Setelah khilafah menjadi lemah, penjajah kembali melancarkan serangan ke atas dunia Islam.
- Benson Smith dalam bukunya menyebut: "Serangan Allenby ke atas Al Quds ketika Perang Dunia Pertama adalah serangan Salib kelapan dan terakhir".
- Akhbar di Britian menyiarkan gambar Allenby dan ditulis di bawahnya kata-kata beliau ketika memasuki Al Quds pada tahun 1917, "Hari ini Perang Salib telah berakhir".
- Akhbat turut mengumumkan Menteri Luar Britain, Lloyd George, mengucapkan tahniah kepada Jeneral Allenby di Parlimen Britain kerana meraih kemenangan dalam serangan terakhir Perang Salib.
- Setelah Jeneral Perancis, Gouraud menewaskan tentera Kota Maisalun di luar Damsyik, dia lantas ke kubur Salahuddin Al Ayyubi. Dia menendang kubur tersebut dengan kakinya dan berkata, "Di sini, kami telah kembali wahai Salahuddin".
- Parti al Kata'ib di Lubnan menganggap perang Lubnan yang tercetus dalam perbalahan besar terakhir antara mereka dengan orang Islam sebagai Perang Salib. Akhbar yang menjadi lidah rasmi parti tersebut, "Manchette" telah mengeluarkan buletin di bawah tajuk: "Berita Terakhir Perang Salib".
- Bimbang terhadap kesedaran semula umat Islam. Antara buktinya:
- Mubaligh Zwemer berkata, "Semenanjung Tanah Arab yang merupakan tanah lahir Islam masih lagi memberi amarah bahaya".
- Orientalis Gardner berkata, "Kekuatan yang tersembunyi di dalam Islam itulah yang menakutkan Eropah".
- Perdana Menteri Britain, Gladstone berkata, "Selagi mana Al Quran ini di tangan orang Islam, Eropah tidak akan dapat menguasai Timur. Ia sendiri tidak akan berada dalam keadaan aman".
- Islam merupakan tembok kukuh dalam menghalang penjajahan:
- Lawrence Brown berkata, "Islam adalah satu-satunya tembok yang menghalang penjajahan Eropah".
- Henry Hamilton menyebut dalam bukunya, "Orang Islam tidak dapat menjadi rakyat yang setia kepada kerajaan yang menganut anutan lain selain Islam. Perkara ini adalah mustahil selama mana mereka berada di bawah naungan hukum Al Quran".
- Lawrence Brown berkata, "Para pemimpin kita menakut-nakutkan kita dengan pelbagai bangsa. Tetapi selepas eksperimen, kita tidak dapati alasan bagi ketakutan tersebut. Mereka menakutkan kita dengan bahaya Yahudi, Jepun, dan Bolshevik. Tetapi jelas Yahudi adalah rakan kita, Jepun dan Bolshevik adalah sekutu kita. Sementara orang Jepun, di sana terdapat negara besar yang menjalankan demokrasi dan mengambil peranan melawan mereka. Tetapi kita dapati bahaya sebenar bagi kita terdapat di dalam Islam, keupayaan untuk meluas dan menundukkan pihak lain dan daya hidupnya (vitality) yang cukup dahsyat".
Objektif Serangan
- Memecahkan negara orang Islam.
- Memusnahkan setiap bahagian satu persatu.
Metode Serangan
Pertama: Menjatuhkan Khilafah (Memenggal Kepala)
Khilafah memainkan peranan penting dalam survival Islam. Itulah sebabnya mereka ingin menyerang khilafah dahulu. Antara peranan khilafah ialah:
- Menyatukan orang Islam sebagai kuasa besar.
- Melindungi orang Islam di Timur dan Barat. Kisah seorang wanita yang menjerit: "Wahai Mu'tasim", lantas beliau melancarkan bala tentera sehingga beliau menyalakan api di tanah kelahiran putera Rom yang mencabul wanita tersebut.
- Kemenangan sebenar tidak berlaku kecuali ketika wujudnya khalifah. Perang Hithin dan Ain Jalut di bawah pimpinan dua orang khalifah iaitu Salahuddin dan Quttuz.
