitu jika dengan mengutamakan orang laoin hingga menyebabkan dirinya tertinggal atau meninggalkan perkara wajib atau perkara yang diwajibkan. Contohnya, seseorang mendapati hanya ada sepasang pakaian yang menutup aurat bagi mendirikan solat. Pada waktu yang sama, waktu sembahyang hampir luput dan ia memberikan pakaian tersebut kepada orang lain sedangkan dirinya tidak sempat menunaikan solat.
Makruh. Seseorang yang mengutamakan atau mendahulukan orang lain dalam amalan sunat sedangkan dirinya tidak dapat melakukan perkara sunat tersebut atau ia terpaksa melakukan perkara makruh. Contohnya, memberi ruang kepada orang lain mendapat bahagian pada saf pertama dan dirinya di saf yang belakang.
Khilaf Awla, iaitu menyalahi keutamaan. Iaitu dalam perkara atau urusan yang tidak ada tegahan atau larangan secara khusus.
Hukum Furu'
Seseoang tidak seharusnya memberikan air kepada orang lain untuk berwudhuk jika ketika itu waktu sembahyang telah masuk. Atau juga ia mendahulukan orang lain berwudhuk, sedangkan waktu solat telah masuk.
Seseorang yang hanya memiliki air yang cukup untuk berwudhuk bagi dirinya sahaja, kemudian ia dapati ada orang lain juga ingin berwudhuk. Ia tidak seharusnya memberikan air tersebut kepada orang lain.
Pengecualian daripada Kaedah
Seseorang yang datang lewat utk solat berjamaah dan ia mendapati tiada ruang kosong pada saf pertama. Justeru, ia menarik seseorang supaya ke belakang bersamanya. Orang ditarik tersebut sunat turun untuk membantu biarpun menyebabkan ia berada pada saf kedua. Namun dalam masalah tersebut ia tetap dikira mendapat pahala saf pertama.
Sumber rujukan adalah daripada buku bertajuk "Perbahasan Kaedah-kaedah Fiqh" oleh Ustaz Abdul Latif Muda dan Ustazah Rosmawati Ali@Mat Zin
"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)