Masih ingat lagi rancangan realiti TV3 bertajuk "Mencari Cinta"? Sebuah rancangan yang hanya bertahan selama satu musim sahaja. Pengakhirannya, si pemenang bertindak memutuskan hubungan dengan wanita yang dijadikan bahan pertandingan tersebut. Pastinya wanita tersebut merasa malu dan kecewa. Apa tidaknya, kisahnya menjadi bualan satu Malaysia pada waktu tersebut.
Kecewa dalam bercinta memang memeritkan. Lukanya tidak dapat dilihat seperti kecederaan fizikal yang boleh kita nilai sama ada ianya kritikal ataupun tidak. Tapi pastinya luka kecewa bercinta memakan masa yang lama untuk pulih. Malah ada yang tidak pulih langsung. Tindakan yang diambil untuk menghilangkan beban di jiwa antaranya membunuh diri. Apa tidaknya, yang kecewa pastinya telah menghabiskan atau mengorbankan banyak masa, tenaga dan wang ringgit kepada yang dicintai. Namun dalam sekelip mata, mahligai yang sedang dibina bertahun lama akhirnya runtuh di depan mata.
Namun Rasulullah pernah bersabda,
“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).
Sumber ini menunjukkan bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Tidak mustahil jika kecewa bercinta juga ada ubatnya. Pokoknya formula ubat tersebut mestilah betul, insya Allah ianya akan sembuh. Kadang kala dek telalu hanyut bercinta dengan seseorang, kita terlupa bahawa ada yang mencintai kita lebih daripada si dia mencintai kita. Siapakah yang dimaksudkan tersebut? Tidak lain dan tidak bukan ialah ibu dan bapa kita. Mereka menyayangi kita seumur hidup mereka. Tidak mungkin si dia sanggup berkorban sebesar pengorbanan yang dilakukan oleh ibu dan bapa kita. Apakah si dia sanggup membersihkan najis kita jika kita terlantar sakit di atas katil? Belum tentu lagi. Tetapi sahabat, ibu bapa kita sanggup melakukan lebih daripada itu. Mereka sanggup mengorbankan nyawa mereka demi menyelamatkan si anak. Buktinya lihatlah betapa ramainya ibu yang meninggal dunia ketika melahirkan anak demi mahu melihat si anak juga dapat berlari riang di muka bumi ini. Aneh dan sungguh aneh mengapa ramai yang terpedaya dengan pujuk rayu syaitan dan nafsu hingga melupakan ibu bapa. Lihatlah betapa ramai anak gadis Islam Melayu yang sanggup meninggalkan keluarga demi mengejar cinta Lombok dan Bangla Khan. Apabila mereka sudah merasa jerit payah bersama jejaka Lombok ataupun Bangla Khan, barulah mereka insaf dan pulang kepada keluarga. Inilah ubat yang saya maksudkan. Ibu bapa merupakan ubat yang mujarab jika kita mengalami kekecewaan bercinta.
Bagaimana jika ibu dan bapa kita telah tiada lagi di dunia? Adakah terdapat ubat alternatif selain daripada mereka berdua? Ya, ada. Tidak lain dan tidak bukan ialah Dia yang sangat mengasihi hambaNya. Tidak perlu dihuraikan betapa besarnya kasih Allah kepada hambaNya. Tatkala kita menderhakaiNya, kita tetap masih diberi peluang untuk terus hidup di muka bumi ini. Tidak sedikit pun azab diturunkan kepada umat Nabi Muhammad ini. Renungkanlah nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Banyak wahai sahabat...terlalu banyak untuk dihitung.Masihkah kita frust menonggeng jika kecewa bercinta pabila rawatannya sudahpun ada? Jika anda memilih untuk terus kecewa, anda hanya menempah barah 'hati' yang akan menggelapkan masa depan anda. Wallahu a'lam.
"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)
No comments:
Post a Comment