- Khilafah tuntutan syarak yang dharuri. Para sahabat mendahulukan urusan perlantikan khalifah sebelum pengebumian baginda.
- Percubaan melaga-lagakan orang Islam dan menyebarkan perpecahan di kalangan mereka. Paderi Calhoun Simon berkata, "Kesatuan Islam mengumpul cita-cita bangsa Negro. Ia dapat menolong mereka lepas daripada penguasaan Eropah. Oleh kerana itu, dakyah Kristian merupakan agen penting dalam mecah kekuatan gerakan Islam. Ini kerana dakyah Kristian bekerja untuk menonjolkan orang Eropah dalam bentuk sinaran baru yang menarik. Ia juga bekerja merampas elemen kekuatan dan pemusatan daripada gerakan Islam. Lantaran itu, kesatuan orang Islam mestilah dipecahkan. Usaha menyemai permusuhan di kalangan mereka juga wajib dilakukan".
- Percubaan menuduh Islam dengan pelbagai tuduhan palsu seperti Islam agama keganasan. Gullimen, seorang sejarahwan Perancis telah menyebut dalam bukunya (Sejarah Perancis), "Muhammad, iaitu pengasas agama orang Islam. Dia telah memerintahkan para pengikutnya untuk menggantikan semua agama engan agamanya. Alangkah besarnya perbezaan antara penganut berhala ini (orang Islam) berbanding penganut Nasrani. Bangsa Arab ini mewajibkan agama mereka melalui kekerasan. Mereka berkata kepada manusia: "Kamu peluk Islam atau kamu mati. Sedangkan pengikut al Masih menggerakkan jiwa mereka melalui kebajikan dan perbuatan baik".
- Menggunakan cara kebajikan untuk menggugat akidah orang Islam yang memerlukan bantuan.
- Memburukkan sejarah Islam. Contohnya menuduh Khalifah Umar Al Khattab cemburu dengan keperwiraan Khalid Al Walid dan memecatnya.
- Memburukkan sistem kehidupan Islam. Contohnya mempertikaikan hukum memotong tangan pencuri yang dikatakan kolot dan zalim.
- Memburukkan warisan ilmu Islam. Mereka menyifatkan warisan Islam sebagai musibah Islam.
- Menghina para ulama'.
- Menarik orang Islam ke universiti mereka untuk dikurniakan sijil dan pengajian.
- Memisahkan ilmu agama daripada ilmu dunia dan menciptakan pertentangan antara keduanya.
- Memesongkan kefahaman tawakal kepada Allah dan jihad.
- Memerangi Bahasa Arab.
- Menggunakan senjata penyiaran seperti televisyen dan filem.
- Mengeksploitasi wanita dan pergaulan bebas di sekolah, universiti dan tempat awam. Kata cendikiawan Yahudi dalam buku 'Protokol Cendikiawan Yahudi', "Kita wajib bekerja untuk meruntuhkan akhlak di semua tempat".
Marx ditanya, "Apakah alernatif untuk melalaikan manusia daripada akidah ketuhanan?"
Beliau menjawab, "Lalaikan mereka daripada akidah ketuhanan dengan pementasan drama".
Ketiga: Pembasmian Fizikal (Memotong Sendi)
Melalui cara penguasaan bukan Islam ke atas orang Islam dan hasutan untuk menyapu bersih orang Islam dalam pertelagahan dan peperangan.
- Orang Islam di bawah pemerintahan Kristian seperti di Filipina.
- Orang Islam di bawah ancaman komunis yang telah runtuh dan Barat yang mewarisinya selepas itu seperti di China dan Rusia.
- Orang Islam di bawah kuasa Zionis seperti di Palestin.
- Orang Islam di bawah pemerintahan boneka seperti di Pakistan dan Syria.
- Selain daripada pertelagahan, pertempuran dan peperangan sesama Islam, peperangan minoriti Islam dengan umat lain dan usaha 'pembersihan' mereka di dunia berlaku pada setiap hari (seperti di Rohingya). Ia merupakan konspirasi melalui usaha membangkitkan ketaksuban, menceroboh kehormatan, meruntuh tempat suci, memprovokasi sentimen dan rasa kepartian, menyebarkan kezaliman, menanam kebencian dan menyokong penceroboh.
"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)